Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, seseorang yang mahu menjadi Menteri Besar seharusnya bertanggungjawab dan bukan hanya melepaskan kerja kepada orang lain.
Beliau berkata, sama ada menteri besar, ketua menteri mahupun perdana menteri, mereka perlu melaksanakan tugas mereka sebagai ketua.
"Mereka kena tahu apa yang sedang berlaku. Kalau tidak, mereka ini boleh menyalahgunakan kedudukan.
Bila kerja-kerja berat itu orang lain yang buat, ini bermakna dia tidak terlibat," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.
Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan bahawa PAS Kelantan tetap mahu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjadi Menteri Besar walaupun beliau tidak dapat melakukan kerja berat ekoran masalah kesihatan.
Pada Khamis Takiyuddin dilaporkan sebagai berkata keadaan Nik Aziz bukan satu masalah kerana semua kerja berat itu akan dilakukan barisan Exco.
Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, Nik Aziz perlu bertanggungjawab sekiranya beliau terus mahu menjadi menteri besar.
"Bukan kata dia uzur, duduk di rumah terima gaji (dan) orang lain buat kerja. Ini namanya makan gaji buta," katanya.
Ibrahim menyifatkan kenyataan Takiyuddin itu sebagai sesuatu yang amat memalukan sambil mempertikaikan bagaimana terdapat kenyataan yang membayangkan Nik Aziz akan terus bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dalam keadaan yang tidak sihat dengan kerjanya akan dilakukan oleh Exco.
"Adakah ia betul? Ikutkan, menteri besar atau perdana menterilah yang merancang dan memikir, patutnya inovatif dan kreatif mengetuai dan melibatkan diri.
Barulah sesebuah negeri akan maju.
"Bagaimana anda boleh 'melepaskannya' kepada orang lain?
Apa kata dari segi Islam. Dia dari parti politik Islam," katanya.
Beliau mendakwa bahawa kenyataan Takiyuddin itu berkemungkinan oleh pandangannya bahawa PRU-13 nanti akan menyaksikan kemenangan PAS di Kelantan bergantung pada populariti Nik Aziz.
"Maknanya bila Nik Aziz popular, PAS bertanding dan menang. Kerana apa? Kerana populariti Nik Aziz.
"Bukan nak memikirkan soal masa depan Kelantan tetapi 'mempergunakan' populariti Nik Aziz untuk menang dalam pilihan raya.
Selepas itu Nik Aziz upaya atau tidak, itu adalah perkara kedua," dakwa Ibrahim lagi.
Dilaporkan, Takiyuddin sebagai berkata, Nik Aziz hanya perlu mengeluarkan idea tanpa perlu bekerja keras kerana semua kerja yang ada akan dilakukan oleh orang bawahannya.
"Apa yang penting sekarang kami mahu beliau dan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaacob sebab mereka adalah pemimpin ulama dan kepimpinan mereka masih diperlukan," kata Takiyuddin lagi. Sumber http://networkedblogs.com/DVuOJ
3 comments:
Anonymous
said...
Pak brahim ini bila tiba kepada PR bukan macam main lagi, bercakap dengan kepala lutut. bila kena kat BN menikus macam takut kat kucing kurap. gara nak jadi Calon BN. Mudahanx Najib beri Perlimen pasir mas kat Katak ni, kerana najib nak jaga nama baik UMNO kelantan. Klau taruh Umno pasti kalah, lebih baik bagi kat katak ni.
katak haramjadah, pi mapoh le mu. manusia ke hapa jenih nate gini. Nate jenih tak kene budi. tunggu pru13, kita tengok mu nak gi mano? bengong. Tak sedor diri make gaji haram
Salam Pertemuan : Yang Tersurat Dan Yang Tersirat
-
Heboh di media sosial tentang posting yang dimuat naik oleh Ketua Pemuda
Umno pertemuan Presiden PAS dengan Presiden Umno. Pertemuan tersebut yang
di ada...
MUAFAKAT PAKATAN HARAPAN
-
MAKA dengan ini kami bersepakat dan bersetuju dengan muafakat bersama ini
sebagai perjanjian yang mengikat parti-parti kami.
Rakyat Malaysia berhasrat men...
Rumah untuk dijual di Rapat Setia Baru
-
Rumah banglo semi-d yang terletak di Rapat Setia Baru ini ingin dijual
dengan harga RM580,000.00. Harga boleh dirunding mengikut budi bicara.
Lokasi yang m...
Kutipan Dana PRK P067 Kuala Kangsar
-
Bersempena dengan pilihanraya kecil P067 Parlimen Kuala Kangsar yang akan
berlangsung pada 5 Jun akan datang, sudilah kiranya tuan-puan dan puan-puan
sek...
Dewan Ulama Pas - Tolong-tolong perati gambar ni...
-
Dah agak lama aku tak merapu merepek hal ehwal Pas, bukan tak ada isu,
banyak,, tetapi rasa dan meluat dah dengan gelagat segelintir pimpinan
Pas... entahl...
'UMNO' minta $650 Dari Najib?
-
EKSKLUSIF Keadaan menjadi semakin panas dalam Umno, apabila seorang
anggota yang mendakwa mewakili parti, memfailkan saman terhadap
Presidennya, Datuk Ser...
Kisah orang sombong sembelih diri sendiri!!!
-
Assalamualaikum...Hahahahaha..Lama dah tak gelak dalam blog
ni..Kehkehkeh..Maap ramai yang menunggu nak sokong dan tak lupa jugak yang
nak hentam aku......
42 peratus Cina yakin hudud adil untuk semua
-
Ketika masyarakat Cina dikatakan fobia dengan cadangan pelaksanaan hudud
oleh PAS, tinjauan Universiti Malaya (UM) mendapati sebanyak 42 peratus
responden ...
Mengenal Perbedaan Kopi Robusta dan Kopi Arabika
-
Salam Ngopi!!!
bagi penggemar kopi mungkin sudah tidak asing lagi apa itu Kopi Robusta dan
Kopi Arabika, Kopi Robusta dan Arabika dalam klasifikasi ilmiah...
-
Lama sungguh tak menjengah blog ni..bila dalam suasana Malaysia baru
ni..banyak pulak yang nak diluahkan di sini..
Banyak benda berubah..banyak benda terka...
-
Alhamdulillah..
Januari 2014 - 7 Mac 2017..
3 tahun tinggalkan blog sulung ini.
Terdetik malam ini nak buka balik..klik sign in..email..password..
Rupanya m...
Polemik Kalimah ALLAH
-
*Bermula apabila Kementerian Dalam Negeri di bawah Syed Hamid Albar
melarang majalah The Herald menggunakan kalimah Allah dlm penerbitan
mereka.....
Peribadi Pejuang. Coret coret ijtimak tarbawi 2013
-
Peribadi Pejuang
Pejuang senantiasa akan diuji Allah swt justeru itu adalah sunnah orang
berjuang.
Saya kongsikan 5 Tips untuk memastikan kita mampu berd...
MUKTAMAR DEWAN MUSLIMAT PAS
-
*Muktamar tahunan Muslimat Pas bermula pada 14-15 november.muslimat yang
dikasihi sekelian ayuhlah bersama-sama kita menghadiri muktamar kita semoga
mendap...
3 comments:
Pak brahim ini bila tiba kepada PR bukan macam main lagi, bercakap dengan kepala lutut. bila kena kat BN menikus macam takut kat kucing kurap. gara nak jadi Calon BN.
Mudahanx Najib beri Perlimen pasir mas kat Katak ni, kerana najib nak jaga nama baik UMNO kelantan. Klau taruh Umno pasti kalah, lebih baik bagi kat katak ni.
katak haramjadah, pi mapoh le mu. manusia ke hapa jenih nate gini. Nate jenih tak kene budi. tunggu pru13, kita tengok mu nak gi mano?
bengong. Tak sedor diri make gaji haram
katak ni dah lupa diri ker? nak bertanding atas tiket ape lak dalam PRU13 ni? leh la guna lambang 'katak' kot.....
Post a Comment