
Betul mansuh dan kita sedikit lega. Tetapi mansuh satu (akta) dan masuk dua (undang-undang baru), sebab itu kita tidak mahu terlalu gembira lagi.
Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman

Sepatutnya, media tidak memerlukan permit, sudah memadai mendaftar akhbar, majalah, portal berita seperti kita mendaftar sebuah syarikat atau mendaftar kenderaan.
Keputusan mutlak menteri untuk memberi atau menarik balik permit (dan tidak boleh dicabar di mahkamah) seperti dalam Akta Penerbitan dan Mesin Cetak sekarang masih kekal dan tidak disentuh sama sekali dalam ucapan perdana menteri. Sepatutnya perkara ini dihapuskan.
Perdana menteri juga menyentuh beberapa lagi akta yang mengekang kebebasan pengamal media seperti Akta Hasutan dan Akta Rahsia Rasmi.
Jadi, pengumuman Datuk Seri Najib Razak hanya sebagai di permukaan, banyak hal asas (fundamental) tidak diusik (dipinda).
MK
2 comments:
betul.. belum dimuktamadkan..
http://harapan-terbaru.blogspot.com/2011/09/misteri-peguam-anwar.html
jangan cepat memuji. UBN tengah nak buat transformasi, kita tengoklah macam mana. selalunya kita cepat sangat tepuk tangan (syaitan!), kita nak tengok sejauh mana dia boleh laksanakan. macam 1malaysia dah caca marba, tak ada pengisian.
Post a Comment