Monday, September 12, 2011

9 negara tidak pernah dijajah




1. Thailand

Pada mulanya Thailand secara tradisional dikaitkan dengan sebuah kerajaan yang berumur pendek, Kerajaan Sukhothai yang ditubuhkan pada tahun 1238. Kerajaan ini kemudian diteruskan Kerajaan Ayutthaya yang ditubuhkan pada pertengahan abad ke-14 dan berukuran lebih besar berbanding Sukhothai. Kebudayaan Thailand dipengaruhi dengan kuat oleh China dan India. Hubungan dengan beberapa negara besar Eropah bermula pada abad ke-16 namun walaupun menghadapi tekanan yang kuat, Thailand tetap bertahan sebagai satu-satunya negara di Asia Tenggara yang tidak pernah dijajah oleh negara Eropah, meskipun pengaruh Barat, termasuk ancaman keganasan, mengakibatkan pelbagai perubahan pada abad ke-19 dan diberikannya banyak kelonggaran bagi peniaga-peniaga United.


2. Iceland

Orang pertama yang tinggal di Iceland adalah para pendeta Ireland yang datang pada awal abad ke-9. Pada pertengahan abad ke-9, bangsa Viking berhijrah dan tinggal di Iceland. Viking pertama yang tinggal di Iceland adalah Flóki Vilgerðarson. Dialah yang memberi Iceland nama seperti sekarang. Ingólfur Arnarson, seorang kepala suku dari Norway, tinggal dan menetap di barat daya Iceland dan mendirikan bandar Reykjavik.

Sekitar tahun 930-an, para penguasa Iceland mula menulis perlembagaan negara mereka. Mereka membuat apa yang dinamakan Althing, sejenis parlimen yang beribu pejabat di bandar Thingvellir. Iceland dapat dikatakan sebagai negara bersistem demokrasi tertua yang masih berlangsung hingga sekarang.


3. Saudi Arabia

Arab Saudi atau Saudi Arabia atau Kerajaan Arab Saudi adalah negara Arab yang terletak di Semenanjung Arab. Beriklim gurun dan wilayahnya sebahagian besar terdiri atas gurun pasir dengan gurun pasir yang terbesar adalah Rub Al Khali. Orang Arab menyebut kata gurun pasir dengan kata sahara.

Negara Arab Saudi ini berbatasan langsung (searah jarum jam dari arah utara) dan Jordan, Iraq, Kuwait, Teluk Parsi, Emiriah Arab, Oman, Yaman, dan Laut Merah.

Pada tarikh 23 September 1932, Abdul Aziz bin Abdul Rahman as-Sa'ud-dikenali juga dengan sebutan Ibnu Sa'ud-mengisytiharkan penubuhan Kerajaan Arab Saudi atau Saudi Arabia (al-Mamlakah al-'Arabiyah as-Su'udiyah) dengan menyatukan wilayah Riyadh, Najd (Nejed), Ha-a, Asir, dan Hijaz. Abdul Aziz kemudian menjadi raja pertama pada kerajaan tersebut. Dengan demikian dapat difahami, nama Saudi berasal dari kata nama keluarga Raja Abdul Aziz as-Sa'ud

Arab Saudi terkenal sebagai Negara kelahiran Nabi Muhammad SAW serta tumbuh dan berkembangnya agama Islam, sehingga pada benderanya terdapat dua kalimah syahadat yang bererti 'Tidak ada tuhan (yang pantas) untuk disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah utusannya'.


4. Sweden

Kerajaan Sweden atau Konungariket Sverige dalam Bahasa Sweden ialah sebuah negara Nordik di Scandinavia, Eropah yang ibukotanya adalah Stockholm. Negara ini bersempadan dengan Norway di barat dan Finland di timur laut, Selat Skagerrak dan Selat Kattegat di barat daya, serta Laut Baltik dan Teluk Bothnia di timur.

Sweden merupakan salah satu negara termiskin di Eropah pada abad ke-19, kerana pengambilan alkohol yang tinggi dan dogmatik Protestanisme, sehingga pengangkutan dan komunikasi berkembang membenarkan pemanfaatan aset sumber semulajadi dari beberapa bahagian negara, yang terkenal adalah kayu dan bijih besi. Sekarang, negara ini ditakrifkan oleh tendensi liberal dan keinginan penyamaan yang kuat, dan biasanya berada di urutan atas dalam Indeks Pembangunan Manusia PBB.

Ibukota negara pengeluar kereta Volvo ini adalah Stockholm. Penduduknya sebanyak sembilan juta orang mendiami lebih dari 440.000 km ² sehingga negara ini terdapat dalam urutan ke-155 dalam kepadatan penduduk di dunia.


5. Denmark

Kerajaan Denmark (bahasa Denmark: Kongeriget Danmark) adalah negara Nordik yang paling kecil dan paling selatan. Denmark terletak di sebelah barat daya dari Sweden dan selatan dari Norway. Negara ini terletak di Scandinavia, Eropah Utara sehingga termasuk Kesatuan Eropah tetapi tidak berada di Semenanjung Scandinavia.

Denmark bersempadan dengan Laut Baltik dan Laut Utara. Wilayahnya meliputi sebuah semenanjung di Jerman utara bernama Jylland (Jutlandia), Pulau Fyn (Funen), Sjælland (Zealand), Vendsyssel-Thy, Lolland, Falster, Bornholm dan beratus-ratus pulau kecil, sehingga kadang disebut kepulauan Denmark. Sebelum penggalian Terusan Kiel, jalan air menuju Laut Baltik hanya boleh dilalui melalui tiga Selat Denmark, hingga penggalian Terusan Kiel Satu-satunya batas darat Denmark adalah dengan Jerman, sedangkan tetangganya yang dibatasi oleh laut adalah Sweden di timur laut dan Norway di utara.

Negara ini menganut negara raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen. Denmark mempunyai satu kerajaan pusat dan 98 munisipalitas sebagai pemerintah daerah. Denmark telah menjadi ahli Kesatuan Eropah sejak 1973, tapi sampai sekarang masih belum menyertai Eurozone. Denmark adalah salah satu pengasas NATO dan OECD. Denmark juga merupakan anggota dari OSCE.


6. Norway

Kerajaan Norway atau Kongeriket Norge (Noreg) dalam bahasa Bahasa Norway, adalah sebuah negara Nordik di Semenanjung Scandinavia bahagian hujung barat yang bersempadan dengan Sweden, Finland, dan Rusia. Pantainya yang berada di Lautan Atlantik Utara adalah lokasi dari beberapa fyord terkenal. Svalbard dan Jan Mayen berada di bawah kedaulatan Norway berdasarkan Traktat Svalbard.

Norway adalah negara raja berperlembagaan yang menggunakan sistem parlimen kerajaan.

Parlemennya, Stortinget, mempunyai 169 ahli (sebelumnya 165, kemudian ditambah 4 orang pada tarikh 12 September 2005) yang dipilih untuk masa jabatan 4 tahun. Parlimen ini terbahagi dua dalam voting perundangan, Odelsting dan Lagting. Kecuali untuk beberapa hal, Storting berfungsi sebagai parlimen unikameral.


7. Liberia

Republik Liberia adalah sebuah negara di pesisir barat Afrika yang bersempadan dengan Sierra Leone, Guinea, dan Pantai Gading. Baru-baru ini Liberia dilanda dua perang saudara (1989-1996 dan 1999-2003) yang mengakibatkan ratusan ribu penduduknya mengungsi sekaligus menghancurkan ekonomi Liberia.

Ekonomi Liberia sangat bergantung kepada eksport bijih besi. Sebelum 1990 Liberia juga mengeksport getah. Perang saudara yang panjang telah menghancurkan banyak infrastruktur negara, dan Liberia sangat bergantung kepada bantuan luar negeri. Pada 2005 negara ini mempunyai kadar pengangguran 85%, terburuk di dunia.


8. Turki

Republik Turki (bahasa Turki: Türkiye Cumhuriyeti) disebut Türkiye (bahasa Turki: Türkiye) adalah sebuah negara besar di kawasan Eurasia. Wilayahnya terbentang dari Semenanjung Anatolia di Asia Barat Daya dan kawasan Balkan di Eropah Tenggara. Turki bersempadan dengan Laut Hitam di utara; Bulgaria di sebelah barat laut; Yunani dan Laut Aegean di barat; Georgia di timur laut; Armenia, Azerbaijan, dan Iran di sebelah timur dan Iraq dan Syria di tenggara dan Laut Mediterranean di sebelah selatan. Laut Marmara yang merupakan sebahagian daripada Turki digunakan untuk menandakan batas wilayah Eropah dan Asia, sehingga Turki dikenali sebagai negara transkontinental.

Bangsa Turki mulai berhijrah ke kawasan yang dinamakan Turki pada abad ke-11. Proses penghijrahan ini semakin pesat selepas kemenangan Seljuk melawan Empayar Byzantine pada hari Manzikert. Beberapa Beylik (Emirates Turki) dan Kesultanan Seljuk Rum memerintah Anatolia sampai dengan pencerobohan Empayar Mongol. Mulai abad ke-13, beylik-beylik Ottoman menyatukan Anatolia dan membentuk empayar yang daerahnya merambah kebanyakan Eropah Tenggara, Asia Barat, dan Afrika Utara. Setelah Empayar Uthmaniyah runtuh selepas kalah pada Perang Dunia I, sebahagian wilayahnya diduduki oleh para Sekutu yang memenangi PD I. Mustafa Kemal Atatürk dan mengorganisasikan gerakan perlawanan melawan Sekutu. Pada tahun 1923, gerakan perlawanan ini berjaya mendirikan Republik Turki Modern dengan Atatürk menjabat sebagai presiden pertamanya.
Ibu kota Turki berada di Ankara namun bandar terpenting dan terbesar adalah Istanbul.


9. Nepal

Nepal, terletak di Himalaya, adalah sebuah negara di Asia Selatan yang bersempadan dengan Republik Rakyat China (Daerah Otonomi Tibet) di utara dan India di barat, timur, dan selatan.

Negara Nepal dibentuk melalui Persatuan Nepal pada 21 Disember 1768. Prithvi Narayan Shah menjadi raja pertama.


2 comments:

Anonymous said...

Bukan ke Denmark ngan Norway pernah dijajah oleh Nazi Jerman semasa Perang Dunia Ke - 2.. tak btul la senarai ni

Khairi said...

10. Malaysia

Malaysia, terletak antara Thailand dan Singapura

British ada datang melawat sebelum Jepun datang berniaga.Selepas Jepun kembali ke negara mereka, British datang kembali utk melindungi Malaysia. Bertapa sayangnya British kepada Malaya, nama negara ini sebelum ditukar nama kpd yg ada sekarang.

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak