Assalamualaikum pengunjung budiman. Pilihanraya kecil DUN N 05 Tenang nampaknya mula tidak tenang dan haru-biru dengan cercaan2 ahli2 politik terhadap hukum-hukum Allah yang datangnya dari satu kapal yang berbendera tengkorak. Tergadai agama demi kuasa.
Peristiwa 1 : Berkatalah seorang menteri kabinet dari kapal ini, yang turut berkempen walaupun beliau melangkau tarikh yang dibenarkan SPR untuk berkempen. Katanya kalau tertubuhnya negara Islam, banyak tangan-tangan ummat Tenang akan dipotong kerana mencuri. Orang-orang Cina elok dimaklumkan hal ini kerana setelah 53 tahun mereka masih tidak pandai mengingatkan hal ini kepada orang-orang bukan Islam. Ingatan ini diserahkan kepada tokeh viagra yang berketurunan tionghua untuk disebarkan.
Peristiwa 2 : Berkatalah seorang bekas menteri kabinet dari kapal yang sama, kepada puak-puaknya, yang sekarang ini menjadi tokeh viagra bahawa calon parti Islam enggan berjabat tangan dengan lelaki. Kalau berjabat tangan pun, beliau akan memakai sarung tangan seperti Wan Azizah. Sudah pasti calon Islam ini tidak mahu datang ke tokong Cina, katanya lagi. Akibat dari itu.....maka pihak lawan yang marah dari Kapal Myvi Marmara telah menyebarkan video tokeh viagra itu 'berjabat' tangan, kaki, badan, mulut , ehem-ehem ......... dengan seorang wanita pada 2008 untuk menggambarkan kehebatan kebebasan berjabat tangan ini. Yang terharunya kapten Myvi Marmara memberi amaran agar video bermoral itu tidak disebarkan dan diserahkan kerana video itu akan mengganggu ketenangan pilihanraya di Tenang atau mungkin video itu memberi kemenangan kepada krew kapal pihak lawanTinta Muallimah
1 comment:
he he he heh.....silakan yeop !!
Post a Comment