Monday, January 24, 2011

Perhimpunan bantah sidang DUN S'gor - Malaysiakini

Kira-kira 500 berkumpul di Dataran Shah Alam di bawah pengawasan ketat polis sebelum Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bersidang untuk membahaskan cadangan pindaan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri untuk mengembalikan kuasa melantik pegawai tinggi negeri kepada sultan dan kerajaan negeri.

NONESebahagian peserta memakai ikat kepala bertulis GAPS (Gagasan Anti Penyelewengan Selangor) berkumpul mulai kira-kira jam 9.30 pagi. Empat unit pasukan polis berkawal di depan pintu SUK.

Jumlahnya yang pada mulanya sekitar 200 orang, kemudiannya meningkat kepada sekurang-kurangnya 500 orang, sebelum mereka berarak menuju bangunan SUK Selangor - tempat terletaknya DUN.

Kumpulan berkenaan yang diketuai ketua bahagian Umno Shah Alam, Datuk Ahmad Nawawi berhimpun sejak jam 9.30 pagi ini di Dataran Shah Alam sebelum berarak ke bangunan SUK.

Sewaktu berarak sejauh satu kilometer itu, mereka melaungkan 'undur PR', 'tangkap Anwar', daulat tuanku, serta bertakbir.

Mereka juga membawa sepanduk yang bertulis 'Daulat Tuanku', dan "Khalid gagap perampas kuasa raja Melayu".

Kumpulan berkenaan yang antara lainnnya disertai penyokong Umno, Gabungan Anti Penyelewengan Selangor dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) itu bagaimanapun dihalang oleh sepasukan polis di jalan menuju ke bangunan berkenaan.

Bagaimanapun, lima orang wakil dibenarkan untuk melepasi halangan itu bagi menghantar satu memorandum.

Memorandum berkenaan kemudannya diterima oleh seorang wakil rakyat BN di pintu pagar SUK.

Mereka kemudianya bersurai sekitar jam 10.45 pagi.

Malaysiakini

1 comment:

Unknown said...

Siapa tak puas hati bila taib mahmud diserang?

http://ijoks2009.blogspot.com/2011/01/pemimpin-mewah-rakyat-papa-kedana-tanpa.html

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak