Sunday, October 30, 2011

Pemuda PAS: Kami bukan Taliban, Dr Asri melampau @ Sun Oct 30 2011

UMNO tentu tersenyum sumbing bila bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang mengaitkan sayap itu dengan Taliban

Saya petik (MI)

KUALA LUMPUR, 30 Okt – Ketua Pemuda PAS pusat Nasrudin Hassan menyelar bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang mengaitkan sayap itu dengan Taliban ekoran pendirian mereka membantah penganjuran konsert Elton John di Genting Highlands akhir bulan depan.

Sambil menganggap pandangan Asri sebagai “belum mengenali Pemuda PAS”, Nasrudin berkata, bekas mufti itu juga boleh memberi tanggapan salah masyarakat terhadap sayap PAS.

“Menganggap Pemuda PAS diresapi unsur Taliban adalah anggapan keterlaluan dan boleh memberi gambaran salah kepada masyarakat. Bukan baru kita nyatakan bantahan terhadap konsert sebegini.

“Bantahan kita bukan sekat orang, halang orang, ganggu orang. Kita hanya lahirkan rasa tidak bersetuju dengan konsert tersebut sebagai panduan kepada pemuda-pemuda Islam lain,” kata beliau dipetik Harakahdaily hari ini selepas menutup Ijtimak Tarbawi 2011 anjuran Dewan Pemuda PAS di sini hari ini.

Nasrudin mengulas pandangan Asri yang menegur bantahan Dewan Pemuda PAS Pahang terhadap konsert tersebut atas alasan penyanyi gay itu menggalakkan maksiat.

Asri yang kini bertindak sebagai felo penyelidikan di Pusat Pengajian Islam Oxford (OCIS) dipetik berkata, halangan itu tidak perlu dan cukup sekadar meminta kerajaan tidak membenarkan orang Islam menyertainya.(sini)

1 comment:

Anonymous said...

Masa Kamaruzaman jadi Ketua Pemuda PAS WP dulu,itulah kerja utamanya - membantah konsert,seolah-olah tak ada kerja lain lagi.Itu sebabnya Dr.Asri buat komen ni.Sikap macam ni buat orang menyampah dengan PAS khusus dikalangan jenerasi muda.

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak