Laporan The Malaysian Insider pagi tadi melaporkan Khalid berkata rusuhan-rusuhan yang berlaku di Britain dan bandar-bandar utama lain adalah satu "mimpi ngeri" sekiranya polis tidak dapat menghalang demonstrasi jalanan.
Jelas beliau, walaupun terpaksa menyuaraikan Himpunan Bersih 2.0 dengan gas pemedih mata dan meriam air namun apa yang penting polis berjaya mengelak insiden-insiden yang tidak diingini.
Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata rusuhan yang berlaku di Britain disebabkan masalah yang berlaku di negara itu dan ia tidak boleh disamakan dengan perhimpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) di ibu negara pada 9 Julai lalu.
"Pada saya apa yang dikatakan itu menunjukkan kejahilan yang ada pada Timbalan Ketua Polis Negara yang mana beliau tidak faham apa yang berlaku di sana (Britain) dan ia tidak boleh disamakan dengan demonstrasi Bersih 2.0.
"Kalau kita lihat rusuhan yang berlaku di Britain disebabkan masalah ketiadaan peluang pekerjaan yang mana ramai yang menganggur, namun ia tidak terjadi di Malaysia di mana kita masih banyak peluang pekerjaan," katanya.
Malah menurut Nurul Izzah (gambar), kenyataan yang dikeluarkan Khalid adalah sangat tidak bertanggungjawab.
"Himpunan Bersih 2.0 adalah untuk menuntut reformasi pilihan raya, ia bukan rusuhan dan apa yang dikatakan Timbalan Ketua Polis itu sangat tidak bertanggungjawab.
"Beliau tidak boleh bandingkan rusuhan dengan demonstrasi, saya terkejut apabila beliau berkata demikian... inilah masalah kalau ikut telunjuk politik," katanya.
Laporan The Malaysian Insider pagi tadi melaporkan Khalid berkata rusuhan-rusuhan yang berlaku di Britain dan bandar-bandar utama lain adalah satu "mimpi ngeri" sekiranya polis tidak dapat menghalang demonstrasi jalanan.
Jelas beliau, walaupun terpaksa menyuaraikan Himpunan Bersih 2.0 dengan gas pemedih mata dan meriam air namun apa yang penting polis berjaya mengelak insiden-insiden yang tidak diingini.
"Ia adalah mimpi ngeri, sebab itu kita menghalang demonstrasi jalanan. Ia sepatutnya dihalang untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini," katanya menerusi laman Facebook.
Rusuhan terburuk di Britain dalam tempoh puluhan tahun berlarutan ke hari keempat hari ini apabila gerombolan pemuda mengganas di Manchester dan kawasan perindustrian tengah England tetapi keadaan di London agak tenang selepas 16,000 anggota polis dikerahkan untuk membendung keganasan.
Di Manchester, perusuh memecah masuk dan mencuri barang kedai serta menghalau jurugambar dari tempat kejadian dalam keganasan terburuk di bandar raya ketiga terbesar di Britain itu dalam tempoh 30 tahun.
2 comments:
memang jahil pun.klau tk masa kn tugas dia pun dia tk tau.tugas polis mlindungi rakyat bkn mngikut ckp menteri
saya pernah lihat dia masa pilihanraya kerdau ...keje dia dok ekor di belakang timbalan IGP sbelumnya... aku dah agak dia mesti dia jd timbln igp.. tapi tak silap datuk hussin ( igp sbelumnya ) masa solat jumaat, rajin solat sunat. sebelum dan selepas jumaat...sorang2 je.. sedang yg khalid dok ekor dia tu time solat sunat tak nak pulak ikut bos timbln igp.. mmg dasar nk pangkatje..
Post a Comment