Saturday, July 2, 2011

Kita pergi nak berjalan 'walk for democracy' jadi kenapa muncul persatuan silat nak mandi darah

Share

"Kita pergi nak berjalan 'walk for democracy' jadi kenapa muncul persatuan silat nak mandi darah apa semua ni...kenapa pihak sebegini mampu bercakap begitu? Sebab mereka menganggap polis dipihak mereka, sebab apa Umno berani bercakap begitu..sudah pasti mereka menganggap polis dipihak mereka," kata Mat Sabu.

SHAH ALAM 1 JULAI : Pakatan Rakyat akur hanya saluran pilihan raya boleh menyuburkan amalan demokrasi seterusnya memilih parti politik yang layak untuk membentuk sebuah kerajaan di negara ini.

Namun, gagasan itu tetap memilih untuk menyertai himpunan aman BERSIH 2.0, untuk mendesak agar pilihan raya yang diadakan kelak dilakukan secara bersih dan adil kepada semua parti politik yang bertanding.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, jika pilihan raya di Malaysia diadakan secara bersih dan adil, Pakatan Rakyat bukan sahaja mampu mentadbir lima buah negeri, bahkan memerintah negara.

Justeru, beliau menolak kenyataan pemimpin UMNO BN dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini bahawa pilihan raya di negara ini bersih yang membolehkan Pakatan Rakyat menguasi Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan.

"Sebenarnya kalau pilihan raya adil dan saksama, kita telah memerintah Malaysia, Pilihanraya lepas juga menyaksikan BN selamat 25 kerusinya daripada undi pos, 40 kerusi Parlimen daripada FELDA, sekirannya tanpa kongkongan di tempat ini kita telahpun merampas Putrajaya," katanya.

Beliau berkata demikian pada satu majlis pidato baru-baru ini di Stadium Malawati Shah Alam.

Mohamad yang juga dikenali sebagai Mat Sabu berkata kepincangan pilihanraya ini adalah faktor utama Pakatan Rakyat komited untuk terus bersama menyertai himpunan BERSIH 2.0 pada 9 julai depan.

"Pakatan Rakyat sahaja tidak cukup untuk berjuang terus melalui pilihanraya dan demokrasi, oleh sebab itu kita mahukan pilihanraya yang adil dan bersih, dan itulah juga sebab berlakunya tuntutan BERSIH pada 10 November 2007."

BERSIH 2.0 adalah kesinambungan dari usaha menuntut piliharaya bersih dan adil yang pertama kali diadalah pada November 2007.

Sehingga kini rejim Umno-BN masih tidak mempedulikan 4 tuntutan iaitu penggunaan dakwat kekal untuk mengelakkan pengundian berganda, pemansuhan undi pos, membersihkan daftar pemilih dan peluang akses kepada media oleh semua parti politik yang bertanding.

Manakala dua lagi tuntutan baru ialah mengukuhkan kreadibiliti isnsitusi awam dann melanjutkan tempoh kempen pilihan raya sekurang- kurangnya 21 hari.

Mohamad turut berharap pihak berkuasa dapat menjaga keselamatan rakyat ketika himpunan BERSIH 2.0 dan bukannya bertindak menjadi alat kerajaan pemerintah.

"Kita pergi nak berjalan 'walk for democracy' jadi kenapa muncul persatuan silat nak mandi darah apa semua ni...kenapa pihak sebegini mampu bercakap begitu? Sebab mereka menganggap polis dipihak mereka, sebab apa Umno berani bercakap begitu..sudah pasti mereka menganggap polis dipihak mereka," kata Mat Sabu.

TVS NEWS

No comments:

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak