 
KUALA  LUMPUR 16 MAC : Kerajaan negeri Melaka didakwa melakukan pembaziran  apabila menaiktaraf dua buah tandas awam di Taman Botanikal Melaka yang  terletak di Ayer Keroh sehingga menelan belanja hampir RM200 ribu.
Kos berkenaan juga dianggap tidak masuk akal kerana harganya hampir menyamai banglow dua tingkat iaitu kira-kira RM190,000.
Menurut  ADUN Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong, jumlah berkenaan dilihat amat tidak  munasabah dan terlalu tinggi jika dibandingkan dengan kerja-kerja yang  dijalankan ke atas tandas awam berkenaan.
Beliau mendakwa,  selepas melakukan penilaian sebenar bersama kontraktor mendapati, hasil  kerja kedua-dua tandas berkenaan, sebenarnya hanya melibatkan  perbelanjaan tidak sampai RM120,000.
"Lagipun, selepas melihat  kerja-kerja naiktaraf tandas ini, ia dilaksanakan tidak begitu  memuaskan. Lihat sahaja sebahagian alang kayu yang digunakan untuk  menyokong bumbung juga didapati telah retak.
"Justeru, saya mahu  Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan pihak Majlis  Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) menjawab hal ini supaya tidak timbul  tanda tanya terhadap masyarakat," katanya.
Jelasnya, kos  RM199,800 untuk menaiktaraf kedua-dua tandas awam berkenaan juga adalah  jawapan yang diberikan kerajaan kepada soalan bertulisnya semasa sidang
DUN Melaka baru-baru ini.
Katanya,  dalam jawapan berkenaan, beliau dimaklumkan, antara lain, kos berkenaan  membabitkan kerja dalaman dan luar tandas, termasuk menukar pintu dan  kelengkapan sanitari, menukar sinki, memperbaiki sistem perpaipan dan  kemasan dinding serta mengecat seluruh bangunan tandas berkenaan.
"Harga  yang digunakan untuk menaiktaraf dua tandas ini sudah cukup untuk  membeli sebuah rumah dua tingkat yang biasanya berharga sekitar  RM190,000
.
 
 

No comments:
Post a Comment