Sunday, March 13, 2011

Puak Umno Gagal Hantar "Keranda" Kapada ADUN..??


Timbalan Yang Dipertua Persatuan Peniaga-peniaga Komtar Mohamed Ghani Abd Jiman hari ini menghantar hadiah berupa sebuah keranda kepada ADUN Komtar, Ng Wei Aik.

Bagaimanapun, cubaan Ghani untuk menghantar keranda itu ke rumah Ng di Happy Valley berdekatan Paya Terubong, gagal.

Lori yang dipandunya dan dinaiki beberapa rakannya, dari Penang Road ke Happy Valley, telah dihalang oleh polis selepas dibantah penduduk.

"Saya membuat protes ini kerana Ng merancang untuk mengeluarkan saya dari Komtar sebaik kerja-kerja pengubahsuaian siap," katanya kepada pemberita selepas mengadakan tunjuk perasaan secara aman yang disertai beberapa anggota dari 11 badan bukan kerajaan di Georgetown, hari ini.

"Kami tidak mahu pemimpin yang suka bertindak kasar di Pulau Pinang dan akan terus menunjukkan penentangan sehingga dia meletak jawatan," katanya merujuk tindakan kasar Ng terhadap seorang pemilik restoran nasi kandar awal tahun ini.

ghani sent coffin to lim guan eng ng wei aik 120311 demostrationSebelum itu, sekumpulan lebih daripada 200 orang yang mendakwa anggota NGO Melayu Islam mengadakan tunjuk perasaan di Komtar berhubung isu tanah Melayu dan usaha meminggirkan orang Melayu di negeri ini.

Pengerusi kumpulan itu Anuar Khan Ali Azqar Khan berkata mereka akan menyerahkan satu memorandum kepada Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas di Seri Mutiara, di Geeorgetown petang ini.

"Kami tidak mahu orang Melayu di negeri ini terus merana disebabkan sikap kerajaan negeri yang gagal mengurus masalah orang Melayu dengan baik," katanya.

Ayid: Sudah 53 tahun baru merasa melayu perlu di bela, melayu perlu bangkit, dah lama sangat tidor itu jadinya. Muakkkk

2 comments:

5sal said...

AsSalam! Gua lasa itu bukan olang melayu ma tapi MAMAKYU.Bangun jangan tak bangun mamakyu boleh 1mesia.Betoi ka mamakyu olang tanah malayu @tanah melayau.Sedq la sikit mamak oiiiiii.Utk Umgok bn jgn harap hangpa nak rampaih balik PP tu.Umpama MIMPI DALAM MIMPI LA.

cekli@abg chor said...

DARI SUDUT AKHLAKNYA ADAKAH WAJAR SEORANG YANG MENGANUT AGAMA ISLAM MENGHINA ORANG BUKAN ISLAM DENGAN CARA YANG BEGITU JAUH DARI NORMA-NORMA KEMANUSIAN?

BAGAIMANA PULA KALAU ADA ORANG LAIN PULA MENGHANTAR KERANDA KE RUMAH BELIAU? BAGAIMANA PERASAAN BELIAU? BERFIKIRLAH DENGAN WARAS BERLANDASKAN FITRAH ISLAM SEKIRANYA BELIAU BENAR-BENAR MENGHAYATI ISLAM SEBENAR.

UNTUK MAKLUMAN, KERJA SEDEMIKIAN ADALAH SEBAHAGIAN DARI KERJA-KERJA SYAITAN. DALAM ISLAM TIDAK PUN MENGALAKKAN UMMATNYA BERTINDAK MENGIKUT NAFSU SYaitAN YANG BOLEH MEROSAKKAN AKIDAH.

FIKIR-FIKIRKAN LAH......ISLAM IYU MULIA DAN JANGAN SEKALI-KALI MENGHINA AGAMA SUCI ISLAM SEMATA-MATA KERANA NAFSU SERAKAH YANG DIBANTU OLEH SYAITAN. INGATLAH!

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak