Saturday, September 11, 2010

Ibrahim: Kenyataan Kunan, Nazri 'melucukan' - Malaysiakini


Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali menyifatkan kenyataan setiausaha agung Umno, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Nazri Abdul Aziz sebagai "sangat lucu".

"Secara tiba-tiba PERKASA mendapat begitu banyak perhatian, (dan) ditambah lagi, dengan kenyataan Tengku Adnan dan Nazri," kata Ibrahim dalam sidang akhbar di kediamannya hari ini.

Katanya, beliau agak terkejut mendengar kenyataan setiausaha agung Umno bahawa parti itu tidak mahu mengaitkannya dengan PERKASA.

"Bila kita minta sokongan Umno?" soalnya.???


Sehubungan itu, Ibrahim menjelaskan bahawa PERKASA adalah sebuah NGO yang tidak ada kena mengena dengan Umno.


Pemimpin Umno digesa boikot aktiviti PERKASA

Banyak sangat Pemimpim UMNO buat kenyataan tentang PERKASA, tanggunglah sendiri kini Parti Cina Malaysia pula bersuara selepas MCA


Parti Cinta Malaysia menyokong tindakan pemimpin Umno memisahkan diri mereka daripada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA).

Naib presidennya, Huan Cheng Guan berkata orang dan individu yang berfikiran waras sepatutnya menjauhkan diri daripada pertubuhan pimpinan ahli parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali.

"Barisan Nasional, khususnya kepimpinan Umno, perlu menunjukkan dengan jelas bahawa PERKASA dan Ibrahim tidak disokong oleh Umno jika mereka mahukan sokongan masyarakat Cina dan masyarakat lain," katanya kepada Malaysiakini.

No comments:

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak