Monday, September 6, 2010

PAS Larut nafi laporan 756 ahli keluar parti - Malaysiakini

"Mat Arop baru saja menjadi ahli PAS, tidak sampai dua tahun. Dia adalah ahli Umno selama 32 tahun dan mungkin ketua cawangan Umno Kampung Bagan Baru selama 22 tahun.

PAS Kawasan Larut menuduh Umno berbohong apabila mendakwa 756 ahli PAS di DUN Kubu Gajah, keluar parti beramai-ramai menyertai Umno.

Yang dipertuanya, Dr Mohd Dhari Othman berkata ia merupaan satu lagi pembohongan, bertujuan meredakan kerisauan Umno bahagian Larut yang berdepan dengan kemerosotan sokongan pengundi di situ.

Satu berita yang disiarkan dalam Utusan Online pada 4 September kelmarin melaporkan 756 ahli PAS cawangan Kampung Bagan Baru dalam DUN Kubu Gajah, telah keluar beramai-ramai kerana tidak yakin lagi kepada parti itu.

"Saya menyangkal sama sekali dakwaan ini," kata Dr Mohd Dhari dalam satu kenyataan hari ini.

"Tidak ada tindakan keluar beramai-ramai ahli PAS di DUN Kubu Gajah ini. Mat Arop Samad bukan timbalan ketua cawangan Bagan Baru. Malah tidak pun wujud Cawangan PAS Bagan Baru," tegasnya.

Dr Mohd Dhari berkata, dakwaan itu sengaja diada-adakan oleh Umno, khususnya ADUN Kubu Gajah, Raja Datuk Ahmad Zainuddin dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambri Abd. Kadir.

Katanya, Mat Arop adalah salah seorang daripada kira-kira 30 orang yang keluar Umno Cawangan Bagan Baru - yang menjadi kubu kuat Umno di DUN Kubu Gajah - setelah BN gagal membentuk kerajaan negeri di Perak selepas pilihan raya umum 2008.

Dr Mohd Dhari mendakwa, bekas ahli-ahli Umno ini telah memohon untuk menjadi ahli PAS.

Malah katanya, dakwaan Mat Arop bahawa dia telah menjadi ahli PASs selama 22 tahun juga satu pembohongan.

"Mat Arop baru saja menjadi ahli PAS, tidak sampai dua tahun. Dia adalah ahli Umno selama 32 tahun dan mungkin ketua cawangan Umno Kampung Bagan Baru selama 22 tahun.

"PAS Larut mengalu-alukan tindakan Mat Arop keluar PAS kerana dia memang seorang ahli yang bermasalah di Larut

"Ahli-ahli Umno yang keluar masuk parti kerana mencari keuntungan diri sendiri sememangnya tidak diperlukan oleh PAS.

"Walau bagaimanapun, PAS Larut sedang berusaha untuk menubuhkan cawangan Bagan Baru dalam masa yang terdekat," tambah Dr Mohd Dhari.PAS Larut nafi laporan 756 ahli keluar parti - Malaysiakini


1 comment:

pascheras said...

sudah link blog anda

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak