Wednesday, June 16, 2010

KAMI SAMBUT DENGAN BANNER



Najib jangan tersalah baca! Mungkin nanti Najib kata Kelantan mahu Wang ehsan bukan Royalti




KOTA BHARU, 15 Jun:
Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar) bercadang meneruskan misi menuntut kerajaan Pusat membayar royalti minyak kepada rakyat Kelantan melalui satu perhimpunan sempena lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke Kelantan esok.

Setiausahanya, Mohd Hisyamuddin Ghazali berkata Gegar akan meneruskan hasrat murninya itu sehingga episod tuntutan tersebut menemui garis penamatnya.

"Maksudnya sehingga tuntutan itu ditunai atau sehingga ada apa-apa tindakan daripada kerajaan negeri sendiri berhubung tuntutan itu yang menterpaksakan Gegar berhenti dari melaksanakan aktiviti berkaitan.

"Gegar tidak akan berhenti daripada meneruskan perjuangannya begitu saja, dan Gegar akan lakukan apa saja selagi tidak bercanggah dengan hak asasi rakyat," katanya ketika dihubungi lewat petang ini.

Sambil itu beliau memaklumkan satu kain rentang bersaiz 4 x 20 kaki yang bertulis "PM: MANA DUIT ROYALTI KELANTAN RM2 BILLION?? Kami tak mahu Ehsan, Kami mahu ROYALTI" akan dinaikkan pada malam ini sebagai isyarat kepada Najib bahawa rakyat Kelantan sebenarnya tidak pernah berdiam diri dalam perkara berkenaan.

Menurutnya banner-banner tersebut akan dinaikkan di persekitaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa, Pasir Pekan dan sekitar bandar Kota Bharu.

Dalam pada itu, satu perhimpunan aman dijangka akan turut diadakan sebagai tanda protes terhadap penafian hak rakyat oleh kerajaan Pusat.

"Sekurang-kurangnya Perdana Menteri akan lihat sendiri bahawa hak mutlak rakyat tidak boleh dipolitikkan malah rakyat Kelantan khususnya menolak kerajaan yang menggunakan harta rakyat untuk kepentingan politik," tegasnya.

Harakahdaily

No comments:

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak