Monday, March 22, 2010

ISLAM BUKAN AGAMA BERBENTUK RETORIK, SIMBOLIK ATAU MAJAZ



Pada zaman moden ini agama diambil sebagai simbol atau budaya semata-mata. Manusia akan menggunakan agama ketika ia perlu sahaja dan akan mencampakkannya apabila agama sudah tidak mendatangkan apa-apa keuntungan duniawi mereka. Islam hanya sebagai kulit atau tempelan semata-mata. Islam pada namanya sahaja tetapi pada hakikatnya mereka amat membenci, memusuhi dan menganggap Islam menyekat pembangunan negara dan kebebasan individu. Konsep ibadah juga telah disempitkan dan disalahertikan kepada ibadah-ibadah khusus ( Fardhu Ain ) semata-mata seperti solat, puasa, zakat dan lain-lain. Contoh Islam sebagai retorik:

* Negara Islam: Negara Islam hanya pada namanya sahaja tetapi daripada segi perundangan, ekonomi, pentadbiran, pendidikan dan segala urusan di dalam negara tersebut masih lagi mengamalkan sistem jahiliah yang berkiblatkan sistem kuffar.

* Individu Muslim: Islamnya seseorang individu itu pada masa kini adalah terletak pada namanya sahaja seperti Ahmad, Abdullah, Mustofa dan sebagainya, tetapi hakikatnya ada di antara umat Islam pada ramai yang tidak solat, tidak tutup aurat, tidak pandai membaca al-Quran, tidak boleh mengucap dua kalimah sahadah, bergaul bebas, berzina tanpa menghiraukan batas-batas agama.

* Masjid hebat tersegam indah tetapi malangnya orang tidak mahu datang solat berjamaah di masjid walaupun Allah s.w.t telah menawarkan berbagai-bagai insentif akhirat kepada mereka. Masjid dijadikan sebagai tempat perlancongan di hujung minggu bersama keluarga untuk mengambil gambar sebagai kenang-kenangan sahaja. Imam, bilal dan AJK masjid sendiri pun tidak memahami peranan masjid yang sebenar. Cuba kita kaji masjid di Zaman Rasulullah s.a.w, masjid adalah pusat pentadbiran, pendidikan, ekonomi dan sebagainya, bukan khusus untuk solat sahaja.

* Perkahwinan juga banyak menggunakan Islam sebagai retorik seperti upacara akad nikah dilakukan di masjid sedangkan pengantin tidak pernah solat pun, mas kahwin sebuah al-Quran sedangkan si pengantin tidak pandai atau tidak pernah baca al-Quran. Selesai upacara akad nikah maka kenduri kahwin dihidupkan dengan lagu-lagu yang melalaikan, percampuran lelaki perempuan yang tidak terkawal, solat ditinggalkan kerana sibuk melayan tetamu. Tuan rumah pula pakai baju melayu dan tidak berganjak kemana-mana kerana mengharapkan tetamu yang datang dengan membawa wang. Kenduri kahwin bukan lagi satu majlis untuk mengumumkan perkahwinan tetapi telah bertukar menjadi satu perniagaan.

* Al-Quran hanya dilagu-lagukan sahaja tanpa mengetahui makna dan mengamalkanya. Ayat-ayat al-Quran digantung di dinding-dinding untuk tujuan perhiasan, menghalau setan, melariskan jualan dan perubatan sahaja tanpa dijadikan panduan dan amalan kehidupan. Orang yang hendak menegakkan al-Quran dan Sunnah dianggap sebagai golongan taasub agama dan pelampau.

* Majlis-majlis perpisahan atau tahunan dimulakan dengan doa selamat untuk memohon keberkatan dari Tuhan tetapi di dalamnya diselitkan dengan unsur-unsur hiburan yang tidak bersesuaian dengan Islam seperti nyanyaian dan tarian dengan alasan sekadar hiburan sambil makan. Budaya ini berterusan , tiada yang perasan dan melarang. Sedarlah wahai insan, berubahlah sekarang sebelum Tuhan turunkan balasan. Pada masa itu tidak guna lagi segala tangisan, kerana nasi sudah menjadi bubur, walaupun bubur masih lagi boleh dimakan.

* Sambutan hari-hari kebesaran Islam dijalankan dengan begitu meriah sekali. Contohnya Maulidur Rasul disambut di jalan-jalan , ada perarakan , ada pertandingan, ada yang kalah, ada yang menang, berapa kerat yang dapat pengajaran. Cintakan rasul bukan sekadar ditunjuk-tunjuk di tengah jalan tetapi ia perlu direalisasikan dengan ikutan, perbuatan , keimanan dan amalan bukan sekadar sorakan.Sekian, harap dapat pengajaran. Sebarang penambahan dialu-alukan.

By Saidi

No comments:

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak