Showing posts with label isu 1 Malaysia. Show all posts
Showing posts with label isu 1 Malaysia. Show all posts

Sunday, March 13, 2011

Dr Mahathir - Kini Serang Orang Asli Pula - Orang Asli Tidak ada lebih Hak dari Melayu!



“Di Malaysia, Orang Asli adalah seperti rakyat negara (berkenaan) sebagaimana penduduk kaum lain. Mereka tidak pernah mendirikan negeri dan kerajaan sendiri,” kata Dr Mahathir dalam tulisan terbaru blognya, yang disiarkan semalam.

Ia tulisan terbaru sejak memoirnya dipasarkan mulai Selasa lalu.

KUALA LUMPUR, 11 Mac — Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Orang Asli tidak ada lebih hak berbanding kaum Melayu untuk mendakwa Malaysia negara mereka kerana kaum pribumi itu tidak pernah mendirikan kerajaan dan negeri sendiri.

Bekas perdana menteri berkata tindakan memberi lebih hak kepada Orang Asli untuk mendakwa Malaysia adalah milik mereka sendiri mirip menyerahkan Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand kepada Red Indian, Maori dan masyarakat asal negara masing-masing.

The Malaysian Insider

Tuesday, August 24, 2010

Ini lah GAMBAR rupa KHATIB yang sebut nama Lim Guan Eng dalam DOA...


Ini lah GAMBAR rupa IMAM yang sebut nama Lim Guan Eng dalam DOA...

TAIPING – Penggunaan nama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang disebut dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat di beberapa masjid sekitar Pulau Pinang bukan perkara baru.

Perkara itu disahkan khatib, Zakaria Ahmad yang mengakui bukan pertama kali beliau membaca doa tersebut tetapi ianya dilakukan sejak dua tahun yang lalu.

Menurutnya, doa yang disebut hanya menjuruskan supaya Allah memberikan hidayah kepada Guan Eng agar memeluk Islam.

“Tiada sebarang motif dalam khutbah berkenaan. Ramai yang salah faham terhadap isu ini dan mempolitikkannya sehingga menjadi berita hangat,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, isu berkenaan tidak patut dipolitikkan dan menyifatkan kontroversi yang timbul sebagai mainan politik semata-mata.

"Saya terbuka dan bersedia menjawab serta menjelaskan perkara sebenar di sebalik isu hangat itu. Bagi meredakan keadaan ini, penjelasan di atas diharap dapat menerangkan perkara sebenar mengenai apa yang berlaku,” katanya.

Ada aku kesah dia nak sebut nama ape? Korang Jelous IMAM nih tak doa kan korang? Zahid lah paling bengang sekali sebab tak doakan dia!

Sumber: Era Pasca

Tuesday, March 23, 2010

ANUAR TIDAK PEDULI KATA DUA BN, PERTAHAN KENYATAAN 1 ISRAEL

Merujuk kepada jawapan bertulis Datuk Seri Najib Razak di Parlimen, yang mengakui bahawa “APCO Worldwide Sdn Bhd dilantik untuk memberikan perkhidmatan perhubungan awam secara total.”

Firma khidmat perhubungan awam itu bagaimanapun menafikan dakwaan Anwar,


KUALA LUMPUR, 22 Mac — Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempertahankan kenyataannya di Parlimen minggu lalu bahawa APCO Worldwide pernah menyediakan khidmat kepada pentadbiran bekas perdana menteri Israel Ehud Barak pada akhir 1990-an.

Ketika ditemui wartawan beberapa jam selepas kata dua Barisan Nasional (BN) agar menjelaskan kenyataannya dalam seminggu, Anwar berkata beliau akan memberikan penjelasan kepada Speaker Parlimen secepat yang mungkin.

“Saya akan memberikan penjelasan dan penjelasan saya akan berdasarkan respons perdana menteri pada 18 Mac,” kata Anwar (gambar) merujuk kepada jawapan bertulis Datuk Seri Najib Razak di Parlimen, yang mengakui bahawa “APCO Worldwide Sdn Bhd dilantik untuk memberikan perkhidmatan perhubungan awam secara total.”

Pagi tadi Dewan Rakyat meminta Anwar memberikan penjelasan berhubung dakwaannya Rabu lalu bahawa konsep 1 Malaysia diciplak daripada inisiatif 1 Israel dan ia dirangka oleh APCO.

Firma khidmat perhubungan awam itu bagaimanapun menafikan dakwaan Anwar, menyebabkan BN mengambil langkah untuk merujuk Ketua umum Pakatan Rakyat itu kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

“Saya akan menjelaskan sebab APCO sebenarnya menyediakan khidmat di Israel pada masa itu,” kata beliau.

“Sebenarnya mereka dibayar untuk menafikan, tetapi biar saya berikan fakta,” kata Anwar mengulas penafian APCO.

“Tetapi saya juga akan meminta diberikan penjelasan siapakah APCO, berapa banyak dibayar dan apakah peranan dimainkan oleh APCO dalam khidmat komunikasi dan apakah nasihat diberikan kepada pelbagai kementerian khususnya kementerian-kementerian strategik,” katanya.

Anwar berkata beliau terpaksa isu pembabitan APCO kerana dituduh sebagai ejen Yahudi.

“Saya menimbulkan isu APCO bukan kerana mereka Yahudi tetapi saya dituduh sebagai ejen Yahudi selama 12 tahun tanpa menyediakan bukti,” kata Anwar.

Anwar juga berkata pada masa lalu kerajaan Malaysia pernah mendapatkan khidmat pelobi Jack Abramoff untuk memperbaiki hubungan dengan Washington.


Malaysian insider


follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak