Saturday, January 9, 2010

Bakar Gereja: Masyarakat hilang sentiviti dosa pahala - Datuk Nik Abdul Aziz

Nazri Abdullah
SHAH ALAM, 9 Jan: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa kejadian serangan membakar gereja kelmarin berlaku kerana Umno telah menghilangkan sensitiviti dosa dan pahala dalam masyarakat di negara ini khususnya orang Melayu itu sendiri.


Kesan hilangnya sensitiviti itu, katanya telah menyebabkan masyarakat melakukan pelbagai kesalahan termasuk tidak menghormati agama lain sehingga membakar gereja dan mengarak kepala lembu seperti berlaku di Shah Alam baru-baru ini.


"Tiap-tiap orang nak bakar gereja kena reti (tahu) gereja ini harta kawan kita orang Kristian, bila kita bakar kita lukakan hati dia, berdosa kita di akhirat kelak.


"Sama juga arak kepala lembu, melukakan hati orang India (Hindu), ini berdosa. Tapi perasaan dosa pahala tidak ada dalam orang Melayu sekarang kerana telah dibuang oleh Umno, ini kita dukacita," katanya yang juga Menteri Besar Kelantan(Teruskan Membaca>>>)



3 comments:

Unknown said...

Kalau pemimpin sendiripun sanggup meruntuhkan surau di Terengganu dulu.Inikan pula penyokong bawahan.Bapak kencing berdiri,anak kencing berlari lah.
Soal jawab agama bersama Ustz Azhar Idrus
http://forum.digitalmukmin.org/viewforum.php?f=14

Unknown said...

Salam sahabat. Babah berharap kita dapat membiarkan ahli-ahli politik menyelesaikan masalah ini jika keadaan menjadi tidak menentu. Hindarkan diri daripada menjadi petrol yang menyemarakkan suasana ketegangan. Berstrategi lebih baik daripada mengikut hati. UMNO tetap UMNO yang kita kenal lama dulu. Apabila elemen keselamatan bercampur, kita melangkah setapak ke belakang...masih melangkah, bukan berundur. My 2 cents.

Anonymous said...

ASSALAMUALAIKUM,
TUAN BANYAK AYAT ALLAH..KAT BLOG TUAN...HARAP APA YANG TUAN TULIS DALAM BLOG TUAN..YANG BETUL DAN LURUS...SEBAGAIMANA LURUSNYA TITIAN SIRATUL MUSTAQIM...BUKAN APA TUAN...AGAMA DAN POLITIK...LAIN..AGAMA...TAK MENGATA DAN MENGUTUK ORANG...POLITIK...SEBALIKNYA...PERJUANGAN AGAMA LAIN...PERJUANGAN POLITIK LAIN...KALAU HARI2 NIAT DALAM HATI MENGUTUK DAN MEMFITNAH ORANG...JANGAN LUPA KIRI KANAN ADA MALAIKAT....DOK CATAT...SELAMAT BARJUANG ALLAH MENGETAHUI APA YANG KITA TAK KETAHUI...

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak