Friday, January 8, 2010

Bakar gereja, satu perangkap?



SHAH ALAM: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) tidak percaya serangan ke atas gereja di Desa Melawati, dekat Kuala Lumpur dilakukan oleh orang-orang Islam.

Beliau berkata, “Islam menegah perbuatan memusnahkan tempat-tempat ibadat bagi orang Islam dan bukan Islam. Saya tidak yakin serangan-serangan ini dilakukan oleh mereka yang berpegang teguh kepada agama Islam.

“Perbuatan ini merupakan tindakan berbaur politik yang dilakukan oleh golongan-golongan tertentu yang ingin meraih kepentingan dari isu ini,” terang beliau kepada Free Malaysia Today, ketika dihubungi petang tadi.Beliau memberi amaran bahawa kejadian-kejadian seumpama ini merupakan satu perangkap supaya ianya merebak bagi mencetuskan “pergaduhan kaum”.

“Apabila berlaku pertelingkahan kaum maka mudahlah bagi kerajaan melaksanakan undang-undang darurat atau “curfew” sepertimana yang digunakan pada 13 Mei 1969,” jelas beliau.

Mahfuz, yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, meminta orang ramai supaya bertenang dan tidak mudah terjebak dengan sebarang bentuk hasutan dan ugutan.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan memberi amaran kepada para penunjuk perasaan supaya tidak menganjurkan demonstrasi, dan berkata permit tidak dikeluarkan untuk tujuan tersebut.
Sumber:

1 comment:

Mohamadazhan.com said...

salam akhi,

sungguh melampau, tndakan yang sangat beremosi, ni kesan dari provokasi media yang melmpau2. benda ni boleh diselesaikan cara yg baik...memalukan umat Islam. ni semua mest kerja puak2 UMNO ni...jadi hero la konon.

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak