Wednesday, January 6, 2010

UMNO Pertahan nama Allah, tapi khianat Islam

بسم الله الرحمن الرحيم


Idris Ahmad
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal dengan sikap Umno yang menangguk di air keruh dan mempolitikan isu nama Allah demi kepentingan mereka yang mahu diiktiraf 'juara rakyat' secara 'fast track'.

PAS mempertikaikan sikap pemimpin Umno yang menerajui negara tetapi menutup mata bila Hakim Datuk Lau Bee Lan dibenarkan mengadili kes pertikaian penggunaan nama Allah hingga melahirkan keputusan yang mencetuskan ketegangan agama pada masa ini.

PAS berharap agar persidangan Mahkamah Rayuan akan datang mengunakan lebih dari satu Hakim dan memastikan adanya Hakim beragama Islam bagi mengadili kes ini.

PAS tidak yakin bahawa kes ini boleh selesai begitu sahaja melalui prosiding mahkamah.

Maka PAS mendesak Umno yang bangga dengan status 12 penggal mentadbir Malaysia untuk meminda Perlembagaan dan menjadikan Al-Quran sebagai asas perlembagaan disamping menguatkuasakan undang-undang hudud bagi menghalang pengaruh agama-agama lain terhadap umat Islam.

Harus diingat bahawa Umno bertanggungjawab dalam mewujudkan Enakmen Syariah bagi Mahkamah Syariah diseluruh negara yang mana didalamnya terkandung klausa yang membolehkan umat Islam memohon untuk murtad sedangkan amalan perundangan ini tiada dalam hukum Islam.

PAS menuntut klausa ini mansuhkan segera.

PAS juga kesal kerana Umno suatu ketika dahulu pernah cuba membuang nama Islam dari digunakan oleh pertubuhan-pertubuhan Islam.

Umno juga bertindak zalim dengan merobohkan serta mengunci beberapa masjid dan surau sebelum ini kerana dendam politik.

PAS juga yakin bahawa rakyat turut berasa kesal kerana pemimpin-pemimpin Umno yang tegar mempertahankan nama Allah hari ini masih enggan mematuhi seruan Majlis Fatwa Kebangsaan yang menegah mana-mana umat Islam bertafakur dihadapan tugu negara yang dianggap sebagai perbuatan syirik yang 'berlesen besar'.(Baca hingga habis disini)


sumber

No comments:

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak