PERMATANG PAUH, 29 Julai: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu (gambar) menyifatkan pendapat yang mengatakan jika Umno kalah, maka Melayu juga kalah atau mundur adalah tahyul dan merupakan satu tafsiran mengarut.
Katanya, kepimpinan Umno lazimnya membuat kenyataan tahyul itu bahawa sekiranya Umno kalah dalam pilihan raya nanti, masyarakat Melayu akan hidup dalam suasana kelam kabut atau tertekan sebagaimana zaman Jepun.
Padahal, jelasnya jika Umno kalah, maka PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu parti yang seagama dengan kepimpinan Umno pula akan memegang tampuk pemerintahan serta meneruskan kelangsungan perjuangan tetapi berlainan pendekatan untuk membela rakyat.
"Bila Umno kalah, PAS dan PKR pula yang akan teruskan perjuangan tapi kali ini bukan macam Umno yang berkepentingan dan kroni, kita akan urus tadbir negara dengan baik," tambahnya semasa berucap dalam program ceramah anjuran Dewan Pemuda PAS di Dataran Kompleks An-Nadhoh, Penanti malam tadi.
Katanya, pemimpin Umno sanggup menggertak supaya orang Melayu jangan mengundi PAS atau PKR yang digambarkan sebagai petualang bangsa kerana kononnya menggadai maruah kepada kaum lain.
"Sekarang ini biarlah Umno dan Barisan Nasional (BN) nak gelarkan apa pun, kita jangan peduli. Kita patut pandang ke depan dengan satu matlamat mendaki Putrajaya kerana jalan tersebut boleh menyelamatkan maruah negara yang sudah tercalar di mata dunia," tegasnya.
Rakyat, ujarnya wajar menilai kepimpinan PAS di Kelantan, Terengganu sebelum tewas pada pilihan raya ke-11 lalu dan terkini di Kedah, adakah gagal melaksanakan tanggungjawab mentadbir dengan baik.
Jawapannya, kata beliau pasti lebih cemerlang berbanding Umno dan BN kerana pentadbiran mereka penuh dengan penyelewengan, pembohongan fakta dan penipuan.
"Sebagai kepimpinan parti dalam Pakatan Rakyat, saya lihat sudah ada kemahiran dan pemimpin tidak melatah seperti sebelum pilihan raya 2004 yang mana DAP lari keluar yang akhirnya kita kalah sebagai pakatan pembangkang," katanya.
Namun, katanya kini Umno memainkan rentak yang sama iaitu isu Melayu untuk bersatu dengan PAS.
Menurutnya, mereka menggunakan mufti untuk kepentingan politik sempit padahal peranan mufti menasihati tingkah laku kepimpinan Umno yang terlalu banyak penyelewengan sehinggakan rakyat terpaksa menolak kerajaan BN pada pilihan raya umum ke-12 lalu.
"Mufti pun jadi kalut sekarang ini nak satukan PAS dan Umno. Saya dengar 'geli' bila sebut tentang kerjasama PAS dan Umno. Nak kerjasama macam mana, depan ajak elok dengan senyuman sampai ke telingga tapi di belakang mereka panah kita dengan anak panah berbisa.
“Lupakanlah kerjasama tu kerana yang penting biar Umno karam manakala kita daki Putrajaya bersama parti dalam Pakatan Rakyat yang lain," tegas beliau.
3 comments:
Alhamdulillah...aku dah baca post ni,nak komen sikit,aku pun samalah macam abg mat kita ni,kalau abang mat geli je,aku geli dan nak termuntah tentang isu perpaduan,rasa masa aku masa umur dalam lingkungan kanak2 dah dengar isu ni,kalau tak silap dalam tahun 80an,isu muzakarah pas umno pun dalam hal perpaduan gak,lepas2 tu pun macam tu juga sampai lah sekarang ni.
Bilamana Umnobn rasa tersepit dan rasa kehilangan sokongan melayu baru rasa nak perpaduan,kerjasama dan apalagi istilah bekenaan perpaduan.Bilamana melayu ramai sokong Pakatan Rakyat dikatanya melayu akan hancur,bila melayu sokong mereka..tak timbul langsung isu ini,malah sikap sombong dan ego makin menjadi-jadi,sekarang pun sama,tidak pernah rasa besar hati tentang kekalahan,bersikap sabar..tak sabar sangat rampas Perak dari tangan Pakatan Rakyat,betul lah kata abang mat tu,depan senyum manis dengan susunan kata-kata indah bermadah..tapi di belakang,bermacam-macam racun dusta di hamburkan pada Pakatan Rakyat macam ni yang dikatakan nak mengajak kearah perpaduan...sekali lagi aku rasa nak termuntah..!
Bukan aku je merasa meluat tengok isu ni,orang lain pun rasanya sama dengan aku mungkin!,Berpadu dengan orang yang langsung tak pernah rasa nak berubah..abaikanlah..!gunakanlah hujah agama sekalipun,kalau hanya sekadar untuk menyedapkan telinga,dan aku tengok mereka yang mengajak perpaduan ni rasa tak pernah ikhlas tentang agama sendiri,maksiat bermaharajalela,rasuah,bunuh,buang anak,judi merata-rata dan makin melata'tak kisah langsung tiba-tiba mengajak melayu bersatu antara pas dan umno..nak termuntah lagi..!
Bagi aku,Para pimpinan Pakatan dari atas sampai ke bawah,usah di layan perkara ni,ikut kata Tuan Guru Dr.Harun Din.Kekaraman-nya makin hari makin terserlah bagi mereka yang mengikuti arus politik tanahair,sesama mereka pun bergaduh,tuduh menuduh,rebut merebut..nampaknya doa pejuang dikabulkan untuk melihat mereka saling bercakaran,kesatuan mereka makin rapuh dan goyah mnunggu masa untuk karam dan terus karam ke dasar lautan dan tak akan dapat di selamatkan.Kita tunggu masanya nanti...
Kesimpulannya:Perpaduan itu bagus,tuntutan agama,semua orang sukakannya bukan melayu saja bahkan semua kaum sukakannya,TAPI..mahukah kita berpadu,bersatu dengan mereka yang tidak pernah merasa apa yang rakyat rasa?mahukah kita bersatu dengan mereka yang tak rasa peka bahkan pekak dengan agama?Mahukah kita bersatu dengan mereka yang hanya beromong kosong?
Fikir-fikirkan bersama..!
Kenapa rampas Perak dari Pakatan rakyat yang mana MB itu dari Pas. Kini minta kita lupa dan nak bersatu.
Mereka panah dari beakang. Biarkan mereka jadi minoriti dan jemaah jadi majoriti
Syukran sheikh komen yang manthop. Tadbir
Post a Comment