Sehubungan itu kata beliau, kerajaan seharusnya memansuhkan terus Peraturan 21 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang mengehendaki kakitangan awam memperoleh kebenaran bertulis daripada ketua perkhidmatan awam jika mahu terlibat dalam politik.
“Ia satu langkah yang silap. Dari sudut parti politik Umno, keputusan itu adalah langkah terdesak mereka, mereka cuba untuk menggunakan selok-belok undang-undang dan peraturan (untuk kepentingan Umno-BN) untuk memperdayakan rakyat,” kata Aziz (gambar) ketika ditemui selepas Diskusi KAMI Ketiga yang membincangkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di sini hari ini.
“Langkah ini memang tidak logik. Pengumuman Ketua Setiausaha Negara menjadi bahan ketawa,” katanya Aziz lagi. - Baca lagi (Sini)
1 comment:
salam,
melentur buluh biar dari rebungnya. begitu jugalah kalau hendak menanam dakyah politik, umno harus bermula di peringkat bawah, iaitu kepada murid-murid sekolah. Ini untuk keuntungan jangka panjang. apabila guru boleh memilih berpolitik, maka parti yg mereka harus pilih adalah UMNO dan jika ada yg memilih untuk berkecuali, maka mereka ini akan dicop pembangkang.
Maka hendak tak hendak, masuk UMNO dan sebarkan dakyah UMNO dalam bilik darjah (silap-silap ada subjek UMNO dalam pengajaran). Ini strategi jangka panjang.
Kita selalu dengar anak-anak bercakap, "cikgu kata macam ni la mak" atau " cikgu kata jawapannya ini"...anak murid lebih percaya kepada kata guru daripada kata ibu. Pendekatan UMNO mengizinkan guru masuk politik bukan setakat pada suatu masa dulu guru menghidupkan UMNO, malah untuk memastikan kesinambungan UMNO pada masa hadapan, agar lebih kukuh kerana asasnya sudah dibentuk di peringkat rebungnya.
sekian.
Post a Comment