Tuesday, July 27, 2010

PAS minta Umno lupakan dialog, tetap tidak mahu layan

“Bila dah kalah baru cari kawan... selepas 13 Mei, (Allahyarham) Tun Abdul Razak datang jumpa PAS, kami ingat ikhlas, sebab saya orang yang paling kuat menerima jemputan (daripada Tun Abdul Razak).

“Tetapi bila sudah gemuk (selesa kedudukan), gigit (tangan PAS)... dia orang (akhbar menulis) PAS keluar (BN), tetapi bukan keluar, tetapi ditendang, macam mana punya wartawan tulis macam itu,” katanya di Kuala Terengganu Sabtu lalu.



KUALA LUMPUR, 27 Julai — PAS tetap tidak mahu melayan Umno sambil menyifatkan tindakan komponen Barisan Nasional (BN) itu secara berterusan mengajak PAS menjalin kerjasama perpaduan hanya bertujuan mahu memecahbelahkan Pakatan Rakyat.

Sekali lagi, dua naib presiden PAS menegaskan bab perbincangan parti itu dengan Umno “sudah ditutup”.

Dalam hubungan ini, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata, ajakan Umno sebenarnya bukan mahu mewujudkan perpaduan, tetapi mahu menghilangkan kepercayaan Pakatan Rakyat dan rakyat terhadap PAS.

“Kita melihat tawaran itu bukannya mahu mewujudkan perpaduan Melayu yang sebenarnya tapi ia strategi halus digunakan Umno untuk membuatkan rakyat hilang kepercayaan kepada Pakatan Rakyat terutamanya PAS.

“Kalau PAS terima ajakan itu, kita akan kehilangan kepercayaan dan akan berlaku keadaan PAS tidak akan dipercayai oleh rakyat.

“Malah saya percaya Umno akan terus berusaha untuk pastikan PAS terima cadangan itu dan pemimpin PAS telah dapat mencium muslihat tersebut,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan semalam, yang mengatakan usaha parti itu untuk menjalinkan perpaduan bersama PAS tidak akan dihentikan meskipun mendapat tentangan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar).

Ahmad berkata, ini kerana Umno yakin masih terdapat kumpulan tertentu dalam PAS yang menyokong usaha berkenaan.

“Nik Aziz boleh cakap apa saja tapi dalam PAS itu ada juga kumpulan-kumpulan tertentu. Sebagaimana orang maklum, PAS ini bukannya semua berkisar pada Nik Aziz saja,” katanya.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata PAS tidak bergantung kepada kepimpinan Nik Aziz semata-mata kerana masih ada pemimpin lain termasuk presiden, timbalan presiden dan jawatankuasa tertinggi parti.

“...tentunya mereka mempunyai pandangan tertentu yang saya kira mungkin menyokong cadangan kita,” katanya.

Salahuddin juga menafikan bahawa ada kumpulan tertentu dalam PAS yang menyokong usaha berkenaan.

“Itu tidak benar sama sekali. Dasar parti sudah jelas, kita tiada agenda untuk menjalinkan hubungan kerjasama politik dengan Umno.

“Jadi Umno perlu faham bahawa PAS sudah tutup buku dan selepas ini kita tidak akan menghiraukan mereka lagi,” katanya.

Sebelum ini Nik Aziz tetap dengan pendiriannya menolak sebarang perbincangan atau kerjasama dengan Umno kerana menganggap parti itu telah menyimpang daripada perjuangan Islam.

Malah Nik Aziz mengulangi bahawa Umno terus menunjukkan minat mahu membincangkan kerjasama dengan PAS selepas menyedari kedudukannya menjadi lemah pada pilihan raya umum ke-12 dua tahun lalu.

“Bila dah kalah baru cari kawan... selepas 13 Mei, (Allahyarham) Tun Abdul Razak datang jumpa PAS, kami ingat ikhlas, sebab saya orang yang paling kuat menerima jemputan (daripada Tun Abdul Razak).

“Tetapi bila sudah gemuk (selesa kedudukan), gigit (tangan PAS)... dia orang (akhbar menulis) PAS keluar (BN), tetapi bukan keluar, tetapi ditendang, macam mana punya wartawan tulis macam itu,” katanya di Kuala Terengganu Sabtu lalu.

Dalam pada itu, seorang lagi Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar berkata PAS telah mengambil sikap tidak mahu layan Umno-BN dalam isu ini.

Sebaliknya kata beliau, PAS mahu memberi tumpuan terhadap usaha menyatupadukan orang Melayu dan umat Islam bersama Pakatan Rakyat untuk mewujudkan gelombang baru politik Malaysia tanpa Umno.

“Dan, mahu tumpukan gerakan kebangkitan orang Melayu dalam kerangka baru berdasarkan Islam yang adil untuk semua dan berprinsipkan keadilan sebagai tonggak keharmonian kehidupan masyarakat majmuk untuk meminggir dan menolak Umno pada pilihan raya umum akan datang,” kata Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Oleh itu kata beliau, “biarlah Umno nak cakap seorang diri dan orang yang bercakap seorang diri ada penyakit.

Malaysiakini

1 comment:

ijoks2009 said...

Jangan dilayan sangat puak-puak ni.buat tak tahu saja.

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak