Dun Nangka, SIBU – Peluang untuk DAP yang mewakili Pakatan rakyat dalam pilihanraya Parlimen P.212 Sibu masih terbuka walaupun ‘puak penjudi’ dikalangan kaum Tionghua tempat, memilih Barisan Nasional sebagai pemenang.
Penolong Setiausaha PAS Terengganu, Haji Hanafiah Mat berkata kem petugas PAS yang berpusat di Markaz Besar Kampung Hilir DUN Nangka disini terus sibuk mengatur program kempen.
”Menjelang tiga hari kepada hari pengundian pada 16 Mei, para petugas PAS dari semenanjung yang berpusat di Kampung Hilir terus mengatur kempen memikat pengundi Melayu,
”selain dari kempen bersemuka dari rumah ke rumah, kita mengatur ceramah dan program,-program khusus ,”katanya ketika menghubungi Buletinonline semalam.
Menurutnya, puak-puak penjudi dari kalangan kaum Tionghua tempatan memilih Barisan Nasional menang dengan kelebihan 1000 undi.
Namun begitu, beliau berkata, kehadiran PAS dan para petugas PAS menjadi satu tarikan di kalangan masyarakat Melayu Sibu.
Justeru, perkiraan siapa yang akan dipilih pada hari mengundi masih terbuka luas.
”Majoriti msyarakat yang tinggal disini adalah orang-orang Melayu, yang kebanyakkan mereka tinggal dalam rumah dibina di atas air, tidak memiliki geran tanah dan telah tinggal dikawasan ini sejak 30 tahun yang lalu,
“mereka kebanyakkannya miskin, menjadi nelayan, petani dan bekerja sebagai kakitangan kerajaan,”jelasnya
Oleh itu, katanya, kehadiran PAS memberi peluang kepada mereka berkenalan dan berjinak-jinak dengan PAS.
Apabila ada ceramah PAS mereka hadir beramai-ramai, bermesra dengan para petugas PAS.
”Ini memberikan ruang yang luas untuk kita berdakwah kerana rata-rata mereka adalah pendengar yang baik,”katanya lagi
Berbanding dengan masyarakat Cina di Sibu, Hanafiah berkata, kebanyakkan mereka adalah orang-orang yang agak senang dan ramai juga yang terlibat dengan industri pembalakan, menjadi tauke-tauke kayu dan tauke balak.
Katanya, walaupun Sarawak diperintah oleh Taib Mahmud, orang Melayu yang sekian lama menguasai negeri Sarawak, namun orang-orang Melayu di Bandar Sibu ini seperti ‘dianak tirikan’.
”Sebab itu rumah-rumah orang Melayu lah yang paling ramai memasang bendera dacing berbanding rumah-rumah orang Cina.
Orang Melayu terus diumpan dengan wang ringgit, sesiapa yang memasang bendera dacing dirumahnya, akan mendapat ‘habuan’.-Bulitenonline
No comments:
Post a Comment