Friday, May 21, 2010

ALANGKAH INDAH NYA JIKA KHUTUBAH INI DIBACA PADA HARI INI

لسلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 12 surah Luqman :
وَلَقَدْ آتَيْنَا لُقْمَانَ الْحِكْمَةَ أَنِ اشْكُرْ لِلَّهِ ۚ وَمَنْ يَشْكُرْ فَإِنَّمَا يَشْكُرُ لِنَفْسِهِ ۖ وَمَنْ كَفَرَ فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ حَمِيدٌ

Maksudnya : Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu)”. Dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji

Taqwa dan syukur antara sifat mahmudah atau terpuji yang wajib ada pada diri kita agar menjadi hamba Allah yang berbahagia hidup di dunia dan akhirat. 2 sifat ini mudah dan ringan disebut dilidah namun perlu kepada usaha dan latihan yang bersungguh-sungguh sehingga ia mampu sebati dan subur dalam jiwa kita. Antara tanda manusia yang taqwa dan syukur pada Allah ialah boleh dilihat pada lidah dengan sibuk berzikir, membaca al-Quran, bermuzakarah, nasihat menasihati, bercakap benar dan sebagainya di samping menjauhi sifat berbohong, mengumpat, mengadu domba, berbual kosong (sia-sia) dan sebagainya. Hati orang bersyukur sentiasa jauh daripada hasad dengki, buruk sangka, dendam dan sebagainya. Mata pula tidak memandang perkara yang diharamkan oleh Allah seperti memandang perempuan yang bukan mahram dengan syahwat, gambar lucah dan sebagainya.

Tidak memandang dunia dengan keinginan sebaliknya mengambil segala iktibar daripadanya. Perutnya tidak makan makanan yang haram atau syubhat manakala tangannya tidak digunakan untuk memegang perkara yang haram dan bukan hak. Sementara kakinya tidak digunakan untuk berjalan ke tempat maksiat sebaliknya digunakan untuk pergi ziarah, dakwah, tempat ibadah dan sebagainya. Ketaatan orang bersyukur hanya untuk mencari keredhaan Allah dan sebaliknya khuatir dan bimbang dari berlaku perasaan riak dan kemunafikan.

Maksud Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang diberi suatu kebaikan hendaklah ia mengingatinya, sesiapa yang mengingatinya ia dianggap bersyukur. Sesiapa yang tidak mengenang budi yang diberi dianggap sebagai kufur nikmat,” (Hadis Riwayat at-Tabrani).
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Tidak mungkin berkumpul iman dan kufur dalam jiwa seseorang dan juga tidak mungkin pula bersatu sifat jujur dan dusta padanya sekali gus sebagaimana tidak mungkin bersama sifat khianat dan amanah padanya dalam satu masa,” (Hadis Riwayat Ahmad)

Sidang Jumaat yang berkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 30 surah an-Nuur :
قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ۚ ذَٰلِكَ أَزْكَىٰ لَهُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ

Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan
Majunya sesuatu bangsa dan tamadun bergantung kepada sejauh mana kejayaan dalam melahirkan rakyat yang bertaqwa dan bersyukur.

Kita pada hari ini sentiasa disajikan dengan laporan pembuangan bayi yang tidak berdosa malah mengikut laporan parlimen berlakunya peningkatan 50 peratus jenayah seks dalam tempoh 5 tahun iaitu iaitu 2 427 kes tahun 2005 kepada 4 238 kes pada 2009 yang melibatkan rogol, liwat dan sumbang mahram. Timbulnya cadangan baru di Dewan Negara supaya bapa kepada bayi yang dibuang di negara ini dikenakan hukuman kasi bagi mengajar golongan lelaki yang terbabit supaya lebih bertanggungjawab. Sebelum ini sudah banyak cadangan seperti lelaki yang mempunyai rekod jenayah seksual dipakaikan cawat besi bagi mengekang hawa nafsu dan naluri lelaki terbabit.

Begitu juga cadangan supaya lelaki yang disabitkan atas jenayah seksual diasingkan di suatu tempat yang jauh daripada wanita. Ada juga cadangan supaya dipotong telinga perogol dan sebagainya. Semua cadangan di atas dibuat bagi mencari penyelesaian dalam menghadapi gejala sosial dan pembuangan bayi. Hukum yang dicadangkan itu pula tertumpu kepada pesalah yang melakukan kesalahan itu tanpa mengambil kira akar umbi kenapa gejala sedemikian berleluasa.

Sepatutnya apa yang berlaku menimbulkan keinsafan kepada pemimpin untuk kembali kepada hukum al-Quran yang telah jelas dan terbukti keadilannya. Kerajaan wajib mengharamkan filem ganas dan seks dikaca tv, penapisan intenet, majalah serta vcd lucah yang semakin subur di pasaran. Kita mengucapkan tahniah kepada pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kerana memperkenalkan gerabak khas untuk penumpang wanita KTM Komuter dan diharapkan dapat diikut oleh pengangkutan awam yang lain sebagaimana negara maju seperti Jepun. Kelantan sendiri telah lama mengasingkan antara jantina di kaunter pembayaran pasasaraya.

Cuma perlu kepada kerjasama semua pihak dalam menjayakannya
Ketika negara semakin teruk dilanda krisis akhlak tiba-tiba kerajaan bertindak bacul meluluskan kedatangan kumpulan muzik Pitbull dalam suatu konsert secara terbuka itu yang ditaja oleh sebuah syarikat arak di mana kumpulan ini terkenal dengan imej budaya arak, dadah, seks dan pergaulan bebas. Walau pun ada jaminan daripada kementerian berkenaan supaya ia terkawal tetapi racun tetap racun. Tidak serik lagikah dengan pesta seks di Port Dickson dan pesta arak di Pahang sebelum ini. Tidak serik dengan amaran Allah melalui gempa bumi, tsunami, banjir besar atau memang pemimpin negara sudah terlalu hebat untuk mencabar kekuasaan Allah. Jangan sekali-kali kita redha dengan maksiat yang mengundang balasan Allah

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Firman Allah dalam ayat 268 surah al-Baqarah :
الشَّيْطَانُ يَعِدُكُمُ الْفَقْرَ وَيَأْمُرُكُمْ بِالْفَحْشَاءِ ۖ وَاللَّهُ يَعِدُكُمْ مَغْفِرَةً مِنْهُ وَفَضْلًا ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
Maksudnya : Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya

Suburnya sumber haram dalam mengaut keuntungan dan membina kekayaan negara adalah suatu yang membimbangkan. Kenyataan terbaru Timbalan Menteri Kewangan yang berbangsa Melayu bahawa Kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini. Kenyataan ini begitu memualkan seolah-olah tiada erti halal haram syurga neraka ketika orang bukan Islam sendiri bangkit menentang penyuburan amalan judi yang merosakkan. - Baca seterusnya (Disini)

Sumber: Ekhutbah

No comments:

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak