Friday, January 1, 2010

Panas isu tanah di Gopeng Perak


بسم الله الرحمن الرحيم

Hamidah tidak memegang port-folio tanah dalam kerajaan negeri.
Tidak sesuai memberi ulasan

GUNUNG RAPAT - Kerajaan negeri diminta mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak yang terlibat dalam skandal pemberian kuota tanah di Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) Kampung Sungai Itek, Gopeng.

Ahli Dewan Undangan Kawasan Teja, Chang Lih Kang berkata, senarai yang disediakan oleh oleh Pegawai Daerah itu, tidak seharusnya adanya sistem kuota untuk Ketua UMNO Bahagian Gopeng, Datuk Hamzah Mohd Kassim.

“Saya tidak mahu membangkitkan tentang pemberian kepada penduduk tetapi yang menjadi persoalannya mengapa terdapat kuota untuk Ketua UMNO berkenaan.

“Pegawai Daerah tidak mempunyai kepentingan, yang merasa adalah Ketua UMNO maka yang menjadi ‘kambing hitam’ adalah Pegawai Daerah,” katanya dalam sidang media di Pejabat Parti Keadilan Rakyat Cabang Gopeng di sini, semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas isu penyelewengan tanah yang di kampung berkenaan dan penjelasan yang dibuat oleh Ketua Wanita UMNO Bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman.

Katanya, Hamidah tidak sesuai untuk membuat ulasan berhubung isu itu kerana tidak memegang port-folio tanah dalam kerajaan negeri. (Baca lagi siapa Midah dan Hamzah) Lih Kang berkata, kedua-dua Hamzah dan Hamidah pula mempunyai kaitan kerana pernah menjadi rakan kongsi perniagaan di sebuah syarikat iaitu Projek Bitara Sdn Bhd, sekali gus menimbulkan keraguan.

Beliau, apa yang diragui adalah disebabkan Hamidah menafikan bahawa sistem kuota dalam pembahagian tanah RPT adalah polisi kerajaan Barisan Nasional (BN)

Kata beliau, jika BN benar-benar bertekad untuk membasmi penyelewengan berkenaan, mereka perlu siasat dan mencari dalang sebenar dalam kes ini.

Lih Kang berkata, tindakan undang-undang perlu diambil ke atas pihak yang terlibat dalam skandal penyelewengan tanah terutamanya penyalahgunaan kedudukan Hamzah untuk mendapat kepentingan sendiri dan sekutunya.

Selain itu, ADUN itu juga meminta supaya senarai peserta RPT Kampung Sungai Itek itu yang dikemukakan di bawah kuota Ketua UMNO Bahagian Gopeng dan Ketua Kampung.

“Buka permohonan semula dan mendapatkan penduduk-penduduk yang layak untuk mengisi 40 kekosongan ini,” katanya.

Katanya, sekiranya langkah ini tidak diambil, beliau akan merujuk semua ahli-ahli Jawatankuasa Tanah Kampar kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) termasuk Menteri Besar perak ataupun wakil, Ahli Parlimen Kampar, ADUN Tualang Sekah, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian atau wakil, dan Pegawai Daerah yang mempengerusikan jawatankuasa tanah.

Sumber>>

5 comments:

Na'im Nikmat said...

UMNO/BN Semakin hari semakin benci ana pada mereka........

Pengasas said...

Assalamu 'alaikum,
Selamat tahun baru, semoga anda dalam limpahan rahmat dan kebahagiaan dari Allah.

Mybabah said...

Salam Ayid. Apa-apa yang berlaku di Perak ada rahmatnya. Kepada PAS, peristiwa yang berlaku menyerlahkan semangat setiakawan kita yang kental kepada puak yang selama ini memandang serong kepada kita. Semoga Allah memberi kekuatan kepada pemimpin-pemimpin yang jujur dan amanah...

lanunsepet said...

haru haru....
selama ni dieorg buat khianat seleweng tanah ni lamu dah.. memang kepakaran UMNo dalam menyeleweng harta rakyat nih.

Kali ni UMNO lawan PR.. 1 lawan 3 mampuih la UMNO Gopeng..UMNO perak..jawob la kilen..jawob soalan yb lihkang do..

SPRM harap amik tindakan..jangan doublestandard (tapi aku tak menaruh harpan pun kat SPRM nih, xboleh harap)

Pasni UMNO akan tuding2 jari..selamatkan diri masing-masing..

kesimpulan.. : kembalikan hak penduduk kampung..buat ikut saranan YB lihkang, kalu taknak orang menyumpah2 korang n tanah yang korang seleweng..

sekian..(gorom...)

chekZu said...

UMNO ko..dah hari2 disumpah..tersumpah juo akhirnyo..kilen dah kayo ditambah kayo, org miskin bertambah miskin..lupo ko kilen, dunia tmpat kumpul amalan bukan kumpul harta warisan..tpuk dada tny iman..
lopeh iko, org gopeng, UNDIlah lagi UMNOngok do, undilah! undilah! golak berair mato sok kito ramai2 mengenangkan kebodohan org kito sndri..

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak