Friday, November 27, 2009

PULAU PINANG BERI ANUGERAH KEPADA PENGHAFAL ALQURAN - HEBAT




Baca sampai habis - kehebatan Kerajaan Pulau Pinang

Seramai 137 penghafaz Al-Quran atau Hafiz di Pulau Pinang diberi penghargaan oleh kerajaan negeri dalam satu Majlis yang diadakan di Dewan Seri Pulau Pinang, kelmarin.

Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang,YAB Lim Guan Eng, pemberian anugerah ini adalah untuk memberi penghargaan kepada mereka yang berjaya menghafaz sepenuhnya AL-Quran
Ayid> Lim Guan Eng, nampaknya yang menghargai Penghafal Alquran. Bagaimana dengan SAR hingga kini terpingir

dalam membentuk insan yang bertaqwa, sebagai pemangkin ekonomi negeri. Jelas beliau, walaupun wujud kepelbagaian agama di negara ini khususnya di Pulau Pinang tetapi beliau berpegang kepada hakikat bahawa kesemua agama mengajak penganutnya ke arah kebaikan dan kesejahteraan.

Tambah beliau, Kerajaan negeri memberi pengiktirafan ini kerana percaya bahawa bukan mudah untuk menjadi seorang penghafal Al-Quran kerana ia memerlukan disiplin dan komitment yang tinggi dan hanya insan-insan berjiwa besar serta berkeperibadian mulia mampu melakukanya.

Penyampaian anugerah kepada para hafiz dan hafizah ini telah dimulakan sejak tahun 2008 dalam usaha melahirkan ramai para hafiz di negeri ini.Setiap penerima anugerah diberikan sijil penghargaan dan wang tunai RM 500 setiap seorang

Turut hadir dalam majlis penyampaian anugerah kepada 137 para hafiz dan hafizah, Tuan Yang Terutama Negeri Pulau Pinang Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Bin Abbas,Dato Abu Hassan Din Al-Hafiz dan Tuan Haji Mohamad Sabu.

Lim Guan Eng percaya dengan lahirnya para hafiz dan hafizah di negeri Pulau Pinang ini akan dapat melahirkan insan yang berintegriti tinggi serta melahirkan masyarakat yang harmoni dan dinamik.

Sumber

5 comments:

Unknown said...

Malunye baca berita ni,MB Umno yang islam pun tak pernah bagi imbuhan sebanyak ini.

jebat_berani said...

KADANG KALA BILA BERBICARA DENGAN RAKAN-RAKAN PEJABAT YANG PRO UMNONGOK SOAL PEMERINTAHAN DAP DI PULAU PINANG(PP)..MEREKA LANTANG MENGATAKAN HABISLAH ORANG MELAYU DAN ISLAM DI PP...

MEREKA MENYAMAKAN DAP DI PP DENGAN KOMUNIS.DAN MEREKA KATA APABILA DAP BERKUASA DI PP ORANG MELAYU AKAN DITINDAS HABIS-HABISAN..

LALU HAMBA BERTANYA KEPADA MEREKA..SEBELUM PAKATAN RAKYAT MEMENANGI PILIHAN RAYA DI PP SIAPAKAH YANG MEMERINTAH PP..LALU DENGAN BANGGA DAN PENUH KEYAKINAN MEREKA MENJAWAB...UMNO LA!!KUANG,KUANG,KUANG......

LALU HAMBA YANG KETIKA ITU SEDANG MINUM BERSAMA DENGAN MEREKA ANGKAT PUNGGUNG BERLALU DARI SITU SAMBIL BERKATA.."KO BAYAR AIR AKU SEKALI PASAL KO BENGAP SANGAT BAB POLITIK TAPI NAK CAKAP GAK SOAL POLITIK"...KUI,KUI,KUI...

JIKA DIBANDINGKAN DAP DAN GERAKAN YANG MEMERINTAH SEBELUM INI,HAMBA BERANI KATAKAN BAHAWA KERAJAAN PIMPINAN LIM GUAN ENG ADALAH 10 KALI LEBIH BAIK...

LIM TELAH BERJAYA MENUNJJUKAN BAHAWA BELIAU BUKANLAH SEORANG PEMIMPINDAP YANG ANTI PADA ISLAM DAN MELAYU..MALAH BELIAU PERNAH MENGELUARKAN KENYATAAN UNTUK MENJADIKAN SAHABAT NABI SYAIDINA OMAR SEBAGAI CONTOH KEPADA PEMERINTAHAN BELIAU..

SEDANGKAN UMNONGOK TIDAK SESEKALI BERANI MENGELUARKANN KENYATAAN UNTUK BERBUAT SEDEMIKIAN..SO KALAU NAK DIBANDINGKANUMNO DAN KERAJAAN DAP PP SEKALIPUN HAMBA TETAP MEMILIH KERAJAAN PIMPINAN LIM GUAN ENG...

Ayid said...

Salam Jebatberani.

Satu komen yang manthop. UMNO masih lagi memainkan DAP boneka kepada PAS. Mereka perlu tahu sekarang siapa boneka siapa

Wakkarto said...

ayid.ejaan "anugerah" pada tajuk xbetui..betui kan ler..
ANUGERAH..

Ayid said...

sakam ukwah&mawaddah wak. Syukran atas teguran

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak