Wednesday, November 25, 2009

TAZKIRAH - NABI MUSA HIDUP DI ISTANA



SOKONG ISLAM ANDA SELAMAT


"DAN ceritakanlah (wahai Muhammad kepada mereka) kisah Musa di dalam al-Kitab (al-Quran) ini. Sesungguhnya ia adalah seorang dipilih serta seorang rasul dan nabi." (Al-Quran, surah Maryam: 51)

Nabi Musa a.s, rasul yang menghadapi tentangan cukup hebat khususnya daripada Firaun. Kesabaran dan kecekalannya tinggi, malah seorang yang berani, sehingga baginda tergolong sebagai rasul Ulul Azmi.

Baginda dilahirkan pada zaman kezaliman Firaun, yang mengakui dirinya tuhan. Nama sebenar Firaun ialah Al-Walid bin Mus'ab, diberikan gelaran Firaun kerana beliau menjadi raja Mesir.

Firaun melakukan kezaliman dengan sewenang-wenangnya, menyebabkan penduduk berpecah-belah, berlaku penindasan, menyembelih anak lelaki dan membiarkan anak perempuan.Raja yang zalim itu hidup lebih 400 tahun dalam Bani Israel. Pelbagai kerosakan dilakukannya. "Dan (ingatlah wahai Bani Israel) ketika Kami menyelamatkan kamu daripada (Firaun) dan kaumnya, yang mengazab kamu dengan azab yang sangat jahat." (Surah al-A'raaf: 141)

Ketika Allah mahu membebaskan Bani Israel daripada cengkaman Firaun, diutuskan Nabi Musa, supaya dapat memerdekakan mereka daripada kezaliman kerajaan berkenaan.

As-Tha'labi menerangkan dalam kitabnya 'Qashashul Anbiya' (Kisah Nabi)

daripada As-Sudayi, bahawa Firaun bermimpi dalam tidurnya satu mimpi menakutkan, sehingga berasa cemas dan dukacita.

Dia bermimpi seakan-akan api datang dari Baitulmaqdis sehingga ke Mesir. Api itu memusnahkan rumah dan bangunan, sehingga tiada satu pun tertinggal kecuali kepunyaan Bani Israel.

Firaun memanggil ahli sihir dan ahli kaji bintang, untuk membuat takwilan mengenai mimpi itu. Lalu mereka mengatakan akan lahir dalam waktu pemerintahan kerajaan berkenaant seorang anak lelaki daripada Bani Israel.

Lelaki terbabit kelak akan mengusir kerajaan Firaun dan menggantikan agama Firaun. Disebabkan takut mimpi itu menjadi kenyataan, Firaun memerintah supaya dibunuh setiap anak lelaki yang dilahirkan di kalangan Bani Israel.

"Tidak akan dilahirkan atas kekuasaan kamu sekalian anak lelaki daripada Bani Israel kecuali mereka dibunuh," kata Firaun.

Kemudian pemimpin Qibti masuk berjumpa dengan Firaun, lalu berkata: "Sesungguhnya kematian Bani Israel berlaku pada usia tua, sedangkan kamu membunuh pada waktu mereka muda. Perbuatan kamu merisaukan kami. Tiada pelayan selain kami, jadi perintahkanlah membunuh kanak-kanak berusia setahun dan membiarkan mereka berusia setahun supaya kanak-kanak Bani Israel tidak binasa semuanya."

Firaun memerintahkan untuk membunuh anak lelaki berusia setahun dan membiarkan mereka selama setahun.

Pada tahun tiada penyembelihan, Harun dilahirkan, manakala Musa dilahirkan pada tahun diadakan penyembelihan.

Ibu Musa berasa takut, lalu dia kemudian diberikan ilham supaya mencampakkannya ke dalam sungai (iaitu Sungai Nil) dan diingatkan supaya tidak khuatir kerana anaknya bakal dipertemukan semula dan dijadikan seorang rasul.

"Kami ilhamkan kepada ibu Musa: Susukanlah dia; maka jika engkau takutkan sesuatu bahaya mengenainya, lepaskanlah dia ke sungai; janganlah kamu takut dan bimbang; sesungguhnya Kami akan kembalikan dia kepadamu, dan akan menjadikannya seorang daripada rasul.

"Maka ia dipungut oleh keluarga Firaun; kesudahannya ia akan menjadi musuh dan menyebabkan dukacita bagi mereka; sesungguhnya Firaun dan Haman serta orangnya adalah golongan yang bersalah." (Surah al-Qasas:7-8)

Apabila peti yang mengandungi Musa dijatuhkan ke dalam sungai, arus air itu membawanya ke rumah Firaun. Isteri Firaun, Asiah yang membuka peti itu mendapati seorang bayi, lalu dipeliharanya.

Firaun mahu membunuh bayi itu, tetapi dihalang Asiah kerana dia seorang wanita yang tidak mempunyai anak.

"Dan berkatalah isteri Firaun: Dia cahaya mata bagiku dan bagimu; janganlah kamu membunuhnya; mudah-mudahan ia berguna kepada kita, atau kita jadikan dia anak. Padahal mereka tidak menyedari." (Surah al-Qasas:9)

Nabi Musa hidup dalam peliharaan Asiah di istana Firaun, sedangkan mereka tidak menyedari anak itulah satu hari kelak akan meruntuhkan kekuasaan Firaun dan segala kerajaannya.

Asiah mahu menyusui dan mendidik bayi terbabit, tetapi dia menolak daripada menerima susuannya, membuatkannya sangat lapar. Dijadikan cerita, ibunya sendiri dipanggil ke istana untuk menyusuinya.

Nabi Musa semakin meniti usia remaja di istana Firaun, menjalani kehidupan seperti anak raja, malah menaiki kenderaan Firaun serta mengenakan pakaian Firaun, sehingga orang memanggilnya sebagai Musa bin Firaun.

Baca selanjutnya disini

No comments:

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak