Friday, October 2, 2009

Madey Buat U-Turn, ISA Senyum


Calon Barisan Nasional (BN), Tan Sri Mohd Isa Samad hanya mampu tersenyum apabila mengetahui pemilihannya sebagai calon diterima baik oleh semua pihak termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad

Media melaporkan Dr Mahathir menerima pemilihan Mohd Isa kerana menganggap itu adalah pilihan parti dan menurutnya pandangan atau perasaan peribadinya tidak boleh lagi diambil kira kerana parti telah membuat keputusan secara sepakat.

Malah bekas Presiden Umno itu menaruh keyakinan yang tinggi untuk BN menang besar dalam pilihan raya yang akan diadakan pada 11 Oktober depan.

Bagan Pinang terletak dalam Parlimen Telok Kemang yang mempunyai lima kerusi DUN dengan tiga daripadanya milik pembangkang iaitu Chuah dimenangi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Lukut (DAP) dan Port Dickson (PKR). Satu lagi kerusi iaitu DUN Linggi dimenangi BN

No comments:

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak