Tuesday, September 1, 2009

Tetap bersidang biarpun injunksi ditolak- Sivakumar


IPOH, 1 Sept: Speaker Pakatan Rakyat Perak, V.Sivakumar akan tetap meneruskan sidang DUN esok biarpun Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini menolak permohonan injunksinya
Mahkamah juga menetapkan tarikh 1 Oktober depan untuk kes tersebut didengar semula

Dalam sidang media selepas itu, Sivakumar memberitahu, persidangan DUN Perak akan tetap diadakan esok walaupun permohonan injunksinya ditolak mahkamah.

Ujarnya, keputusan mahkamah itu bukan alasan untuk beliau dan kesemua ADUN tidak bersidang esok.

Ditanya samada beliau tetap akan memasuki Dewan DUN esok, Sivakumar berkata ianya sudah tentu, kerana itu adalah matlamat asalnya sehingga terpaksa memohon injunksi.

"saya memang nak bersidang di dalam Dewan Negeri Perak. Itu memang motif kita dari awal," katanya lagi.

(Apakah peristiwa sidang bawah pokok akan berulang lagi esok)

Siva dalam permohonannya sebelum ini memohon injunksi mahkamah bagi menghalang Abdul Rahman dan/atau agen-agen dan/atau pekerjanya daripada bertindak menghalang beliau dari menggunakan Dewan Negeri untuk tarikh 2 September 2009 iaitu esok untuk diadakan persidangan.

Esok sekali lagi bakal menyaksikan episod lanjutan krisis perlembagaan Perak. ADUN Pakatan rakyat telahpun menyatakan komitmen untuk hadir seperti notis yang telah dikeluarkan Speker V.Sivakumar sebelum ini.

Mengulas samada suasana esok akan sama seperti yang berlaku Mac lalu, Sivakumar memberi kata begini,

"Saya tidak mahu membuat sebarang spekulasi, kita tunggu dan lihat sahaja esok," katanya.


Ayid>>>> Tinggal beberapa jam lagi satu lagi sejarah akan tercipta. Sejarah yang bakal menjadi perhatian dunia. Sejarah yang akan menjelaskan apakah benar rakyat didahulukan atau kuasa tanpa memperdulikan apa.Kami tak mahu diperdunggukan lagi

No comments:

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak