
Kumpulan ADUN Umno yang menentang menteri besar Terengganu bertindak memboikot perjumpaan antara mereka dengan barisan exco kerajaan semalam kerana beranggapan majlis itu tidak menjamin sebarang penyelesaian konflik yang semakin serius.
Seorang daripada 15 wakil rakyat yang tidak hadir, termasuk Idris, berkata insiden boikot majlis yang disertai Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein "tidak pernah berlaku sebelum ini".
ADUN Umno itu, yang enggan mendedahkan namanya, berkata tindakan tetap dilakukan untuk memberi mesej bahawa kepemimpinan Datuk Ahmad Said, sebagai menteri besar dan timbalan pengerusi perhubungan, sememangnya telah ditolak.
"Kalau setakat nak tunjuk muka, datang makan-makan, nak huha-huha baiklah kami tak payah pergi," katanya kepada Malaysiakini hari ini.
aYID>>>> KA KA KA KA umno dah makin lebam libu, Timbalan Presiden pun dia orang dah boikot, isu satu masalah. Negeri sembilan pula lagi satu bala akan tiba. Teringat pulak kita al kisah film tiga abdul, lepas satu-satu bala menimpa esmit ulam raja
Jumpa di Negeri Sembilan, PRK ke 9 tahun 2009 semua sembilan
2 comments:
Pulun kedah pulun
Nak kena suruh depa jelian lidah nak check bercabang idak?Hari tu mamat Rosol Wahid kata mereka tak akan joint PR
Post a Comment