Wednesday, September 2, 2009

Siapa pejuang kemerdekaan sebenar?Ulama' atau UMNO?



Umno perjuang kemerdekaan Tanah Melayu dan bangsa Melayu, fahaman ini seolah-olah telah terpahat diminda orang-orang Melayu sejak merdekanya Tanah Melayu pada tahun 1957. Orang-orang Melayu menganggap seolah-olah hanya pegerakan UMNO sahaja yang memperjuangkan kebebasan Tanah Melayu daripada cengkaman penjajah.

Tapi kebanyakan dari anda pasti terkejut pada realiti sebenar yang tidak pernah diperkatakan dan seakan-akan telah dilupakan,bahawasanya Ulama memainkan peranan penting dalam peranan perjuangan memerdekakan Tanah Melayu.Kenyataan ini seolah dipandang sepi oleh masyarakat Melayu dan orang-orang Malaysia umumnya. Sejak dari mula lagi Ulama memainkan peranan yang sangat penting dalam pegerakan2 pembebaskan Tanah Melayu dari cengkaman penjajah dan perjuangan untuk memartabatkan kalimah ALLAH ditempat yang tertinggi di Tanah Melayu.

Bermula dengan kemunculan tokoh-tokoh reformis Islam lulusan Mekah dan Mesir yang mendapat pengaruh daripada Bapa Kemerdekaan Tanah Melayu yang sepatutnya diangkat iaitu Sheikh Wan Ahmad bin Wan Muhammad Zain @ Zainal Abidin bin Wan Mustafa Al- Fathani atau lebih dikenali sebagai Sheikh Ahmad Al-Fathani. Lahir pada 10 April 1856 (5 Sya’aban 1272) di Kampung Sena Janjar, Jambu,Negeri Jerim,Pattani dan wafat pada 14 Jan 1908.Perjuangannya membebaskan Tanah Melayu pada mulanya berpusat di kota Mekah. Disana beliau mengumpul pelajar-pelajar melayu yang berlajar di Timur Tengah khususnya Mesir dan kemudian memperkenalkan mereka kepada tokoh Ulama dan reformis Islam iaitu Sheikh Muhammad Abduh murid kepada Sayid Jamaluddin Al-Afghani yang membawa konsep 'Pan Islamic' yakni islam secara global.

Pencetusan gerakan Islah oleh Syed Jamaluddin al-Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh pada 1882 telah mempengaruhi kebangkitan semangat kebangsaan di Tanah Melayu. Golongan pelajar di Tanah Melayu yang mendapat pendidikan di Timur Tengah, khususnya di Mesir telah membangkitkan semangat kebangsaan. Mereka yang menuntut di Universiti al-Azhar telah terpengaruh dengan idea pemulihan Islam yang dibawa oleh Sayid Jamaluddin al-Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh. Sekembalinya mereka ke tanah air, mereka telah memulakan Gerakan Islah di Tanah Melayu. Golongan ini dikenali sebagai Kaum Muda.Kemudian lahirlah pejuang2 kemerdekaan yang berjuang dan ada antaranya syahid semata-mata untuk perjuangan Islam,bangsa dan tanah air.

Antara nama-nama yang turut berjuang ialah Muhammad Yusuf Ahmad@
'Tok Kenali',Haji Hassan Munas@ 'Tok Janggut', Dr Bahanuddin Al-Helmy dan ramai lagi sehingga tidak mampu saya nyatakan kerana terlalu ramai turut berjuang demi Agama dan Tanah Air.Penubuhan Parti Islam Semalaysia(PAS) juga adalah lanjutan perjuangan menegakkan syiar Islam pada era kemerdekaan. PAS tertubuh kerana golongan Ulama yang ketika itu didalam UMNO berpendapat bahawa UMNO telah lari dari prinsip mereka yakni 'Amal maaruf dan Nahi mungkar' ini berikutan sikap pemimpin2 UMNO yang berfikiran sekular dengan memisahkan prinsip2 pemeritahan secara Islam.

Walaupun PAS menentang keras dasar2 sekular UMNO tp mereka masih menganggap PAS sebagai sayap mereka,tapi kebenarannya prinsip perjuangan PAS adalah berbeza kerana PAS berpegang teguh pd prinsip pemeritahan berteras 'Al-Quran dan AS-Sunnah' ini amat bercanggah dgn prinsip sekular yang di terapkan oleh pemimpin2 UMNO pd ketika itu dan keadaan tidak banyak berbeza pada masa kini.Tapi adalah amat malang perjuangan para ulama2 yang bermati-matian itu secara tiba2 sahaja agenda perjuangan ini dirampas oleh UMNO yang hanya mula bercakap soal kemerdekaan pada tahun 1951.

Anak didik British ini memperoleh manfaat dan dikenang sebagai perjuang ulung kemerdekaan Tanah Melayu. Mereka meminggirkan bahkan melupakan perjuangan para ulama2.Sejarah hanya tertulis bahawasanya hanya UMNO yng memperjuangkan kemerdekaan seperti yng anda semua fikirkan.Berfikirlah sejenak siapakah yang sebenarnya bermati-matian menumpahkan darah demi Malaysia dan Islam Ulama atau UMNO?

ayid>...Yang berakal fikirkan. Yang tak nak berfikir lupakan saja. Dah itu dalam kepala otak.

Firman Allah dalam Surah Al A'raaf pada Ayat 176 yang bermaksud. A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim. "....tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah, maka perumpamaannya seperti anjing jika kamu menghalaunya dihulurkannya lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia menghulurkan lidahnya (juga). Demikian itulah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah (kepada mereka) kisah-kisah itu agar mereka berfikir." ShodaqALLAHul'Azim.

sumber tek:naimnikmat

No comments:

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak