Wednesday, August 26, 2009

Kartika tetap tunggu hukuman sebat, tidak mahu kemuka rayuan


Kartika tetap tunggu hukuman sebat, tidak mahu kemuka rayuan

SUNGAI SIPUT: Kartika Sari Dewi Shukarno tetap dengan keputusannya tidak mahu mengemukakan rayuan dan nekad menunggu pelaksanaan hukuman sebat kerana meminum arak dijalankan terhadap dirinya menjelang Aidilfitri ini.

Kartika Sari Dewi, 32, berkata beliau akan menunggu keputusan secara hitam putih daripada Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) berhubung kedudukannya berikutan penangguhan hukuman itu bagi menghormati bulan Ramadan.

"Mereka (JAIP) kata selepas Ramadan, takkan saya mengatasi tindakan mereka. Biar JAIP mengeluarkan dan membuat keputusan hitam putih. Saya tetap macam ini, dengan keputusan saya dan tunggu keputusan JAIP. Ini keputusan saya. Saya beri masa kepada JAIP (untuk melaksanakan hukuman sebat), selepas Ramadan ini kita lihat macam mana," katanya ibu kepada dua anak kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.

Check-check-check>>>>

Hukuman sebat: Kartika boleh membuat rayuan - PM
Shahrizat harap Kartika mohon semakan

Moral:>>>>>> Kartika akur akan hukum ALLAH.....

3 comments:

anakmuaallaf said...

Salam Ayid,
Getik betul tengok cara Sharizat berkempen di Permatang Pasir.Dia boleh kata sebat tu hukuman yang zalim...Kartika boleh merayu...Kalau tak ada BN tak ada pembangunan..
Bila puak-puak ni nak sedaq??????

Imanisa riana @ sarimah said...

Salam..
Firman Allah dalam Surah Al-Maaidah ayat 91 yang bermaksud:
"Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?"

Na'im Nikmat said...

Untuk lepas hukuman di akhirat pasti dia sanggup disebat, sebab2 ALLAH perintahkan HUDUD&QISAS supaya orng yang berbuat salah akan terlepas hukuman di akhirat,kalaulah kita dapat bayangkan hukuman dineraka kelak pastinya kita lebih sanggup terima HUDUD&QISAS sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya.Tetapi hukuman rotan terhadap Kartika bukanlah hukuman yang mengikut Nas-nas serta dalil Al-Quran,namun setidak-tidaknya ia dilakukan juga kerana jika kita tak mampu lakukan semua jangan ditinggalkan semua, wallahualam..

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak