SHAH ALAM 9 Okt - Imej isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang dikaitkan dengan pembunuhan kejam wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu serta dakwaan pembabitan beliau terlibat dalam konspirasi terhadap Ketua Oposisi, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyebabkan kebanyakan Wanita Pertama negara maju menjarakkan diri mereka daripada terlibat dalam Sidang Kemuncak First Ladies anjuran beliau.Malah acara tiga hari bermula Isnin depan hanya dihadiri oleh 20 Wanita Pertama yan.kebanyakannya datang dari 'dunia ketiga'. Wanita Pertama yang hadir termasuk dari Albania, Afghanistan, Chile, Congo, Gambi Ghana, Guinea Bissau, Iran, Jamaica, Mali, Mauritius, Mozambique, Nigeria, Paraguay, Seychelles, Soerra Leone, Sri Lanka, Sudan dan Zambia Isteri kepada Datuk Seri Najib Razak itu dikatakan menghina Raja Permaisuri Agung dengan merampas gelaran yang pada sisi Perlembagaan adalah hak Tuanku Nur Zahirah yang selayaknya digelar Wanita Pertama Malaysia. "Imej beliau di kalangan Wanita Pertama negara Eropah dan Amerika Syarikat sudah tercalar. Mereka tidak mahu dikaitkan dengan beliau yang terpalit dengan bermacam-macam tuduhan yang memalukan negara. "Yang peliknya bagaimana seorang yang tidak layak memanggil dirinya wanita Pertama atau First Lady dari segi Perlembagaan Persekutuan boleh menganjurkan sidang kemuncak yang mengumpulkan wanita Pertama negara lain walhal beliau sendiri bukan dalam kedudukan itu. Ini amat memalukan imej negara," kata Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Zuraida Kamaruddin ketika dihubungi Suara Keadilan. Zuraida berkata tindakan Rosmah membelakangkan Tuanku Nur Zahirah dengan 'menyamar' sebagai wanita Pertama adalah sesuatu yang mencerminkan kejelekan peribadi beliau. Malah lebih memalukan dakwaan Rosmah yang mengaku sebagai Wanita Pertama Malaysia dipertikai bukan sahaja oleh pakar Perlembagaan dan juga rakyat negara tetapi pernah dibahaskan semasa sidamng Parlimen. Perkara 32 (2) Perlembagaan Persekutuan dalam Bab 1 berkaitan "Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, dan isterinya" jelas dinyatakan, " Isteri Yang di-Pertuan Agong (digelar Raja Permaisuri Agong) hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang lain di dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong". "Memang kita sudah bawa isu ini di dalam Parlimen dan saya sudah pun membahaskan perkara ini pada sidang yang lepas. Jadi kita akan teliti lagi sekali dan saya akan persoalkan mengapa kerajaan boleh berikan peruntukan dana awam untuk sidang kemuncak ini serta apa peranan dan keperluan penganjuran sidang berkenaan? "Meskipun telah beberapa kali Rosmah mendapat teguran dan kritikan berhubung sikap beliau yang membelakangi Raja Permaisuri Agong dengan menganggap dirinya sebagai Wanita Pertama negara, namun dia tidak pernah peduli dan ambil kira pandangan dan teguran," tegas Zuraida. Tambah Zuraida, Rosmah juga masih tidak mahu mengambil iktibar daripada teguran terhadap beliau berhubung isu iklan berwarna dua halaman penuh yang memaparkannya di dalam di New York Times pada April lalu. Iklan tersebut menyebut ucapan tahniah kepada 'Rosmah Mansor, Wanita Pertama Malaysia' kerana menerima anugerah Keamanan dan Harmoni Antarabangsa 2010. Apa yang menyedihkan kata Zuraida, Perdana Menteri juga menidakkan peruntukan Perlembagaan sambil menyokong Rosmah mengguna gelaran itu dengan mengatakan, 'Wanita Pertama tidak semestinya adalah Permaisuri'. "Saya nak tanya Najib, nombor satu tu apa, kalau hanya setakat inilah pengetahuan beliau, dia kena belajar balik ilmu kira-kira," sindir beliau "Ini jelas menampakkan Rosmah tidak menghirau dan menghormati Perlembagaan sedangkan di negara kita memang tidak pernah wujud istilah 'Wanita Pertama'. "Malangnya apabila Najib dan Rosmah menguasai pentadbiran negara, mereka guna istilah ini dalam negara yang berkonsepkan Raja Berpelembagaan. Mereka tidak ada mengetahui sejarah negara dan tidak peduli kepentingan Perlembagaan," ujar Zuraida lagi. Sidang kemuncak itu akan membincangkan perancangan secara bersama mengenai agenda memperkasakan kanak-kanak yang akan menjadi pemimpin masa hadapan. |
Sunday, October 10, 2010
Wanita Pertama Negara Maju Tidak Mahu Terbabit Dengan Program Rosmah
Friday, October 1, 2010
Selepas 8 Mac 2008: Hata Wahari tertekan sebagai wartawan Utusan
Sementara Utusan Malaysia dilihat memiliki "hak istimewa" untuk menyiarkan hujah berbaur perkauman, wartawannya sebaliknya semakin tertekan apabila memperkenalkan diri kepada orang lain. Malah, tekanan ini semakin dirasai selepas tsunami politik dalam Pilihan Raya Umum pada 8 Mac 2008.
"Dulu-dulu, tekanan tak banyak tapi akhir-akhir ni terlampau banyak..." kata Hata Wahari (gambar kiri), "...misalnya, saya kata saya wartawan daripada Utusan, orang tengok 'this is a racist person'. Itu buat saya rasa tertekan, saya tidak selesa. Dulu, kalau saya kata saya wartawan dari Utusan, orang akan tanya 'apa khabar'; tapi sekarang, (meniru nada yang sarat dengan kesangsian) 'wartawan Utusan ya'?"
Pengamatan Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Malaysia baru yang telah 15 tahun berkhidmat sebagai wartawan Utusan Malaysia ini mendapati bahawa orang umum kini melihat wartawan Utusan Malaysia dengan penuh kesangsian, malah seolah-olah cuba mengasingkan diri daripadanya, kerana dianggap "rasis".
"Itu yang buat saya tertekan, tahu? Bukan saya saja, ramai lagi yang rasa tertekan, rasa Utusan ni buruk sangat ke? Tapi masalahnya bukan Utusan yang salah, kenapa nak salahkan kami?" Hata Wahari meluahkan suara yang terpendam dalam hati, dalam satu wawancara bersama MerdekaReview, pada 28 September 2010.
Kegusaran dan ketidakpuasan ini akhirnya berubah menjadi tekad Hata Wahari untuk bertanding sebagai Presiden NUJ. "Saya kempen kat NST (New Straits Times), Sinchew (Daily), Nanyang (Siang Pau) sehingga saya keluarkan manifesto saya dalam bahasa Mandarin."
Beliau menambah, "Memang saya suruh kawan saya tolong translate (terjemahkan), mereka kata, because of you, I tolong translate (keranamu saya tolong terjemahkan). Sekarang (manifesto) itu yang saya cuba nak buat masa kini, nak memulihkan nama baik Utusan, supaya Utusan tidak dilihat sebagai enemy (musuh) tapi sebagai rakan media."
"Selama 15 tahun, saya dah lihat banyak kongkongan, memang saya tidak rasa selesa, mungkin tidak selesa dalam keadaan tekan, saya rasa 'enough is enough-lah' (cukuplah), saya perlu memperjuangkan kebebasan media, walaupun saya rasa mungkin tak tercapai, tapi mesti ada satu permulaan gerakan ke arah itu. Mungkin dalam tempoh masa 13 atau 15 tahun lagi saya akan bekerja, saya akan 'advocate' (mendukung) untuk kebebasan media."
Tekad ini wujud kerana Hata Wahari menyedari realiti yang terpampang di depan mata, "Utusan dilihat sebagai musuh media sekarang. Imej Utusan jatuh dengan buruknya sejak Pilihan Raya Umum 2008. Pemilihan berita tak tepat, tidak ikut peredaran zaman, penumpuan berita pun terlampau ke satu pihak.
Kes liwat DSAI: Fakta bukan ditulis wartawan
Hata Wahari seterusnya mendedahkan bagaimana editor yang menentukan berita muka depan, menonjolkan (highlight) fakta-fakta yang terpilih, dan apa yang ditonjolkan itu bukan ditentukan oleh wartawan. Beliau memberi contoh, "Misalnya dalam kes liwat Dato Seri Anwar Ibrahim, ada fakta tentang apa yang dikatakan oleh Saiful, bukan wartawan yang tulis (maksud: bukan ditentukan wartawan). Itu semua fakta-fakta yang di-highlight (ditonjolkan) oleh editor. Editor yang berkuasa membuat penetapan bagi tajuk di muka depan."
15 tahun Hata Wahari berkhidmat di Utusan Malaysia, bersama tiga orang Ketua Pengarang, Johan Jaafar, Khalid Mohamad dan kini, Aziz Ishak.
"Untuk setiap Ketua Pengarang, terbitan Utusan memang berbezalah. Masa Johan Jaafar, dia menegur kerajaan punya machinery (jentera), mana kerajaan yg tidak sihat, dia akan tegur, akan tegur akan tegur... Itu menyebabkan Utusan punya edaran mencecah 350 ribu sehari, kerana polisinya rakyat suka."
Beliau menjelaskan selanjutnya, "Dia buat untuk rakyat, kaitkan dengan masalah rumah murah, orang kaya tidak berhak dapat rumah tu, dapat rumah juga. Saya ingat lagi kita buat siasatan, laporan, sehingga ada perubahan polisi, sekarang rumah murah khas untuk rakyat miskin, sebab tu wujudnya PPR (Projek Perumahan Rakyat), masa Johan Jaafar baru dilaksanakan."
Hata Wahari menceritakan bagaimana zaman di bawah Khalid Mohamad mengambil dasar untuk memberi layanan yang saksama kepada pembangkang, termasuk membuat liputan di Muktamar PAS.
Thursday, September 30, 2010
Gambar2 : RIBUAN UMAT ISLAM ZIARAHI AL MARHUM TUAN GURU PAK TEH


Pagi tadi saya dan Ust Abu Bakar Husein(PJ Perak) bersama ribuan umat Islam dari pelusuk negeri Perak dan sebahagiannya dari Kedah membanjiri pondok Pak Teh di Kg Kuak Luar, Pengkalan Hulu. Penghormatan terakhir diberikan oleh umat Islam ke atas Al Marhum Pak Teh (Tuan Guru Hj Abdul Latif Abdul Rahman) yang telah kembali ke Rahmatullah kira-kira jam 12.30 pagi tadi. Kebetulan tarikh kematiannya bersamaan dengan tarikh kelahiranya pada 30.09.1938. Beliau meninggalkan seorang balu dan 11 orang anak dan meninggalkan ratusan murid yang masih berguru dengannya di pondok dan ribuan lagi di merata tempat dan ribuan bekas-bekas muridnya dari seluruh pelusuk negara.

Pemergiannya sangat mengejutkan ribuan umat Islam yang berguru dengannya, kerana malamnya beliau masih lagi mengajar di pondok sehingga hampir pukul 10 malam. Beliau sebenarnya sering keuzuran sejak ditimpa kemalangan tempoh hari, tetapi semangat dan cintanya pada ilmu mengatasi segala keuzuran yang dialaminya, walaupun uzur selagi ada kudrat dan selagi masih boleh bercakap, beliau tetap akan mengajar di merata tempat. Demikian menurut salah seorang anak muridnya yang sempat saya temui.
Pak Teh adalah Ahli Majlis Fatwa Kerajaan Negeri Perak sehingga sekarang. Almarhum juga seorang pengasas dan pendiri Madrasah Addiniah Al Latiffiah (Pondok Pak Teh) yang masih mengekalkan tradisi pengajian secara pondok sejak tahun 1967 lagi. Pondok Pak Tehlah satu-satu pusat pengajian ilmu di Perak yang masih mengekalkan tradsisi membaca Kitab Kuning dan diajar secara tradisional. Sehingga sekarang 400 murid-muridnya masih mengaji secara tetap di pondok Pak Teh.Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu pada tahun 1947 hingga 1953 dengan tamat darjah 5. Disebabkan kemiskinan keluarganya tidak mampu menyara pelajaran ke peringkat lebih tinggi lagi walaupun mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke MCKK. Walaubagaimanapun beliau berpeluang meneruskan pengajian agama secara pondok di Pondok Asam Jawa di Pendang, Kedah antara 1956 hingga 1959, Pondok Pasir Tumboh ad-Diniah Bakriah, Kelantan dari tahun 1959 hingga 1967. Beliau berguru dengan beberapa Tuan Guru yang terkenal antaranya Tuan Guru Hj Mohamad Saman Kati, Tuan Guru Abdul Rahman Ahmad, Tuan Guru Sulaiman Mohd Rabik dan juga ulama tersohor di Kelantan seperti Tuan Guru Mustafa, Tuan Guru Abdul Aziz dan Tuan Guru Hashim Abu Bakar Pasir Tumboh.

Di Pondok Pak Teh, murid-muridnya dari yang seusia paling muda belasan tahun sehinggalah warga tua dan pesara kerajaan yang tinggal di pondok untuk menghabiskan sisa hidup dengan beribadah dan mengaji. Dipondok itulah mereka mengaji secara berkitab dari satu kitab ke satu kitab dan dari satu bab ke satu bab. Pondok yang didirikan oleh Pak Teh semuanya hasil usaha Pak Teh sendiri di samping derma orang ramai, tidak mengharapkan sedikitpun bantuan kerajaan. Untuk menjana pendapatan Pak Teh dan murid-murid menjalankan aktiviti pertanian dan penternakan. Yuran yang dikenakan pula terlalu murah, tidak sampai RM 50 setahun seorang pelajar untuk duit api dan air.
Mengohormati kedudukannya sebagai ulama yang disegani dan dihormati, beliau telah dianugerahkan kurniaan Darjah Dato' Paduka Mahkota Perak (DPMP) sempena menyambut ulang tahun hari keputeraan Paduka Sultan Perak ke-76 pada tahun 2004. Tetapi kezuhudan dan rasa rendah diri, beliau lebih mesra dipanggil Pak Teh atau Tok Guru Pak Teh.Sewaktu Kerajaan Pakatan Rakyat memerintah Negeri Perak, YAB Dato' Seri Hj Nizar sebagai Menteri Besar ketika itu telah meluluskan permohonan 45 ekar tanah kepada Pak Teh untuk sebahagianya bagi menjana pendapatan melalui tanaman getah, dan sebahagiannya untuk membesarkan lagi kawasan pondok pengajian.
PAS Perak pula telah memanfaatkan ilmunya kepada pimpinan PAS di semua peringkat dalam program Kuliah Tafaqquh Fiddin yang diadakan sebulan sekali di Surau Ustaz Zahid, Paya Renggam, Padang Renggas. Begitu juga PAS Kawasan Gerik sering menjemput beliau dalam program Ijtima' bulanannya di Markaz PAS Kerunai.
Solat Jenazah telah disempurnakan di surau tempat pengajiannya di Pondok Pak Teh kira-kira jam 11.45 pagi tadi diimami oleh anak saudaranya sendiri. Turut kelihatan Syeikh Mohd Noor Mansor (Pengarah JAIP), Ust. Shuiad Din (Ketua Dewan Ulama PAS Perak), Tuan Guru Hj Salleh dari Pondok Sik, Baling, YB Hj Taib Azamuddin (Ahli Parlimen Baling), Ust. Azezan Desa (Tim.Ketua Dewan Ulama PAS Perak), dan ramai lagi Adun & pimpinan PAS negeri dan kawasan-kawasan yang hadir. Beberapa pimpinan UMNO Bahagian Gerik juga turut kelihatan termasuk beberapa Adun & bekas Ahli Parlimen Gerik.
Dato'Mufti Perak, Ustaz Zamri Hashim (Timbalan Mufti Perak) dan beberapa pegawai dari Jaip dan Pejabat Mufti Perak juga kelihatan hadir.
Solat Jenazah kali ke 2 turut diadakan di Masjid Jamek Kg. Kuar Luar kira-kira jam 12.30 tengahari bagi memberi peluang ribuan lagi umat Islam mengerjakan solat Jenazah. Jenazah Al Marhum disambut tangan ke tangan dari tempat kediamannya sehinggalah sampai ke Masjid Jamek kira-kira 500 meter dari kediamannya.

Semuga rohnya ditempatkan bersama para anbiya, sahabat dan solehin. Amin. Al Fatehah.
http://misabah.blogspot.com
Sunday, September 26, 2010
CARTOON-O-PHOBIA: Pelancaran buku tanpa buku dan pengarang
Apa yang berlaku hanya membuktikan tajuk bukunya, CARTOON-O-PHOBIA. Ia seolah-olah kartun, apabila pelancaran sesebuah buku kartun berlangsung tanpa kehadiran pengarang dan buku itu. Zunar ditangkap empat jam sebelum koleksi kartun ketiganya dilancarkan, malah dipindahkan sebanyak lima kali dari IPD ke IPD dalam tempoh tujuh jam.
Isteri Zunar, Fazlina Rosley memperbarui status Facebook-nya pada kira-kira jam 1 pagi hari ini (25 September), yang memaklumkan bahawa suaminya kini berada di balai polis KLIA, ibu pejabat polis daerah kelima selepas tangkapannya pada jam 4 petang, semalam. 【Zunar ditangkap sebelum buku dilancar】
Biarpun sempat mempromosi buku ini, CARTOON-O-PHOBIA, sebelum mengakhiri ucapannya, Ketua Pengarang Malaysiakini Steven Gan berkata, "Kami tak ada buku di sini, kami tahu polis sedang mencarinya (ketawa). Bagaimanapun, tempah satu naskah hari ini, tempah beberapa naskah, beri kepada kawan kamu, sebelum ia diharamkan."
Bukan sahaja pejabat Zunar diserbu pada petang tadi, malah pencetaknya di Puchong dan pengedarnya, Gerak Budaya turut didatangi polis, menurut Steven Gan. "Saya tidak tahu di mana buku itu...(tapi) dengan cara apa pun (by hook or by crook), kamu akan dapat salinan kamu (seandainya menempah pada malam ini)," katanya.
Kata-katanya menggelakkan kira-kira 150 orang yang hadir untuk menghangatkan suasana dalam majlis pelancaran buku CARTOON-O-PHOBIA di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (SCAH), semalam. Ramai aktivis sosial dan orang awam tampil untuk memberi sokongan, walaupun tiada buku dijual dalam majlis pelancaran buku ini.
Ia seolah-olah kartun untuk haramkan buku
"Ia jadi seolah-olah kartun untuk mengharamkan buku," kata Mohd. Nizar Jamaluddin, bekas Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak yang hadir untuk melancarkan buku ini. Beliau mengeluh bahawa kita kini hidup dalam suasana 30 atau 40 tahun terbelakang, kerana pengharaman buku hanya berlaku pada 20 tahun yang lalu.
"Kita tak pernah dengar, di negara Barat, kartun diharamkan. Tak pernah sepanjang hidup saya nampak, apapun bentuk penyampaian kartunis diharamkan. Tak pernah sebelum ini..." kata Nizar Jamaluddin (gambar kiri).
Beliau melanjutkan bahawa pengharaman buku tidak membawa makna, kerana pada zaman terkini, maklumat boleh didapati dengan mudah dari sumber lain, misalnya internet. Justeru itu, pengharaman buku hanya akan mencungkil minat orang ramai untuk mengetahui kandungan yang cuba diharamkan itu.
Pemimpin PAS ini sempat menyindir sepupu Perdana Menteri Najib Razak, iaitu Hishammuddin Hussein yang juga Menteri Dalam Negeri, kerana turut menyumbang untuk mempromosikan buku Zunar. Malah, Nizar Jamaluddin mempersendakan kerajaan Barisan Nasional (BN), kerana tindak tanduk ini mencerminkan "Cartoon-O-Phobia", bahkan Nizar mencadangkan supaya Wikipedia memberi definisi kepada istilah baru ciptaan tanah air ini.
Nizar Jamaluddin yang terpilih sebagai ahli parlimen dalam PRK Bukit Gantang pada April 2009 mengulas bagaimana hasil karya Zunar memupuk kesedaran generasi muda sejak pergerakan reformasi pada tahun 1998. Beliau mengambil kesempatan untuk mengungkit apa yang berlaku di Perak, yang disifatkannya sebagai "kartun", kerana tidak masuk akal.
Malah, beliau sempat melontarkan kritikannya terhadap UMNO-BN, yang disifatkannya "sudah sampai akhir hayat". "Hayatnya tinggal nyawa-nyawa ikan", Nizar mengambil contoh isu ahli parlimen Serdang-DAP Teo Nie Ching dikecam UMNO kerana masuk surau, kritikan bekas PM Mahahir Mohamad terhadap dirinya dan sebagainya, untuk menyatakan bahawa semua serangan UMNO-BN ini akhirnya akan menikam diri.
Cara Zunar menunjukkan jari hantu
Dalam ucapannya, Steven Gan memuji sikap Zunar yang tidak mahu mengalah. Beliau berkata, "Mereka (kerajaan) telah mengharamkan tiga bukunya, nampaknya buku ini akan diharamkan kemudian. Ini bukunya keempat yang bakal diharamkan. Buku (baru) ini diterbitkan dalam masa beberapa bulan selepas bukunya diharamkan. Ini merupakan cara Zunar untuk menunjukkan jari hantunya kepada autoriti, saya tak tahu..."
Malah, Steven Gan (gambar kiri) cuba membandingkan Zunar dengan seorang lagi kartunis yang terkemuka, Lat. "...Zunar bukan Lat, beliau lebih hebat (better) daripada Lat," penilaian Steven Gan ini disambut dengan tepukan gemuruh.
Beliau lantas menjelaskan bahawa ia tidak bererti hilang hormat terhadap Lat, tetapi Lat dilihat lebih selesa dalam zon selamat-nya, sementara Zunar lebih berani untuk mengambil risiko, dan kadang-kala "tanpa jaring keselamatan di bawahnya".
Beliau yang sudah sekian lama berkecimpung dalam bidang media berkata, "Mungkin ia sesuatu perkara kecil untuk kamu letak Najib atau Mahathir di muka depan (buku). Tetapi apabila kamu meletak seseorang yang nampak macam Rosmah (isteri PM Najib) di depan muka, kamu cari pasal sebenarnya."
sms daripada Zunar
Fazlina Rosley (gambar kanan) yang hadir ke majlis pelancaran buku memulakan ucapannya dengan merakamkan penghargaan kepada kawan, peminat dan penyokong Zunar. "...Apalah kartun kan? Kalau anak kita tanya, bapa kenapa kartunis, kan? Macam rockers tu lagi rock. Jadi, tanpa kalian semua, tanpa sokongan padu, career kartunis tu tidak dipandang tinggilah."
Fazlina Rosley membacakan sms daripada Zunar yang dihantar selepas ditangkap, "Tangkapan ini tidak akan mengubah pendirian saya untuk membongkar penyelewengan dan korupsi kerajaan. Malah tindakan ini mengesahkan tajuk buku bahawa kerajaan takut dengan kartun. Mereka boleh kurung badan saya, tetapi mereka tak boleh kurung otak saya. Saya bersedia tukar dari comic strip ke prison strip."
Sementara itu, kira-kira 20 orang polis mengawal di pintu masuk SCAH, malah dikatakan cuba menyekat kemasukan orang ramai ke dewan itu untuk seketika, sebelum tindakan ini dibantah aktivis sosial, Wong Chin Huat.
Menurut Wong Chin Huat, beliau menyatakan protesnya bagi pihak SCAH atas alasan bahawa sekatan tersebut "akan mengakibatkan pengurangan pendapatan bayaran parking". Anggota polis yang mengawal di situ akhirnya mengalihkan kon sekatan, dan menafikan bahawa wujudnya sebarang sekatan mahupun halangan.
MerdekaReviewFriday, September 24, 2010
Tuduhan khianat: Lima pelajar UM dibebaskan

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur mendapati tiada prima facie dalam tuduhan yang dikenakan ke atas mereka.
Hakim Rozana Ali Yusoff mengarahkan pelajar-pelajar terbabit Shazni Munir Mohd Ithnin, Muhammad Aizat Roslan, Muhammad Saufi Jelani,Mohd Izzuddin Hilmi Mohd Zaini dan Mohd Syahriuldeen Ahmad Rosli yang dituduh melakukan jenayah di bawah Seksyen 427, 436 dan 447 Kanun Keseksaan dibebaskan.
Perbuatan pelajar-pelajar itu dikaitkan dengan contengan perkataan-perkataan “C4”, “bini puaka” dan “pembunuh Altantuya” di dinding dewan Akademi Pengajian Islam sebelum kedatangan isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor Jun tahun lalu.
Monday, September 20, 2010
AURAT TERBUKA NAZRI KEPADA WANG SELAMAT

Pertama, saya tidak pernah takut untuk dikritik oleh pembangkang. Saya mahu Awang datang ke Parlimen dan melihat dan mendengar dengan sendiri ucapan-ucapan yang menyakitkan hati dan serangan yang saya terima ketika saya mempertahankan kerajaan berhubung isu-isu yang berkaitan dengan Perdana Menteri. Sepanjang tempoh 33 tahun pembabitan saya dalam politik, saya tidak terlepas daripada kritikan mana-mana pihak termasuk komen terbaru daripada Awang. Saya sendiri tidak tahu tentang Awang kerana saya tidak tahu siapa dia Awang. Saya harap dia juga seorang lelaki macam saya dan membuktikan bahawa dia tidak takut untuk berhadapan dengan kritikan dan bersembunyi di sebalik nama samaran yang dia gunakan.
Saya juga bukan anti Dr Mahathir. Bagi saya, setakat ini beliau adalah Perdana Menteri terbaik yang saya pernah berkhidmat. Bagaimanapun, sebagai seorang bekas Perdana Menteri juga ada banyak kekurangannya. Awang sewajarnya keluar daripada peredaran masa dan berhadapan dengan hakikat bahawa saya kini berada dalam kerajaan sebagai seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan bukan sebaliknya. Justeru, yang mengkritik kerajaan ialah Tun Mahathir dan bukan sebaliknya. Sudah tentu, sesiapa sahaja tanpa mengira siapa yang mengkritik kerajaan akan menerima serangan dalam tindakan saya mempertahankan kerajaan, sebagimana yang telah saya lakukan ketika Tun Mahathir dan Tun Abdullah menjadi Perdana Menteri.
Dengan mengatakan begitu, saya mahu Awang mengetahui bahawa saya sentiasa tahu siapa ketua saya. Ia buka Kit Siang ataupun Anwar kerana mereka bukan Perdana Menteri Malaysia, Pengerusi BN ataupun Presiden Umno. Saya tidak pasti sama ada Awang tahu siapa ketuanya kerana dia memperkecilkan dasar 1 Malaysia yang dibawa Perdana Menteri dan mempromosikan perkauman sempit Ibrahim Ali yang sememangnya bukan ahli Umno. Awang harus bertanya pada dirinya persoalan yang dia ajukan kepada saya.
Bersopan kepada pembangkang adalah tindkaan tepat untuk diambil dalam amalan demokrasi kerana seperti saya mereka juga dipilih oleh rakyat. Sudah tentu Awang terperangkap dalam peredaran waktu masa-masa lalu di mana ahli-ahli Parlimen kerajaan bukan sahaja tidak melibatkan mereka bersama, malah membenci mereka dalam kebanyakan masa. Awang tidak akan faham perkara ini kerana dia bukan seorang ahli Parlimen yang dipilih, diletakkan di Dewan menerusi suara rakyat. Awang tidak pernah terfikir bagaimana lima Ahli Parlimen PKR boleh melompat ke kumpulan anggota bebas kalau bukan kerana kesopanan yang diperlihatkan oleh saya kepada mereka selaku Meneri Hal Ehwal Parlimen. Bilangan mereka yang melompat untuk menyertai kokus bebas telah mengatasi satu-satunya wakil rakyat tunggal dari kawasan Pasir Mas, hero orang Melayu yang diagung-agungkan oleh Awang. Umno tidak pernah meminta ataupun memerlukan Ibrahim untuk membantu kami, tetapi kerjasama dengan dia hanya akan menyebabkan kami kehilangan undi. Tun Mahathir sendiri memberitahu kami bahawa beliau telah hilang 90 peratus undi di Kota Setar Selatan yang merupakan kerusi Parlimen majoritinya orang Melayu pada 1969 di tangan Yusof Rawa, di mana dilaporkan bahawa Tun mengatakan beliau tidak memerlukan undi orang Cina. Ini adalah perkara yang perlu dibelajari daripada peristiwa itu.
Sudah tentu, Awang tidak akan faham kerana dia bukan sahaja tidak pernah menawarkan dirinya sebagai calon pilihan raya, tetapi juga pembaca tidak tahu siapa dia sebenarnya. Ahli-ahli politik macam saya, yang telah bertanding empat pilihan raya dan yang telah menang, selalunya jelas dengan apa yang kami perkatakan dan tidak semberono macam Awang. Kita perlu menghimpunkan undi tanpa mengira kaum dan kami tidak duduk di zon selesa macam Awang. Dia boleh tulis dan mengatakan apa sahaja tanpa ada rasa tanggungjawab dan secara semberono dengan menyedari bahawa dia tidak akan dihukum oleh para pengundi.
Itu sebabnya mengapa Awang, jika anda bertanya apakah agenda saya, saya merasakan setiap budak sekolah akan tahu bahawa matlamatnya ialah mahu menang dalam pilihan raya umum akan datang dan Datuk Seri Najib kekal sebagai Perdana Menteri Malaysia. Saya berharap Awang juga mempunyai agenda yang sama melainkan ketuanya adalah orang lain.
Akhirnya, saya mahu menasihatkan Awang agar berpegang pada apa yang dia lakukan dan tahu apa yang terbaik dan tidak mencampuri politik negara yang pengetahuannya jelas cetek dan sifar pengalaman. Dia harus memberi tumpuan untuk menaikkan edaran akhbarnya yang terus merosot. Kedudukan itu dengan sendiri menunjukkan prestasi dan standardnya yang rendah di mana Utusan terpaksa merujuk kepada laporan media alternatif elektronik baru sedangkan ia seharusnya bertindak sebaliknya. Itu yang sepatutnya menjadi KPI dan ukuran kejayan dia dalam bidang yang dia mendakwa dia mewakili. Saya punya sudah pasti iaitu memenangi kerusi Padang Rengas bagi BN dalam pilihan raya umum akan datang tanpa mengira sama ada saya menjadi calonnya ataupun tidak. Sehingga itu kita harus terus melihat.
Dan, bagi saya, saya adalah rakyat Malaysia terlebih dahulu dan kemudian baru saya orang Melayu. Apakah mana-mana pentaksub ada masalah dengan soal ini?
Sunday, September 19, 2010
DERA ROGOL DAN CAMPAK
GEORGETOWN: Dera, rogol dan campak. Itulah tiga tindakan kejam dipercayai dilakukan sepasang suami isteri terhadap seorang pembantu rumah warga Indonesia sebelum ditahan dalam serbuan di Jelutong, di sini, malam kelmarin.
NGERI...kesan kecederaan yang dialami pembantu rumah
BUKTI... antara barangan yang dipercayai digunakan untuk mendera mangsa.
Majikan tidak berperikemanusiaan itu kemudian meninggalkan mangsa sendirian di kawasan ladang di Taman Cenderawasih tanpa dokumen pengenalan diri.
Bagaimanapun, keesokannya mangsa diselamatkan orang ramai pada jam 10.30 pagi sebelum diserahkan kepada anggota polis Nibong Tebal untuk tindakan selanjutnya.
Ketua Polis Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, polis pada mulanya menghadapi kesukaran apabila mangsa gagal memberitahu alamat rumah majikannya dan hanya memaklumkan bahawa rumah itu terletak di kawasan Jelutong.
Katanya, mangsa mendakwa bekerja dengan majikannya sejak tujuh bulan lalu dan sepanjang tempoh itu dia tidak dibayar gaji manakala sejak Mei lalu dia sering didera termasuk dipukul di kepala, disiram air panas di belakang badan serta dilecurkan dadanya menggunakan seterika elektrik.
“Siasatan lanjut mendapati banyak kesan kecederaan dan bengkak serta lebam di beberapa bahagian badan mangsa yang juga mendakwa dirogol empat kali oleh majikannya di rumah.
“Hasil pemeriksaan doktor turut mendapati ada kesan koyakan pada kemaluan mangsa,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL), di sini, semalam.
Gan berkata, susulan kejadian itu dan hasil maklumat awam, polis menyerbu sebuah pangsapuri di Blok 75, Jalan Penawar Satu, Sri Wangsa Satu, Jelutong, di sini, dan menahan sepasang suami isteri berusia 41 tahun dan 36 tahun yang mempunyai empat anak.
Katanya, majikannya bekerja sebagai kontraktor memotong rumput dan siasatan lanjut mendapati lelaki itu mempunyai tiga rekod jenayah iaitu dua rekod kesalahan dadah dan satu kes jenayah manakala isterinya suri rumah.
“Polis turut menemui seterika elektrik dipercayai digunakan untuk mendera mangsa selain merampas satu tali pinggang, cadar dan lapik tilam mangsa serta sebuah kereta jenis Toyota Camry yang digunakan untuk meninggalkan mangsa di kawasan ladang di Nibong Tebal.
“Hasil soal siasat, kedua-dua suspek mengaku mendera mangsa dan suspek lelaki juga mengaku merogol mangsa beberapa kali di rumahnya,” katanya.
Beliau berkata, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara tujuh tahun dan denda atau kedua-duanya sekali.
“Siasatan juga dilakukan mengikut Seksyen 376 kanun sama iaitu rogol dan sabit kesalahan boleh dipenjara tidak kurang lima tahun atau tidak melebihi 20 tahun atau sebatan,” katanya.
Gan berkata, mangsa kini berada di Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan dan pasangan suami isteri itu akan direman untuk siasatan lanjut, manakala polis memaklumkan kejadian itu kepada Konsul Jeneral Indonesia di Malaysia
Wednesday, September 15, 2010
UP DATE TERKIINI KES PEMBUNUHAN DATO' SUSILAWATI
Up Date dari Tranungkite online v10Kami telah koleksikan Kes Pemubuhan kejam ini bagi memudahkan pembaca.
Klik di sini @ klik pada gambar disebelah untuk 20 artikel terakhir.
Klik di sini @ menu sebelah kiri laman untuk semua artikel.
Sumber: Tranungkite online v10
follow on fb
share
Blog Pemimpin PS/PR
-
-
Catatan Dhuha april 20197 years ago
-
BLOGGER PERAK
-
Rejim Zionis Israel gali kubur sendiri – Tuan Guru Abdul Hadi - * KUALA LUMPUR* : “Kezaliman rejim Zionis sebenarnya hanya akan menggali kubur diri mereka sendiri.” Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ber...
-
Salam Pertemuan : Yang Tersurat Dan Yang Tersirat - Heboh di media sosial tentang posting yang dimuat naik oleh Ketua Pemuda Umno pertemuan Presiden PAS dengan Presiden Umno. Pertemuan tersebut yang di ada...
-
-
Cerita di sebalik penjualan Pusat Pendidikan Al-Barakah - KERAJAAN negeri bersikap terbuka untuk mengadakan perbincangan pada bila-bila masa dengan pengurusan Pusat Pendidikan Al-Barakah jika mereka memerlukan ban...
-
MUAFAKAT PAKATAN HARAPAN - MAKA dengan ini kami bersepakat dan bersetuju dengan muafakat bersama ini sebagai perjanjian yang mengikat parti-parti kami. Rakyat Malaysia berhasrat men...
-
Rumah untuk dijual di Rapat Setia Baru - Rumah banglo semi-d yang terletak di Rapat Setia Baru ini ingin dijual dengan harga RM580,000.00. Harga boleh dirunding mengikut budi bicara. Lokasi yang m...
-
Kutipan Dana PRK P067 Kuala Kangsar - Bersempena dengan pilihanraya kecil P067 Parlimen Kuala Kangsar yang akan berlangsung pada 5 Jun akan datang, sudilah kiranya tuan-puan dan puan-puan sek...
-
Dewan Ulama Pas - Tolong-tolong perati gambar ni... - Dah agak lama aku tak merapu merepek hal ehwal Pas, bukan tak ada isu, banyak,, tetapi rasa dan meluat dah dengan gelagat segelintir pimpinan Pas... entahl...
-
'UMNO' minta $650 Dari Najib? - EKSKLUSIF Keadaan menjadi semakin panas dalam Umno, apabila seorang anggota yang mendakwa mewakili parti, memfailkan saman terhadap Presidennya, Datuk Ser...
-
ISLAM BUKAN BONEKA - (إِنْ أَحْسَنْتُمْ أَحْسَنْتُمْ لِأَنْفُسِكُمْ ۖ وَإِنْ أَسَأْتُمْ فَلَهَا ۚ فَإِذَا جَاءَ وَعْدُ الْآخِرَةِ لِيَسُوءُوا وُجُوهَكُمْ وَلِيَدْخُلُوا الْمَ...
-
TUDUHAN TIMBALAN KETUA PEMUDA PAS PAHANG… JANGAN DI DIAMKAN… - Lama jugak aku tak menulis. Seronok membaca dan melihat telatah dan gelagat sang pengila kuasa. Seluruh hidup di tumpukan memburunya seakan tiada mati d...
-
Zambry Kadir mungkir janji dihadapan Al-Marhum Sultan Perak kata Rahamat anak Yok Bek [ Video ] - Janji MB Perak di hadapan Al-Marhum Sultan Perak Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0309&pu...
-
POLIS - Ini tragedi luar biasa... - *Takziah, moga pasangan bahagia ini bersabar dengan ujian Allah...Subhanallah* *kisah di sini dan sini....*
-
TGHA :SYRIA , RAKYAT MANGSA , PEMIMPIN BERLAGA DAN MUSUH UNTUNG - Republik Arab Syria (selepas ini ditulis Syria) adalah termasuk dari kalangan negara...
-
Kisah orang sombong sembelih diri sendiri!!! - Assalamualaikum...Hahahahaha..Lama dah tak gelak dalam blog ni..Kehkehkeh..Maap ramai yang menunggu nak sokong dan tak lupa jugak yang nak hentam aku......
-
42 peratus Cina yakin hudud adil untuk semua - Ketika masyarakat Cina dikatakan fobia dengan cadangan pelaksanaan hudud oleh PAS, tinjauan Universiti Malaya (UM) mendapati sebanyak 42 peratus responden ...
-
Derita Budya Darat - [image: MANGSA... mendakwa mengenali suspek menerusi laman sosial Facebook.] MANGSA... mendakwa mengenali suspek menerusi laman sosial Facebook. [image: BU...
BLOG BLOG PANAS
BLOG PIMPINAN PAS/PR
BLOG PAS/KWSN/CWG
BLOG MUSLIMAT
-
Infeksi Saluran Kemih (ISK): Penyakit Sepele yang Bisa Berbahaya Bila Diabaikan - ISK adalah singkatan dari *Infeksi Saluran Kemih*. Istilah ini merujuk pada adanya mikroorganisme (paling umum bakteri) yang memasuki, berkembang biak, ...
-
-
-
Ai Chan Famili - Jeng jeng jeng... Nantikan kisah Ai Chan ye.
-
MESYUARAT AGUNG DEWAN MUSLIMAT PAS TAPAH KALI YANG KE 21 - Saf kepimpinan muslimat kawasan bersama perasmi mesyuarat agung pada tahun ini. Doa dan alunan wahyu disampaikan oleh Ustazah Haslinda bt Ismail. Para pe...
-
-
MH370 : AKU TAK SURUH HANGPA PERCAYA TAPI BERFIKIRLAH DENGAN AKAL YANG WARAS - (gambar hiasan) Allah SWT Berfirman: وَقُلْ جَاءَ الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقًا (٨١) Dan katakanlah: "Yang benar telah datan...
-
Polemik Kalimah ALLAH - *Bermula apabila Kementerian Dalam Negeri di bawah Syed Hamid Albar melarang majalah The Herald menggunakan kalimah Allah dlm penerbitan mereka.....
-
Peribadi Pejuang. Coret coret ijtimak tarbawi 2013 - Peribadi Pejuang Pejuang senantiasa akan diuji Allah swt justeru itu adalah sunnah orang berjuang. Saya kongsikan 5 Tips untuk memastikan kita mampu berd...
-
MUKTAMAR DEWAN MUSLIMAT PAS - *Muktamar tahunan Muslimat Pas bermula pada 14-15 november.muslimat yang dikasihi sekelian ayuhlah bersama-sama kita menghadiri muktamar kita semoga mendap...
-
Blog Masjid
Blogroll
Archives
-
▼
2014
(27)
- ▼ 08/24 - 08/31 (3)
- ► 06/08 - 06/15 (5)
- ► 04/06 - 04/13 (2)
- ► 01/19 - 01/26 (1)
- ► 01/12 - 01/19 (7)
- ► 01/05 - 01/12 (9)
-
►
2013
(237)
- ► 12/29 - 01/05 (22)
- ► 12/22 - 12/29 (6)
- ► 12/15 - 12/22 (2)
- ► 12/08 - 12/15 (5)
- ► 12/01 - 12/08 (3)
- ► 11/24 - 12/01 (1)
- ► 11/10 - 11/17 (1)
- ► 11/03 - 11/10 (1)
- ► 10/20 - 10/27 (3)
- ► 10/13 - 10/20 (2)
- ► 10/06 - 10/13 (1)
- ► 09/29 - 10/06 (2)
- ► 09/22 - 09/29 (4)
- ► 09/08 - 09/15 (1)
- ► 09/01 - 09/08 (1)
- ► 08/25 - 09/01 (1)
- ► 08/18 - 08/25 (1)
- ► 08/11 - 08/18 (4)
- ► 08/04 - 08/11 (3)
- ► 07/28 - 08/04 (3)
- ► 07/21 - 07/28 (2)
- ► 07/14 - 07/21 (3)
- ► 07/07 - 07/14 (1)
- ► 06/30 - 07/07 (7)
- ► 06/23 - 06/30 (2)
- ► 06/16 - 06/23 (1)
- ► 06/09 - 06/16 (2)
- ► 06/02 - 06/09 (5)
- ► 05/26 - 06/02 (5)
- ► 05/19 - 05/26 (2)
- ► 05/12 - 05/19 (4)
- ► 05/05 - 05/12 (3)
- ► 04/28 - 05/05 (13)
- ► 04/21 - 04/28 (4)
- ► 04/14 - 04/21 (10)
- ► 04/07 - 04/14 (10)
- ► 03/31 - 04/07 (9)
- ► 03/24 - 03/31 (11)
- ► 03/17 - 03/24 (5)
- ► 03/10 - 03/17 (9)
- ► 03/03 - 03/10 (4)
- ► 02/24 - 03/03 (5)
- ► 02/17 - 02/24 (6)
- ► 02/10 - 02/17 (12)
- ► 02/03 - 02/10 (4)
- ► 01/27 - 02/03 (8)
- ► 01/20 - 01/27 (9)
- ► 01/13 - 01/20 (7)
- ► 01/06 - 01/13 (7)
-
►
2012
(609)
- ► 12/30 - 01/06 (6)
- ► 12/23 - 12/30 (3)
- ► 12/16 - 12/23 (6)
- ► 12/09 - 12/16 (5)
- ► 12/02 - 12/09 (4)
- ► 11/25 - 12/02 (17)
- ► 11/18 - 11/25 (14)
- ► 11/11 - 11/18 (9)
- ► 11/04 - 11/11 (9)
- ► 10/28 - 11/04 (5)
- ► 10/21 - 10/28 (26)
- ► 10/14 - 10/21 (15)
- ► 10/07 - 10/14 (31)
- ► 09/30 - 10/07 (19)
- ► 09/23 - 09/30 (6)
- ► 09/16 - 09/23 (9)
- ► 09/09 - 09/16 (13)
- ► 09/02 - 09/09 (5)
- ► 08/26 - 09/02 (8)
- ► 08/19 - 08/26 (10)
- ► 08/12 - 08/19 (9)
- ► 08/05 - 08/12 (11)
- ► 07/29 - 08/05 (8)
- ► 07/22 - 07/29 (8)
- ► 07/15 - 07/22 (6)
- ► 07/08 - 07/15 (14)
- ► 07/01 - 07/08 (25)
- ► 06/24 - 07/01 (10)
- ► 06/17 - 06/24 (9)
- ► 06/10 - 06/17 (4)
- ► 06/03 - 06/10 (13)
- ► 05/27 - 06/03 (15)
- ► 05/20 - 05/27 (13)
- ► 05/13 - 05/20 (15)
- ► 05/06 - 05/13 (10)
- ► 04/29 - 05/06 (10)
- ► 04/22 - 04/29 (14)
- ► 04/15 - 04/22 (11)
- ► 04/08 - 04/15 (6)
- ► 04/01 - 04/08 (10)
- ► 03/25 - 04/01 (12)
- ► 03/18 - 03/25 (4)
- ► 03/11 - 03/18 (15)
- ► 03/04 - 03/11 (23)
- ► 02/26 - 03/04 (12)
- ► 02/19 - 02/26 (7)
- ► 02/12 - 02/19 (12)
- ► 02/05 - 02/12 (14)
- ► 01/29 - 02/05 (11)
- ► 01/22 - 01/29 (10)
- ► 01/15 - 01/22 (14)
- ► 01/08 - 01/15 (18)
- ► 01/01 - 01/08 (16)
-
►
2011
(883)
- ► 12/25 - 01/01 (10)
- ► 12/18 - 12/25 (20)
- ► 12/11 - 12/18 (16)
- ► 12/04 - 12/11 (12)
- ► 11/27 - 12/04 (23)
- ► 11/20 - 11/27 (25)
- ► 11/13 - 11/20 (18)
- ► 11/06 - 11/13 (21)
- ► 10/30 - 11/06 (22)
- ► 10/23 - 10/30 (17)
- ► 10/16 - 10/23 (15)
- ► 10/09 - 10/16 (22)
- ► 10/02 - 10/09 (12)
- ► 09/25 - 10/02 (15)
- ► 09/18 - 09/25 (13)
- ► 09/11 - 09/18 (13)
- ► 09/04 - 09/11 (25)
- ► 08/28 - 09/04 (20)
- ► 08/21 - 08/28 (18)
- ► 08/14 - 08/21 (37)
- ► 08/07 - 08/14 (27)
- ► 07/31 - 08/07 (23)
- ► 07/24 - 07/31 (27)
- ► 07/17 - 07/24 (48)
- ► 07/10 - 07/17 (36)
- ► 07/03 - 07/10 (25)
- ► 06/26 - 07/03 (20)
- ► 06/19 - 06/26 (17)
- ► 06/12 - 06/19 (9)
- ► 06/05 - 06/12 (11)
- ► 05/29 - 06/05 (4)
- ► 05/22 - 05/29 (4)
- ► 05/15 - 05/22 (8)
- ► 05/08 - 05/15 (10)
- ► 05/01 - 05/08 (4)
- ► 04/24 - 05/01 (6)
- ► 04/17 - 04/24 (8)
- ► 04/10 - 04/17 (5)
- ► 04/03 - 04/10 (12)
- ► 03/27 - 04/03 (16)
- ► 03/20 - 03/27 (16)
- ► 03/13 - 03/20 (31)
- ► 03/06 - 03/13 (12)
- ► 02/27 - 03/06 (9)
- ► 02/20 - 02/27 (12)
- ► 02/13 - 02/20 (15)
- ► 02/06 - 02/13 (13)
- ► 01/30 - 02/06 (23)
- ► 01/23 - 01/30 (16)
- ► 01/16 - 01/23 (15)
- ► 01/09 - 01/16 (15)
- ► 01/02 - 01/09 (12)
-
►
2010
(1113)
- ► 12/26 - 01/02 (20)
- ► 12/19 - 12/26 (18)
- ► 12/12 - 12/19 (14)
- ► 12/05 - 12/12 (11)
- ► 11/28 - 12/05 (10)
- ► 11/21 - 11/28 (8)
- ► 11/14 - 11/21 (10)
- ► 11/07 - 11/14 (6)
- ► 10/31 - 11/07 (16)
- ► 10/24 - 10/31 (12)
- ► 10/17 - 10/24 (19)
- ► 10/10 - 10/17 (16)
- ► 10/03 - 10/10 (19)
- ► 09/26 - 10/03 (20)
- ► 09/19 - 09/26 (10)
- ► 09/12 - 09/19 (26)
- ► 09/05 - 09/12 (23)
- ► 08/29 - 09/05 (22)
- ► 08/22 - 08/29 (38)
- ► 08/15 - 08/22 (12)
- ► 08/08 - 08/15 (5)
- ► 08/01 - 08/08 (18)
- ► 07/25 - 08/01 (15)
- ► 07/18 - 07/25 (18)
- ► 07/11 - 07/18 (18)
- ► 07/04 - 07/11 (16)
- ► 06/27 - 07/04 (18)
- ► 06/20 - 06/27 (17)
- ► 06/13 - 06/20 (22)
- ► 06/06 - 06/13 (43)
- ► 05/30 - 06/06 (53)
- ► 05/23 - 05/30 (29)
- ► 05/16 - 05/23 (28)
- ► 05/09 - 05/16 (63)
- ► 05/02 - 05/09 (41)
- ► 04/25 - 05/02 (48)
- ► 04/18 - 04/25 (39)
- ► 04/11 - 04/18 (28)
- ► 04/04 - 04/11 (27)
- ► 03/28 - 04/04 (19)
- ► 03/21 - 03/28 (10)
- ► 03/14 - 03/21 (18)
- ► 03/07 - 03/14 (23)
- ► 02/28 - 03/07 (23)
- ► 02/21 - 02/28 (20)
- ► 02/14 - 02/21 (29)
- ► 02/07 - 02/14 (19)
- ► 01/31 - 02/07 (21)
- ► 01/24 - 01/31 (14)
- ► 01/17 - 01/24 (11)
- ► 01/10 - 01/17 (12)
- ► 01/03 - 01/10 (18)
-
►
2009
(451)
- ► 12/27 - 01/03 (14)
- ► 12/20 - 12/27 (14)
- ► 12/13 - 12/20 (14)
- ► 12/06 - 12/13 (11)
- ► 11/29 - 12/06 (20)
- ► 11/22 - 11/29 (18)
- ► 11/15 - 11/22 (17)
- ► 11/08 - 11/15 (11)
- ► 11/01 - 11/08 (13)
- ► 10/25 - 11/01 (18)
- ► 10/18 - 10/25 (17)
- ► 10/11 - 10/18 (12)
- ► 10/04 - 10/11 (16)
- ► 09/27 - 10/04 (22)
- ► 09/20 - 09/27 (9)
- ► 09/13 - 09/20 (16)
- ► 09/06 - 09/13 (14)
- ► 08/30 - 09/06 (12)
- ► 08/23 - 08/30 (19)
- ► 08/16 - 08/23 (27)
- ► 08/09 - 08/16 (21)
- ► 08/02 - 08/09 (22)
- ► 07/26 - 08/02 (23)
- ► 07/19 - 07/26 (16)
- ► 07/12 - 07/19 (15)
- ► 07/05 - 07/12 (17)
- ► 06/28 - 07/05 (9)
- ► 06/21 - 06/28 (11)
- ► 06/14 - 06/21 (3)
SHAH ALAM 9 Okt - Imej isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang dikaitkan dengan pembunuhan kejam wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu serta dakwaan pembabitan beliau terlibat dalam konspirasi terhadap Ketua Oposisi, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyebabkan kebanyakan Wanita Pertama negara maju menjarakkan diri mereka daripada terlibat dalam Sidang Kemuncak First Ladies anjuran beliau.