Saturday, December 18, 2010

Penggantungan tidak beri laluan kepada pindaan perlembagaan

Dakwaan Pakatan Rakyat bahawa penggantungan empat orang ahli Dewan Rakyat-nya bakal memberi laluan kepada pindaan perlembagaan itu adalah salah, apabila tafsiran ahli akademik terhadap Perlembagaan Persekutuan menyimpulkan bahawa "dua pertiga" ini dirujuk kepada bilangan kerusi yang ada dalam dewan, bukannya kehadiran dalam dewan.

Menurut Perkara 159(3) Perlembagaan Persekutuan, pindaan perlembagaan tidak boleh diluluskan, melainkan mendapat tidak kurang daripada sokongan dua pertiga daripada bilangan ahli parlimen dalam dewan (votes of not less than two-thirds of the total number of members of that house). Justeru itu, walaupun empat orang ahli parlimen PR digantung, namun BN tetap tidak boleh meminda perlembagaan.

Ketika dihubungi MerdekaReview, Profesor Madya Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya, Johan Shamsuddin Bin Hj Sabaruddin (gambar kiri) berkata, Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa pindaan perlembagaan memerlukan sokongan dua pertiga daripada jumlah keseluruhan ahli Dewan Rakyat. Tetapi, bilangan 2/3 yang dimaksudkan ini merujuk kepada bilangan ahli dewan rakyat yang sebenar, dan bukannya bilangan kehadiran dalam dewan.

Justeru itu, walaupun seramai empat orang ahli parlimen PR digantung selama enam bulan, namun kerusi PR tidak berkurang, begitu juga kerusi BN tidak bertambah di sebaliknya. Maka tidak timbul kebimbangan bahawa BN mungkin mengambil kesempatan untuk meminda perlembagaan.

Terdapat 222 kerusi dalam Dewan Rakyat. BN perlu menguasai 148 daripadanya untuk menguasai majoriti dua pertiga. Kini, BN mempunyai 137 kerusi, PR 76, PSM 1, SAPP 2 dan enam orang bebas yang dianggap pro-BN.

Semalam, ahli parlimen Rasah-DAP Anthony Loke berkata seandainya Anwar Ibrahim, Azmin Ali, Karpal Singh dan Sivarasa Rasiah digantung kelayakannya selama enam bulan, ini bermakna PR hanya tinggal 72 orang ahli parlimen. Satu pertiga daripada 222 kerusi bersamaan dengan 74. Dengan kata lain, kerajaan boleh mengemukakan usul untuk meminda perlembagaan, termasuk persempadanan semula kawasan pilihan raya dalam masa enam bulan akan datang.

Bagaimanapun, Menteri Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz (gambar kiri) menyanggah kenyataan Anthony Loke semalam, "Beritahu mereka, mereka ni bodoh kerana dua pertiga bermaksud, dua pertiga daripada 222, bukan daripada kehadiran dalam dewan. Bodoh!"

Tidak perlu pinda perlembagaan untuk persempadanan semula

Ketika dihubungi MerdekaReview, pengkaji politik, Wong Chin Huat menyetujui kenyataan Nazri bahawa penggantungan empat orang ahli parlimen PR tidak memberi laluan untuk meminda perlembagaan.

Selain itu, Wong Chin Huat memperbetulkan Anthony Loke bahawa persempadanan semula kawasan pilihan raya hanya memerlukan sokongan majoriti mudah (simple majority) ahli parlimen, tetapi memerlukan majoriti dua pertiga jika ingin menambah kawasan pilihan raya.

Selain itu, Wong Chin Huat berkata, masalah yang terbesar kini adalah penggantungan kelayakan Ketua Pembangkang Parlimen, Anwar Ibrahim. Walaupun tiada kabinet bayangan dalam negara ini, tetapi hampir semua negara di seluruh dunia akan menghormati Ketua Pembangkang dalam parlimennya. Oleh itu, adalah sesuatu yang "pelik" untuk menggantung seorang Ketua Pembangkang daripada masuk ke dalam parlimen.

Malah, Wong Chin Huat (gambar kanan) mempersoalkan, "Dalam kedudukan Dewan Rakyat, Anwar berada pada kedudukan bersemuka dengan Najib. Dengan kata lain, apabila Najib bangun berucap, kerusi di depannya adalah kosong. Mengapa beliau begitu angkuh sehingga tidak mahu melihat ada orang di depannya? Dalam enam bulan yang akan datang, Najib bebas datang dan pergi dalam Parlimen. Tetapi kerusi di depannya kekosongan. Mengapa begitu sempitnya hati seorang Perdana Menteri?"

*Chan Wei See ialah Pemangku Ketua Pengarang MerdekaReview. Diterjemah dan disunting Lim Hong Siang dari teks asal.

MerdekaReview

1 comment:

New Hope said...

o tapi boleh percaya ke ameno nak ikut tafsir ni?

POLITIK PLURALISME

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak