"Jika benar berlaku penolakan oleh speaker, maka mereka akan menjadikan itu sebagai bukti bahawa PAS benar-benar tunduk kepada DAP dengan membenarkan usul itu ditolak
[hd]- Umno Selangor memberi alasan kononnya laporan yang mengelirukan oleh akhbar Cina sebagai punca mereka menarik balik usul berkaitan perlaksanaan hudud di Selangor seperti diumumkan hari ini.
Ketua Pembangkang Selangor Datuk Mohd Shamsudin Lias berkata banyak akhbar Cina menghubunginya dan telah salah faham berhubung usul asal yang mahu dibawa ke Dewan Negeri Selangor itu. "Ia bukan rang undang-undang persendirian.
Ia hanya bertanya kepada kerajaan (negeri) sama ada mereka mahu laksanakan hudud (atau tidak)," kata beliau dipetik Malaysiakini.
Dalam pada itu, satu sumber yang dekat dengan Umno Selangor memberitahu Harakahdaily, punca sebenar penarikan itu adalah kerana usul yang pada asalnya mahu memerangkap PAS Selangor itu telah "makan tuan".
"Pada asalnya mereka menyangka speaker (Hannah Yeoh) dari DAP sudah pasti akan menolak usul tersebut kerana DAP sejak awal konsisten menolak hudud.
"Jika benar berlaku penolakan oleh speaker, maka mereka akan menjadikan itu sebagai bukti bahawa PAS benar-benar tunduk kepada DAP dengan membenarkan usul itu ditolak.
"Namun sebaliknya pula berlaku apabila speaker membenarkan usul tersebut dikemukakan dan kali ini Umno pula terperangkap dengan jerat yang dibuat sendiri," katanya yang tidak mahu namanya didedahkan.
Sebelum ini Adun Umno Sungai Air Tawar, Kamarol Zaki Abdul Malik membawakan usul itu di bawah Peraturan 26, Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor.
Usul tersebut berbunyi: "Bahawa Dewan yang mulia ini menggesa kerajaan negeri Selangor mengkaji kebarangkalian pelaksanaan undang-undang hudud pada masa hadapan di negeri Selangor selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan perkara 3 iaitu Islam sebagai agama Persekutuan".
Penerimaan usul itu bagaimanapun memberi tamparan hebat buat bukan sahaja kepada Umno, malah BN secara keseluruhan.
Ada cakap-cakap dari dalaman Umno sendiri bahawa usul yang dibawa itu mencerminkan sikap "tidak cerdik politik" pemimpin Umno Selangor.
Selain mengingkari pandangan presiden parti, Datuk Seri Najib Razak yang menegaskan Malaysia tidak akan melaksanakan hudud, tindakan Umno Selangor itu juga disifatkan "terlebih sudu dari kuah".
Ini kerana dakwa mereka, Kerajaan Pusat telahpun menubuhkan jawatankuasa teknikal membincangkan isu ini, namun Umno Selangor seperti mahu mendahului jawatankuasa ini.
"Mengapa yang baru jadi Ahli Dewan Undangan Negeri sepenggal dua, solat pun kadang-kadang tertinggal galak sangat mahu membicara hudud ini?
"Bagaimana Umno akan menjawab pertanyaan parti lawan mengapa usul ini dibawa ke Dun Selangor bukannya Dun Johor, Kedah, Perak, Pahang, Terengganu, Sabah dan Negeri Sembilan yang mana Umno mempunyai majoriti untuk melaksanakannya," soal beberapa blog pro-Umno.
Sah Umno main wayang : Usul hudud ditarik balik
[hd]- Bidasan PAS Selangor terhadap cadangan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN daripada Umno untuk mengemukakan usul pelaksanaan hukum hudud di negeri ini tepat apabila parti itu membuat pusingan-U apabila menarik balik usul yang dikemukakan.
Ketua Pembangkang Selangor Datuk Mohd Shamsudin Lias memberitahu telah menarik balik usul mengenai kebarangkalian pelaksanaan hudud di Selangor hari ini kerana mendakwa "timbul banyak kekeliruan".
Jelas Shamsudin, usul berkenaan ditarik balik kerana ia masih boleh ditanya dalam sesi perbahasan dan tidak perlu dikemuka melalui usul khusus.
Ketika dihubungi Malaysiakini, Adun Sungai Burong itu berkata keputusan itu dibuat dengan persetujuan pemimpin BN Selangor.
"Ia bukan rang undang-undang persendirian. Ia hanya bertanya kepada kerajaan (negeri) sama ada mereka mahu laksanakan hudud (atau tidak).
"Kalau macam ini, kita boleh tanya dalam perbahasan," katanya.
Speaker Dun Selangor, Hannah Yeoh sebelum ini mengumumkan menerima tiga usul dikemukakan wakil BN untuk sidang akan datang termasuk pelaksanaan hudud.
Tindakan Hannah itu dilihat pemerhati politik telah meletakkan Umno dalam dilema kerana menerima kritikan hebat sekutunya dalam BN iaitu MCA dan Gerakan.
Shamsudin menjelas lanjut, kekeliruan timbul sebelum ini apabila ramai pihak menyangka BN Selangor memajukan usul untuk melaksanakan hudud di Selangor.
Beliau seterusnya menyalahkan akhbar berbahasa Cina yang menumpukan perkara itu.
"Saya fikir silap faham ini berlaku kerana terlalu banyak akhbar Cina menghubungi saya untuk bertanya tentangnya," katanya tanpa menyebut nama akbar tertentu.
Menurutnya juga, tindakan menarik balik usul selepas ia diluluskan speaker untuk dibahaskan juga adalah satu perkara biasa.
"Itu perkara biasa. Usul ini, kalau kita tengok dalam sidang Dun dan Parlimen boleh ditarik sebelum atau pada tarikh ia akan dibacakan," katanya.
Sebelum ini, anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar, Kamarol Zaki Abdul Malik membawakan usul itu di bawah Peraturan 26, Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor.
Usul tersebut berbunyi : -
"Bahawa Dewan yang mulia ini menggesa kerajaan negeri Selangor mengkaji kebarangkalian pelaksanaan undang-undang hudud pada masa hadapan di negeri Selangor selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan perkara 3 iaitu Islam sebagai agama Persekutuan".
Pesuruhjaya PAS negeri, Iskandar Abdul Samad sebelum ini mempersoalkan tindakan Adun Umno itu dan menyifatkannya sebagai "hanya bermain politik”.
“Kenapa baru sekarang Umno hendak cadang bentang di Dewan? Mereka ada lebih 50 tahun (memerintah Selangor) tetapi tidak melakukannya?
“Hanya setelah mereka menjadi pembangkang di Selangor barulah mereka hendak bercakap tentang hudud?” ulas beliau ketika dihubungi Harakahdaily.
Menurut beliau, PAS telah mengadakan penerangan kepada rakyat tentang hukum jenayah syariah dan meluluskan enakmen berkaitan sebaik sahaja mendapat kuasa di Kelantan.
“Di Terengganu pula, kerajaan BN negeri telah menolak pelaksanaan hudud di negeri itu,” ujarnya.
Beliau yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sekali lagi menegaskan bahawa Umno perlu melaksanakan undang-undang jenayah syariah di negeri yang dikuasai mereka jika benar-benar ikhlas ingin mendaulatkan syariat Islam dan tidak hanya bermain politik.
http://idaman78.blogspot.com/2014/06/punca-sebenar-umno-selangor-tarik-balik.html
1 comment:
villabetting
Twinpoker88
Dewacintaqq
Delimapoker
Kapaldomino
Papadomino
Dominohalo
zadulqq
Forum Judi Online
Post a Comment