KOTA BHARU - "Saya tidak setuju kenyataan awak mengenai hudud." Itu antara kenyataan awal yang keluar dari mulut Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika bertemu bekas calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd. Daud di sini hari ini.
Dyana Sofya hadir mengiringi Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang melakukan kunjungan hormat ke atas Nik Abdul Aziz di pejabat beliau di Kompleks Kota Darulnaim.
Dalam pertemuan tersebut, bekas Menteri Besar itu turut menasihatkan Dyana Sofya supaya berhati-hati sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan pada masa depan.
Nasihat beliau itu adalah sebagai reaksi kepada tindakan Dyana Sofya yang dilaporkan berkata tidak akan menyokong pelaksanaan hudud ketika berkempen dalam PRK Parlimen Teluk Intan baru-baru ini.
Bagaimanapun, butiran lanjut perbualan mereka selepas itu tidak diketahui kerana petugas media diarahkan beredar dengan alasan pertemuan itu sepatutnya diadakan secara tertutup.
Mengulas mengenai pertemuan yang berlangsung selama kira-kira setengah jam itu, Dyana Sofya berkata, beliau memanfaatkan sebaik mungkin ruang yang ada untuk menjelaskan pendiriannya mengenai hudud kepada Nik Abdul Aziz.
"Seperti yang saya katakan sebelum ini, saya jelaskan kepada beliau saya tidak pernah menolak hudud sebab sebagai orang Islam saya tidak boleh menolak hudud.
"Bagaimanapun pendirian saya sama seperti pendirian parti (DAP)," katanya.
Menurut Dyana Sofya, selain isu hudud, Nik Abdul Aziz turut memberi nasihat dan panduan berguna untuk beliau terus survive dalam dunia politik seperti perlu mempunyai prinsip dan sering turun padang bertemu masyarakat. -Utusaan
Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=159912:hudud-nik-aziz-tidak-setuju-kenyataan-dyana&Itemid=2#ixzz34X0ua0nI
Follow us: @MsiaChronicle on Twitter
1 comment:
villabetting
Twinpoker88
Dewacintaqq
Delimapoker
Kapaldomino
Papadomino
Dominohalo
zadulqq
Forum Judi Online
Post a Comment