Monday, December 30, 2013

Berhadapan Saman 100 Juta : Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Buat U-Turn !


Polis Kuala Lumpur nafi kaitkan empat NGO dengan letupan bom malam Tahun Baru
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Ishar Singh (gambar) menafikan beliau pernah mengeluarkan kenyataan mengaitkan empat badan bukan kerajaan (NGO)  dengan perancangan letupan bom  pada sambutan malam Tahun Baru 31 Disember ini di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Katanya beliau hanya menyebut rancangan pengeboman itu dilakukan oleh individu lain manakala empat NGO itu pula dikenal pasti sebagai kumpulan utama yang terbabit dalam perhimpunan dikatakan bertujuan menggulingkan kerajaan malam esok.

"Ketika sidang akhbar, saya menyebut tentang empat NGO itu dikenal pasti akan hadir dan berhimpun di situ.

Perhimpunan itu pula salah di sisi undang-undang dan mereka tidak dibenarkan berhimpun kerana tidak memohon sebarang permit.

"Kenyataan saya tentang ancaman bom dan senjata berbahaya itu tidak menjurus kepada NGO terbabit sebaliknya berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh individu di laman Facebook sebelum ini," katanya dipetik berkata kepada akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini.

Sabtu lalu, pihak berkuasa mendedahkan empat NGO iaitu Solidariti Anak Muda Malaysia (Samm), Jingga 13 dan Solidariti Mahasiswa Malaysia merupakan gerakan yang terlibat dalam perhimpunan tersebut.

Amar mengulas mengenai ugutan saman RM100 juta oleh Samm berhubung tuduhan tersebut sambil menegaskan pihaknya mempunyai bukti kukuh penglibatan empat NGO itu dalam merancang perhimpunan berkenaan.

Katanya, ugutan saman yang dilakukan NGO itu sama sekali tidak akan menyebabkan polis memberhentikan siasatan

"Itu (saman) hak mereka...tetapi mereka harus ingat polis juga mempunyai bukti berdasarkan siasatan yang telah dibuat," katanya.

Dalam sidang akhbarnya terdahulu, Amar Singh juga mendakwa penganjur perhimpunan haram tersebut dipercayai akan mendirikan khemah di sekitar Dataran Merdeka dengan membawa pelbagai senjata termasuk bom tangan bagi melakukan kekecohan

Amar  berkata, pihak polis tidak akan teragak-agak menahan pihak yang cuba mencetuskan huru-hara di bawah Akta Kanun Keseksaan dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) 2012.

Beliau berkata hasil risikan mendapati beberapa kumpulan dan badan bukan kerajaan akan terlibat dalam perhimpunan itu bagi menunjukkan rasa tidak puas hati mereka ke atas kerajaan dan seterusnya mahu menimbulkan kekacauan.

Susulan dakwaan itu Pengerusi Samm, Badrul Hisham Shahrin dalam satu kenyataan semalam berkata akan mengambil tindakan undang-undang terhadap tuduhan berkenaan dan akan memulakan proses saman sebanyak RM100 juta terhadap Polis Kuala Lumpur.

Katanya, kenyataan Amar semalam amat mengejutkan kerana mengaitkan dirinya dan Samm dengan tuduhan menganjur himpunan menggulingkan kerajaan.

Selain Samm, Jingga 13 juga bakal bertindak menyaman Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur itu sekiranya beliau masih tidak menarik balik tuduhan tersebut.

Jingga 13 juga akan mengemukakan saman ke atas Jabatan Polis Diraja Malaysia (PDRM),  media pro kerajaan seperti TV3, dan Utusan Malaysia kerana berterusan menggelarkan gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) sebagai gerakan menggulingkan kerajaan. - The Malaysian Insider


Timbalan Ketua Polis Wilayah, Datuk Amar Singh Ishar Singh Bakal Disaman RM100 Juta ! 

Pertubuhan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak agar Timbalan Ketua Polis Wilayah, Datuk Amar Singh Ishar Singh menarik semula kenyataan beliau yang mengaitkan pertubuhan tersebut sebagai antara penganjur himpunan guling kerajaan pada 31 Disember ini.

Jelas Presiden SAMM Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard, kenyataan tersebut adalah berbaur fitnah, dan pihaknya tidak teragak-agak untuk menyaman Timbalan Ketua Polis Wilayah tersebut sekiranya tiada bukti kukuh yang mengaitkan pertubuhan tersebut dengan himpunan itu.

“Saya dengan ini mendesak fitnah ini ditarik balik oleh Datuk Amar Singh Ishar Singh dan permohonan maaf dituntut.

“…dia harus dedah apa sumber dia, dan dedah bukti gred A sekiranya ada.

Saya akan ambil tindakan undang-undang terhadap Datuk Amar Singh Ishar Singh dan semua media jahat yang menjadi lidah penyambung fitnah tersebut.

“…isnin ini (30 Disember), Chegu Bard dan SAMM akan menghantar notis undang-undang terhadap Datuk Amar Singh Ishar Singh dan media-media terbabit.

Saya akan memulakan proses saman sebanyak RM100 juta ke atasnya,” katanya yang dipetik menerusi kenyataan medianya........Lihat disini



Jingga 13 juga mahu saman Amar Singh

Satu lagi NGO, Jingga 13, turut merancang untuk mengemukakan saman ke atas Datuk Amar Singh Ishar Singh sekiranya timbalan ketua polis Kuala Lumpur itu enggan menarik balik tuduhan yang mengaitkan pertubuhan tersebut dengan rancangan menimbulkan kekacauan pada malam 31 Disember.

Timbalan Koordinator Jingga 13, Amizudin Ahmat berkata tuduhan tersebut berniat jahat, berunsur fitnah yang melampau serta tidak masuk akal sama sekali dan bertujuan mengalih isu besar mengenai bantahan kenaikan harga barang.

"Jingga 13 tidak pernah sama sekali mengeluarkan sebarang kenyataan atau arahan kepada mana-mana pihak sama ada melalui apa jua instruments merancang untuk mengadakan kekacauan, apa lagi bersabit penggunaan senjata atau bom bagi tujuan mengguling kerajaan," katanya.........Lihat disini

http://idaman78.blogspot.com/2013/12/berhadapan-saman-100-juta-timbalan.html

No comments:

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak