Tuan Guru Nik Aziz
Saya menyaksikan sidang media tentera yang mengumumkan rampasan kuasa
dan diberitakan bahawa Sheikh Al-Azhar juga turut bersama-sama dengan
tentera menyokong rampasan kuasa menggulingkan Dr Muhammad Mursi.
Saya melahirkan rasa sedih dan simpati terhadap apa yang sedang berlaku
di Mesir sekarang. Pada saya, inilah saat di mana detik hitam sedang
berulang semula dalam sejarah Mesir.
Saya menyaksikan sidang media tentera yang mengumumkan rampasan kuasa
dan diberitakan bahawa Sheikh Al-Azhar juga turut bersama-sama dengan
tentera menyokong rampasan kuasa menggulingkan Dr Muhammad Mursi.
Ini tandanya tentera tidak yakin dengan kekuatan mereka sendiri lantas
menjadikan ulama sebagai sandaran untuk meyakinkan rakyat. Di mana-mana
sahaja, ada ulama dipergunakan untuk menentang gerakan Islam. Tebalnya
kulit kitab yang dipelajari dan panjangnya ekor serban bukan jamiman
seseorang ulama itu celik politik.
Sheikh al-Azhar ialah satu jawatan, jawatan tersebut buat masa sekarang dipegang oleh penjawatnya. Namun ilmu yang ada pada Sheikh al-Azhar turut dimiliki oleh orang lain. Belum tentu jawatan ini kekal dan Allah SWT berhak menggantikan orang lain ke jawatan itu pada bila-bila masa. Samalah juga dengan jawatan mufti.

Sesiapa yang menjawat jawatan ini usah sesekali menyangka ia akan kekal
selama-lamanya. Sudah berlalu banyak orang yang hanya menjadi alat
kepada gerakan sekular untuk melawan Islam. Tiba masanya, mereka
dilontarkan ke tepi tanpa sesiapa bepaling lagi ke arah mereka.
Saya yakin rakyat Mesir tidak akan berdiam diri dengan perkembangan ini. Mursi menaiki takhta presiden dengan pilihanraya yang sah bukan dengan jalan penipuan melalui jalanraya.
Saya yakin rakyat Mesir tidak akan berdiam diri dengan perkembangan ini. Mursi menaiki takhta presiden dengan pilihanraya yang sah bukan dengan jalan penipuan melalui jalanraya.
Insya-allah, sebagaimana Sungai Nil yang tidak berhenti mengalir, begitu juga nadi kebangkitan rakyat di Mesir pasti akan terus bergerak. Pada saya, fi zhilalil quran dan maalim fit toriq sedang melahirkan generasinya pada hari ini!
Doa dan solidariti untuk Mesir.
HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)
Bertarikh : 25 Syaaban 1434H bersamaan 4 Julai 2013M
http://networkedblogs.com/MOdLv
No comments:
Post a Comment