Wednesday, July 3, 2013

Apakah Pehak Tentera mahu berpaling tadah?..Mursi tolak amaran terakhir

Mursi tolak amaran terakhir
Penyokong Mursi memegang kadbod yang menyelar tindakan penunjuk perasaan antikerajaan. Foto: EPA
Mursi tolak amaran terakhir
Penentang Mursi melukis seni grafiti di luar istana presiden di Kaherah, kelmarin. Foto: EPA
KAHERAH- MESIR  - Presiden Mesir, Mohammed Mursi, semalam menolak amaran terakhir tentera yang mengancam untuk campur tangan jika beliau tidak memenuhi tuntutan rakyat, sekali gus ia dilihat meningkatkan lagi ketegangan politik di negara itu.
Kelmarin, televisyen tempatan menyiarkan kenyataan tentera yang memberi tempoh 48 jam kepada Mursi untuk berbuat demikian.
"Jika tuntutan rakyat tidak dipenuhi dalam tempoh diberikan, kami (angkatan tentera) akan mengumumkan pelan tindakan dan langkah yang akan mengawasi pelaksanaannya," tegas mereka.
Menurut laporan AFP, kumpulan penganjur demonstrasi besar-besaran, Tamarod turut menyatakan sokongan mereka kepada kenyataan yang dikeluarkan tentera itu kerana menganggap ia seperti berpihak kepada rakyat.
Puluhan ribu penunjuk perasaan juga dilaporkan terus membanjiri jalan di Kaherah, Iskandariah dan beberapa bandar besar lain bagi terus menggesa Mursi berundur.
Di Dataran Tahrir, penunjuk perasaan turut melaungkan slogan menyokong ketua tentera dan Menteri Pertahanan, Jeneral Abdel Fattah al-Sisi.
Bagaimanapun, dalam satu kenyataan, Mursi tetap berkeras untuk terus dengan 'jalan' beliau sendiri menuju ke arah perdamaian nasional.

Beliau juga mengecam sebarang  deklarasi yang akan mencetuskan kekeliruan dan mengancam keamanan sosial.
"Menjadi sebuah negara demokratik adalah pencapaian terpenting selepas revolusi 25 Januari.
Kita tidak lagi akan menoleh ke belakang walaupun dalam apa jua situasi," katanya yang merujuk kepada kebangkitan rakyat menggulingkan bekas Presiden, Hosni Mubarak lebih dua tahun lalu.
Difahamkan, tentera yang menyebabkan peralihan kuasa menjadi huru-hara selepas kebangkitan revolusi rakyat pada 2011 turut memberi tempoh seminggu kepada semua pihak untuk berdamai.
Sementara itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran sebarang peralihan yang berlaku di Mesir akan memberi kesan besar kepada negara lain di rantau tersebu

No comments:

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak