Friday, April 5, 2013

Manjung Mari: Panas di Perak! Umno Gopeng tolak Hamidah Osman jadi calon..


Panas di Perak! Umno Gopeng tolak Hamidah Osman jadi calon..

Panas beb,,, panas bahang PRU13 dah bermula... nasib baik panas ni hanya didalam umno perak, yang mana sebelum ni kita duk dengar kelentong Zambry kononnya senarai calon telah selesai....

Aku baru saja terima satu salinan surat Umno Bahagian Gopeng... sedih dan pilu beb bila membacanya... 


Mungkin tak berapa jelas isi kandungan ni,, cuma yang jelas ialah cap jari ....tapi sahabat yang hantar surat ni siapa salin balik tulisan isi ayat dalam surat ni...

Kepada:
YAB Dato SEri DiRaja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Pengerusi
Badan Perhubungan UMNO
Negeri Perak
YAB Dato Seri DiRaja,
MENOLAK DATO' HAMIDAH OSMAN SEBAGAI CALON BN DI N.43 SUNGAI RAPAT DALAM PRU13
Saya Nordin Bin Abd. Hamid berasa sangat kecewa kerana pada 4 April 2013 Khamis jam 11.20 malam saya bersama 18 orang rakan-rakan dari Jawatankuasa UMNO Bahagian Gopeng dihalang untuk berjumpa Y.A.B. Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry Abd Kadir di kediaman beliau.
Alasan yang tidak munasabah diberikan oleh pegawai beliau En. Hanafiah Man ialah Y.A.B. Menteri Besar baru sahaja masuk tidur dan tidak boleh berjumpa sangat mengecewakan kami.
Hasrat saya dan 18 orang Jawatankuasa UMNO Bahagian Gopeng hanyalah untuk menyampaikan keputusan Mesyuarat Khas Jawatankuasa UMNO Bahagian Gopeng pada 29 Mac 2013 yang sebulat suara mencadangkan Ketua UMNO Bahagian Gopeng sebagai calon N.43 Sungai Rapat dalam PRU13 ini.
Inilah sebenarnya sandiwara pemimpin UMNO Negeri yang langsung tidak mahu mendengar rintihan dan cadangan pemimpin akar umbi.
Saya sebenarnya berasa amat kecewa atas tindakan En. Hanafiah Man yang menghalang kami dari berjumpa dengan Y.A.B. Pengerusi Perhubungan UMNO untuk merayu supaya Ketua Bahagian Gopeng Datuk Hamzah Mohd Kasim diberi peluang bertanding di DUN N.43 Sungai Rapat.
Sekian harap mendapat perhatian dan pertimbangan sewajarnya daripada Y.A.B. Dato' Seri DiRaja.
Terima kasih,
Nordin bin Abd. Hamid
AJK UMNO
Bahagian Gopeng



Kalau kita imbau balik senario sebelum PRU12 2008, kejadian yang hampir lebih lebih kurang sama,, waktu itu Tajol Rosli jadi MB Perak, bila sahaja senarai calon dikeluarkan, maka berbondong wakil-wakli calon yang tak terpilih datang berkampung di kediaman MB Perak..


Berbanding dengan era Zambry hari ini, senarai calon belum pun dikeluarkan lagi,, itu pun dah ada wakil calon yang datang,, apa yang akan terjadi jika senarai calon dah dikeluar.. nampaknya akar umbi umno tak walaq pada Najib, mereka lebih walaq pada ketua bahagian masing-masing...
Apa yang aku dapat tahu, Zambry telah mengarahkan surat ini dimusnahkan,,, nak tutuplah kononnya,, tapi ada lagi yang lebih cekap... he he he...

Apakah ini sebagai petunjuk yang umno Perak akan tumbang sekali lagi... Ins Sya Allah.. Amin...

Kredit:  http://manjongmari.blogspot.com/2013/04/panas-di-perak-umno-gopeng-tolak.html#more


5 comments:

XUMNO said...

Senang kira. Kalau Zambry masih calonkan Hamidah, JK Umno Gopeng dan semua ahli2 Umno pakat undi calon Pas.

Anonymous said...

jangan haraplah orang UMNO nak undi PAS..walaupun diletak monyet @ harimau @ ular @#a#i..tetap undi UMNO.

Anonymous said...

Hang sorang ja yg undi monyet..dasar macai umno yg bangang abadi..puiiii

Aisyah Islam said...

Saya pun sama tak akan undi PAS atau PKR...mereka menggunakan agama utk berpolitik dan menarik ramai org manjadi ahli tp dlm tidak sedar mereka semua sering mengumpat dan mencaci sesama Islam...saya semakin tidak menghormati perjuangan PAS dan PKR yang sudah lari dari tujuan asal. Akibatnya semua org melayu berpecah belah. Negara tidak mencapai kemajuan dan nasib org Melayu semakin ditindas dan tidak terbela..Yelah...asyik mengumpat jek...kata org sana, kata org sini...itu tak betul, ini tak betul...last2 kerja haprak...satu pun tak jalan...cakap jek lebih... Daripada pangkah PAS atau PKR lebih baik pangkah UMNO@BN. Allah Huakbar!!

Anonymous said...

Yg kau sibuk pasai calon bn apa hal?

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak