Monday, April 1, 2013

Lahad Datu: Orang dikehendaki polis pernah bergambar dengan Najib


KUALA LUMPUR 1 APRIL: Media sosial sejak malam semalam dilihat memapar beberapa gambar yang menunjukkan orang yang paling dikehendaki polis bagi membantu siasatan pencerobohan Lahad Datu, bersama pemimpin Umno.
Antaranya ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan dan Setiausaha Agung Umno, Datuk Tengku Adnan Mansor.
WANTEdIa susulan sidang media polis yang mahu mencari seorang lelaki bergelar Datuk Seri bagi membantu siasatan berkaitan Ops Daulat – operasi bagi menangani pencerobohan di Lahad Datu.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib dilapor, berkata individu itu, Muhammad Ridzwan Sulaiman dengan alamat terakhir di Georgetown, Pulau Pinang dikehendaki bagi membantu siasatan.
Beliau berkata, Ridzwan adalah Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan, berpangkalan di Pulau Pinang, diminta segera menyerah diri di mana-mana balai polis berhampiran.
Gambar itu nyata bertentangan dengan fitnah yang dilempar pemimpin Umno, kononnya Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat dalam kes pencerobohan Lahad Datu.
Sebaliknya, ia menjadi gambar kedua yang menunjukkan Najib ‘akrab’ dengan individu yang terlibat dalam kes pencerobohan itu, selepas pendedahan gambarnya dengan kesultanan Sulu, beberapa minggu lalu.
(FZL)
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=48833

No comments:

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak