Tuesday, March 19, 2013

Kenyataan 'reban ayam': Saya tak hina, kata Ghafir

Bekas pegawai tertinggi tentera Leftenan Jeneral (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid berkata, beliau tidak pernah menghina pasukan keselamatan dengan menyifatkannya tiada misi jelas sehingga perlu "duduk di bawah rumah orang dan reban ayam".

Bekas timbalan panglima Angkatan Tentera Darat itu sebaliknya berkata, kenyataannya pada 12 Mac lalu di sebuah forum di Kuala Lumpur itu diputar belit oleh akhbar Umno Utusan Malaysia.
NONE"Apa yang saya kata sebelum ini ialah, jika tentera tidak membuat risikan dengan proper, maka tentera terpaksa cari musuh di tepi rumah orang, tepi reban ayam.

"Saya menyentuh kegagalan perisikan.Utusan dah spin (putar -belit) kenyataan saya. Saya akan saman mereka," kata Ghafir ketika ditemuiMalaysiakini dalam sebuah ceramah di Seremban malam tadi.

Utusan Online pada 13 Mac lalu melaporkan Ghafir sebagai memperleceh cara polis dan tentera menangani pengganas sehinggakan "hanya duduk di bawah rumah orang dan di reban ayam".

Beliau juga dilapor menyifatkan seolah-olah pelaksanaan Ops Daulat gagal danmembuatkan pasukan keselamatan dalam keadaan keadaan terkejut menyelesaikannya.

'Tengok dia punya jamban'
Sementara itu, Ghafir turut menyelar tindakan kerajaan membeli senjata mahal secara tender rundingan terus dan bergantung kepada satu pertender semata-mata, sehingga mewujudkan perbezaan harga yang ketara berbanding pembelian negara lain.

"Banyak kos-kos tersembunyi. Kita boleh tanya apa dia kos tersembunyi? Termasuklah komisyen. Kalau orang kaya dipanggil komisyen, kalau mata-mata di tepi jalan dipanggil rasuah," katanya.

Menurut beliau lagi, beliau sudah banyak kali menimbulkan situasi yang merugikan duit rakyat itu tetapi belum mendapat respon daripada Kementerian Pertahanan.
NONE"Satu lagi apabila membeli senjata yang kita sentiasa kita balik kepada pembekal untuk dapatkan alat ganti. Apabila senjata itu rosak kena hantar ke London, Perancis atau sebagainya.

"Jadi benda itu makan duit yang banyak. Disebabkan itu kalau kita perhati, sektor-sektor yang penting tidak dibangunkan.

"Umpamanya kalau kita tengok berek. Berek tentera Kem Rasah (Seremban), tak usah pergi jauh lah kan. Sehingga hari ini menjadi bukti bagaimana baik atau tak baiknya Kem Rasah. Kalau tengok dari luar memang cantik. Masuk dalam, tengok dia punya jamban!

"Ada bekas tentera sini tak? Ramai?" soalnya sambil disambut laungan "ya" oleh segelintir daripada 800 orang ramai yang hadir.

Ghafir mempersoalkan kenapa keadaan kekurangan sebegitu boleh berlaku sedangkan negara Malaysia sebuah negara yang kaya.

"Kalau tidak kerana rakusnya mereka berbelanja, saya rasa keadaan rumah keluarga, dewan makan mereka (tentera) boleh dimodenkan.

Turut berceramah ialah bekas panglima Logistik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Briged Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab dan Timbalan Ketua Cabang PKR Seremban, Dr Mohamad Rafie Abdul Malek.
http://www.malaysiakini.com/news/224179

No comments:

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak