Lima anggota kita terkorban di Semporna, kata IGP
Ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar hari ini mengesahkan lima anggota polis terkorban dalam serang hendap kumpulan bersenjata di Semporna, Sabah.Katanya, polis pada petang semalam menerima maklumat mengenai kumpulan bersenjata di Kampung Seri Jaya Simunul, Semporna.
Berdasarkan maklumat tersebut, pasukan polis dari ibu pejabat polis daerah Semporna memasuki kawasan tersebut namun diserang hendap sebaik tiba, katanya dalam sidang media di Felda Sahabat, Lahad Datu.
Dua orang anggota kumpulan bersenjata itu turut terbunuh.
Polis kini mengepung kampung terbabit untuk mengesan saki baki kumpulan itu.
Kejadian di Semporna itu berlaku susulan pertempuran di antara kumpulan yang mendakwa setia dengan Kesultanan Sulu dan pasukan keselamatan pada Jumaat lalu.
Ismail berkata polis cuba mengenalpasti sama ada kumpulan di Kampung Sri Jaya Simunil mempunyai kaitan dengan kumpulan dalam kejadian di Lahad Datu.
Jumlah kematian melibatkan anggota kita kini meningkat kepada tujuh orang dalam tempoh dua hari dalam kejadian serangan dipercayai paling buruk sejak pemberontakan komunis.
Sumber http://www.malaysiakini.com/news/222776

3 comments:
Salam, apatugas kpn ni hanya sekadar maklumkan kematian sahaja ke? , sayang nyawa jadi permainan manusia yang rendah akalnya, hilang nilai perjuangan menegakkan hak malaysia. beginilah kalau negara ditadbir bukan dari kalangan org yang layak. Allah Huakbar. Semoga BN mendapat pembalasan dari Allah atas kelaku lemah ini.
Betul ke terkorban? Kalau terkorban mana mayatnya? Siapa namanya? Kenapa dua anggota yang lalu boleh dimaklumkan, yang ini tidak boleh dimaklumkan? Atau belum dapat lagi calon-calon untuk jadi mayat tu?
Sorrylah, polis selalu menipu jadi kalau cakap benar pun aku dah tak boleh percaya. Bukan apa sebab dulu dia kata peserta Bersih pengganas, dengan pelbagai fitnah dan sekatan maka kamu berlaku kasar dengan mereka walaupun tak bersenjata. Mungkin doa mereka yang dizalimi kamu telah diperkenan Allah maka ada kini yang terkorban dengan pengganas yang sebenar, ibarat buku bertemu dengan ruas.
(Anggota polis yang terlibat di Sabah mungkin tidak terlibat dalam mengganyang peserta Bersih, namun coretan ini dimaksudkan Polis secara institusi).
Bukan tak sedih dengan polis yang terkorban yang menyebabkan anak menjadi yatim dan isteri balu, ibu bapa kehilangan anak, saudara kehilangan saudara. Namun sakit dan terguris perasaan saya pada kamu yang mengganas terhadap peserta Bersih yang tak bersenjata yang turut mempunyai anak isteri, ibubapa dan saudara mara suatu ketika dahulu masih sukar dilupakan. Tidak dilupakan kata-kata penceramah yang pernah mengatakan bahawa peserta Bersih adalah monyet seperti diceritakan adik aku di program BTN.
Jadi fikirkanlah adakah ini balasan Allah atas kezaliman yang telah kamu lakukan ke atas pihak yang tidak bersalah.
Kepada pihak keselamatan selamat bertugas, walaupun hatikan terguris dengan gelagat kamu dahulu, namun kupanjatkan doa kepada Allah akan keselamatan kamu semua di sana.
Sehingga coretan ini ditulis, tiada nama 5 anggota dikemukakan kecuali Inspektor Azra yang dikatakan ditawan oleh penceroboh.
Kerana rasa terkilan sangat.
5 org anggota yg terkorban di semporna mayatnya belum diambil lagi. Ini pun cuba disenyapkan awalnya, petang tadi baru tahu sedangkan ia berlaku malam tadi. Polis nampaknya cuba selindungkan berita dari rakyat. Ini atas arahan siapa atau cuba gelapkan berita kpd rakyat, pada masa yg sama kata rakyat jgn percaya khabar angin.
Mestilah khabar angin tersebar sebab polis tidak keluarkan berita sebenar. Rakyat Sabah pasti dlm ketakutan dan dlm keadaan ini pun kerajaan nak main wayang lagi kononnya keadaan terkawal.
Kerajaan umno/bn yg lemah disebabkan pemimpin yg lemah dan masih sibuk berkempen salahkan pembangkang. najib bila nak turun sabah? Cakap berdegar-degar tetapi pengecut nak mampus.
Post a Comment