Friday, January 11, 2013

Pulakdah. Macam macam arahahan keluar huhuhu




puad
$entry.content.caption.value
BATU PAHAT - Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zakarshi hari ini memberi amaran kepada guru dan pelajar sekolah supaya tidak menyertai perhimpunan anjuran pembangkang di ibu negara esok.
  
Menurutnya kementerian tidak mahu golongan pendidik atau pelajar sekolah membawa contoh yang tidak baik, seterusnya menjadi ikutan pelajar lain.
  
"Guru-guru sudah tentu sedia maklum tentang peraturan dan etika yang digariskan kementerian yang mesti dipatuhi mereka sebagai golongan pendidik, jadi kami nasihatkan mereka supaya tidak mengambil risiko.
  
"Selain itu, kementerian juga tidak mahu profesion perguruan dicemari apabila mereka menjadi peserta perhimpunan yang ganas dengan menentang pihak berkuasa," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Majlis Perhubungan Zon Senggarang di sini hari ini.
  
Beliau berkata guru dan pelajar sekolah langsung tidak mempunyai kepentingan untuk terlibat dengan perhimpunan itu kerana ia bermotifkan kepentingan politik inidividu semata-mata.
  
Puad berkata oleh itu, kementerian tidak akan teragak-agak untuk mengenakan tindakan susulan jika ada di kalangan guru atau pelajar yang ditahan polis dan dihadap ke mahkamah kerana terlibat dengan perhimpunan itu.
  
Beliau turut menasihati ibu bapa supaya tidak membawa anak-anak mereka yang masih bersekolah menyertai perhimpunan itu. - Bernama


Guru dan pelajar diberi amaran jangan sertai perhimpunan - Nasional - Sinar Harian

No comments:

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak