Monday, November 19, 2012

Tindakan tidak Islamik PAS akan musnahkan kredibilitinya, kata Najib

Kih kih Siapa Islamic siapa tak Islamic ini. Foo Yooo semua cerit bab islam sekarang dah pandai hahaha

PHNOM PENH, 18 Nov — Tindakan PAS mengadakan solat hajat dan mendoakan kejatuhan Barisan Nasional dan Umno pada pilihan raya umum akan datang akan memusnahkan kredibilitinya sebagai parti Islam, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pengerusi Barisan Nasional dan Presiden Umno itu berkata tindakan seumpama itu amat tidak Islamik dan bertentangan dengan prinsip Islam.
"Doa biasanya untuk kebaikan, mohon orang dipanjangkan umur, negara selamat dan negara sejahtera.
"Tak pernah doa dibuat untuk membinasakan parti. Ia bertentangan dengan prinsip Islam. Umno tak pernah pun berdoa untuk PAS dibinasakan," katanya kepada media Malaysia di sini.
Beliau berkata demikian ketika diminta menggulas laporan akhbar mengenai tindakan parti pembangkang itu mengadakan solat hajat di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Baharu semalam serta berdoa agar BN dan Umno dihancurkan untuk memudahkan laluan PAS ke Putrajaya.
Najib berada di sini untuk menghadiri Sidang Kemuncak Asean ke-21 dan Sidang-Sidang Kemuncak Berkaitan selama tiga hari bermula hari ini. — Bernama

 http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/tindakan-tidak-islamik-pas-akan-musnahkan-kredibilitinya-kata-najib/

4 comments:

Amuraria said...

apa kredibiliti dey umno-apco ? banyak la kredidiliti parti sekutu apco kat malaysia ! ABU !

IbnAbdHalim said...

Kesian Najib! Sama bangang seperti Mahathir.

Anonymous said...

binatang apakah najis mughallazah?

Nur Dihati said...

As salam
Benci umno kerana Allahswt. Sebab merampas tanah2 kami kat sabah. Mohon geran tapi tak di keluarkan,rupa2nya anak meadiir melalui syarikat kroni2 yg goggle dan apply sbg tanah tak di usahakan.
Jejak kaki tak pernah sesuka ati kata tak usaha padahal tkut naik 4wd kerna jlnraya tnh merah, tanah kami penuh getah dan klpaswit tp inilah mediir dan najid nye propa'
Geram sgt. Smpi skrg org2 kg masih tak buka mata kerna dpt br1m dan duit undi.
Ambil2lh br1m, itu kan duit rakyat yg di rompak(tol,skrg aes-kwsp, minyak dll)...cuma undi tu bagilah peluang parti lain dan jika mereka pun tak menjaga rakyat dan suara rakyat kita tukar hingga bertemu parti pemerintah yg benar2 mendahulukan rakyat.
Wallahualam.

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak