Thursday, October 4, 2012

BN lancar ‘skim jual negara’ | Free Malaysia Today


Sebuah NGO mendedahkan kes terbaru yang menunjukkan warga asing diberi kelayakan mengundi - satu pengkhianatan besar terhadap kedaulatan negara.
PETALING JAYA: Sebuah NGO, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) sedang melancarkan skim menjual negara dengan memberi kad pengenalan (MyKad) kepada warga asing secara berleluasa dan tidak terkawal.
“Isu pemberian Mykad kepada warga asing merupakan satu isu yang sangat serius ketika ada warga sendiri yang masih tidak diberi kad pengenalan kerana birokrasi melampau.
“Percayalah lambat laun warga negara sendiri terpaksa merempat di bumi bertuah ini,” kata Propaganda SAMM Edy Noor Redzuan dalam satu kenyataan media hari ini.
Menurutnya, keadaan menjadi lebih parah apabila warga asing diberikan pula hak untuk mengundi oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).
Apakah demokrasi negara ini dibiarkan terjual kepada warga asing demi menyelamatkan BN daripada kehilangan kuasa?,” soal beliau.
Beliau berkata demikian ketika mendedahkan kes terbaru yang menunjukkan warga asing diberi kelayakan mengundi – satu pengkhianatan besar terhadap kedaulatan negara.
Edy Noor merujuk kepada laporan Akhbar Daily Express bertarikh 29 September 2012 di mana seorang warga asing bernama Hassannuddin Bin Manna memberitahu mahkamah bahawa dia telah membeli Mykad palsu dengan harga RM1000.
Katanya, mahkamah juga telah memutuskan Hassannuddin didenda dan dipenjara kerana memiliki dokumen palsu, sekaligus mengesahkan Kad Pengenalan yang diperolehi Hassannuddin adalah palsu.
“Namun setelah disemak nombor kad pengenalan milik Hassannuddin (741029125463), SAMM mendapati nombor Kad Pengenalan palsu tersebut wujud dalam pangkalan data SPR dan juga merupakan pengundi yang sah.
“Persoalannya, bagaimana seorang warga asing yang telah didapati bersalah oleh mahkamah kerana memiliki kad pengenalan palsu didapati layak untuk mengundi?
“Kad Pengenalan yang dikenalpasti tidak sah, tetapi sah untuk mengundi mengikut bancian senarai pengundi SPR? Bagaimana ini berlaku?,” soalnya.
Beliau menambah, “lihatlah bagaimana kedudukan warga asing di serata pelusuk negara walaupun tanpa memiliki dokumen yang sah.
“Mereka mampu berniaga di pasar pagi, pasar petang siang dan malam, membuka gerai, bengkel malah ada yang mempunyai syarikat pembinaan sendiri,” terangnya.
Ujar beliau lagi, “bayangkan jika warga asing diberikan kad pengenalan secara sewenang-wenangnya demi mempertahan regim pemerintah sedangkan ia sebenarnya satu skim menjual negara.
“BN sudah semakin lemah dan tidak mampu untuk menang dalam pilihan raya yang juga beberapa kali ditangguh.
“Apakah ini satu lagi kerjasama utuh di antara SPR, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan juga melibatkan bantuan dari Jabatan Imigresen?,” soal beliau.

No comments:

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak