AGAK-AGAK BERAPA HARGA IKAN INI SEKILO? |
Pagi tadi Yong terperanjat apabila baca dua berita paling hairan online. Berita itu memetik kenyataan Bank Negara. Keratannya berikut:
APER DEMER MERABAN NI? (SUMBER) |
Kenapa Yong terperanjat? Kerana Yong baru balik dari pasar. Yong teringin nak masak asam pedas ikan merah. Yong perhatikan harga semua ikan meletup! Harga ikan merah sekilo ialah RM40.00!
Yong buka portal Lembaga Perikanan Malaysia. Menurut portal itu harga ikan merah sepanjang bulan Jun, paling mahal ialah RM19.00 sekilo. Maklumat dari portal menunjukkan harga tidak banyak berubah sejak tahun 2011. Komer boleh baca info tentang harga ikan di sini. (Harga bulan Julai Yong tak jumpa).
Patutlah BNM kata ekonomi Malaysia pulih! Penganalisis duduk dalam bilik hawa dingin, agaknya tak pernah pergi beli ikan di pasar.
Tentulah KDNK berkembang positif walaupun harga barangan naik melambung, kerana orang terpaksa beli juga kalau tak mahu kebulur!
Berita kedua pula ialah seperti berikut:
NAK BERSAING DENGAN INSTITUT ISLAM HADHARI? (SUMBER) |
Budget untuk institut ini datang dari mana? Adakah pejabat dan kos operasinya wassatiyah juga?
Sampai sekarang Yong tidak faham apa erti wassatiyah versi piem ni. Yong keliru sebab semalam kuor berita ini dari mstar online:
Sampai sekarang Yong tidak faham apa erti wassatiyah versi piem ni. Yong keliru sebab semalam kuor berita ini dari mstar online:
TAMBANG DAN HOTEL BUDGET WASSATIYAH KER? (SUMBER) |
Yong hairan, siapa sebenarnya yang perlu wassatiyah ni? Profesor mana pulak yang akan duduk di kerusi akademik wassatiyah di UM ni? Apa erti wassatiyah kalau harga barangan melambung? Alahai Negaraku!
No comments:
Post a Comment