Friday, June 1, 2012

“Saya nak perbetul fahaman Mufti. Orang tua itu (Harussani)

KOTA BHARU: “Saya nak perbetul fahaman Mufti. Orang tua itu (Harussani), Saya nak perbetul fahaman Harussani’ (TGNA) miang (gatal mulut) selalu serang saya tak pasal-pasal,” kata Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang berang terhadap kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, apabila menyifatkan beliau sebagai keras hati dengan mengenakan pelbagai syarat untuk mengadakan muzakarah antara Umno dan Pas. Nik Aziz yang ‘naik angin’ dengan perkara itu menjelaskan bahawa beliau hanya bersifat istiqamah atau berpegang teguh kepada akidah Islam dengan mempertahan tindakannya dalam isu muzakarah, baru-baru ini. “Saya nak beritahu bahawa keras hati lain, istiqamah lain. Apa yang kami (Pas) buat ini ialah istiqamah dan keras hati maknanya degil. “Yang kedua, semakin ramai orang dalam Pas berpelajaran dan alim daripada Mufti Perak itu sendiri. Kami bukan ada doktor fizikal saja, kita ada doktor falsafah yang buat kajian dan bincang,” katanya ketika ditemui selepas mesyuarat exco negeri, di sini, semalam. Kelmarin, Harussani dalam kenyataannya berkata, beliau bersedia menjadi orang tengah demi memastikan muzakarah Umno dan Pas untuk perpaduan Melayu dan Islam menjadi kenyataan. Beliau menyebut jika Nik Aziz bersikap keras hati, perkara itu sukar dilakukan dan hakikatnya sekarang, Pas tidak boleh dibawa berunding. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/2012053102245720120531022457/Article/index_html

No comments:

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak