Sunday, May 6, 2012

POLIS ATAU UMNO YANG TIADA IBU TAK PERLU BACA !


Soalan pertama : Siapakah yang perlu/wajib kita hormati selepas Allah dan Rasulullah? (jawapannya : Ibu) dan Soalan kedua : Siapakah yang perlu/wajib kita hormati selepas Ibu? maka jawapannya Ibu. Bayangkan selepas Allah dan Nabi Muhammad Rasulullah ialah Ibu .Allah memberi kemuliaan tinggi kepada ibu atau emak yang melahirkan kita bukan bilioner atau orang arab atau orang Melayu diberi kemuliaan setinggi ini.Kemuliaan dan taraf setinggi ini diberikan Allah dan Rasul kepada ibu kita walau bagaimana rupa dan taraf hidupnya.Sedemikian wajib kita terutama anak-anak lelaki menjaga keselamatan dan kehormatan ibu kita sendiri.
Jika kita adalah Khalid Ismath tergamakkah kita buat begitu ? Hanya melepaskan geram dalam Facebook ? Mungkin kalau teman ada kederat seperti Superman atau Badang teman akan pukul polis yang keronyok ibu teman atau yang menendang dan memijak ibu teman semasa 28 April 2012. Kerana teman tidak kuat dan tiada kuasa luarbiasa seperti polis dan Menteri Dalam Negeri atau Ketua Polis negara maka teman hanya dapat luahkan geram pada facebook. Itucara yang boleh termampu bagi menunjukkan kepada Allah dan dunia bahawa teman atau Khalid mahu membantu ibu tapi tidak dapat hanya melihat tubuh ibu terkujur sakit dan lemah di atas katil di hospital.

Bagi teman yang dah tua ini semasa dikeroyok seperti pakar undang2 negara Aziz Bari kata beliau dimaki dan dihina kerana menghadiri perhimpunan tersebut. Sama kes macam Khalid ini ,teman kalau muda macam beliau mungkin akan meluahkan perasaan marah kerana tak mampu melawan polis bacul yang memukul ramai2 terhadap kami yang berumur begini. Kalau ikut hati setakat 5 orang polis boleh juga teman lepaskan tumbukan padu atau penendang jitu pada setiap polis yang menyerang teman namun mereka ada banyak kumpulan dan bertali arus bak kata Setiausaha UMNO BTR Sdr Zahrain sb saja ada 2,000 orang kalau polis ada beribu-ribulah.
Cuma polis lupa kami(peserta BERSIH 3.0) ada lebih 300,000 orang dan kami tak tergamak menyerang balik kerana kami (yang tua ni) dah anggap polis-polis ini macam anak kami.

Seorang aktivis mahasiswa ditahan polis ketika hadir bagi membantu siasatan berhubung dakwaan berkaitan status laman sosial Facebook yang dikatakan menyokong tindakan supaya anggota polis dibunuh.



Khalid Ismath, 22, ditahan sejurus sampai di ibu pejabat polis kontinjen Kuala Lumpur ditemani ibu bapa, sanak saudara dan sekumpulan aktivis mahasiswa.

Khalid dalam Facebook sebelum ini menulis: "Saya setuju jika semua polis dibunuh. Kerana begini caranya mereka melayan rakyat. Jadi setiap kali demo, tidak ada rundingan dengan polis lagi. Lawan tetap lawan."

Status itu dipercayai berkaitan dengan layanan polis semasa perhimpunan BERSIH 3.0 genap seminggu lalu.

Menurut bapanya Ismath Mohd Habib, polis yang datang ke rumahnya di Klang semalam tidak menyatakan hasrat menahan Khalid.

Beliau juga tidak nampak alasan untuk pihak berkuasa berbuat demikian kerana berpendapat anaknya bukan penjenayah atau "mat rempit".

Pada jam 11.30 pagi tadi, beliau dipindahkan ke ibu pejabat polis daerah Cheras untuk siasatan lanjut. - Malaysiakini

http://pascawanganbukitsentosa2.blogspot.com/2012/05/polis-atau-umno-yang-tiada-ibu-tak.html

No comments:

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak