Monday, May 7, 2012

Kera lebih elok berbanding yang meloncat-loncat itu. Najib: Ada peserta Bersih tindak macam kera hilang pedoman


 *
Najib Tun Razak berucap pada Majlis Sepetang Bersama YAB Perdana Menteri di 
Dataran Rompin, Rompin hari ini. – Foto Bernama
KUALA ROMPIN - Tindakan pembangkang yang tidak mahu menggunakan Stadium Merdeka untuk mengadakan perhimpunan Bersih 3.0 bertujuan untuk menarik perhatian media luar negara membuat liputan tentang perlakuan ‘ganas’ yang cuba ditimbulkan pembangkang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan sebelum ini telah memberi cadangan kepada pembangkang supaya mengadakan perhimpunan tersebut di dalam stadium tetapi ditolak oleh pihak yang mahu menggugat keamanan dan keselamatan negara.

Menurutnya, tindakan terdesak pembangkang itu dilihat cuba menarik perhatian media asing tentang keadaan yang berlaku semasa perhimpunan itu dijalankan.

“Mungkin tidak seronok sebab orang duduk secara aman, duduk di kerusi jadi media luar tidak akan buat liputan terhadap mereka.

“Sebab itu mereka mesti cari jalan supaya berita perhimpunan itu dapat keluar di media luar negara.

“Jadi perhimpunan dijalankan di jalan raya agar dapat dilakukan secara tidak aman dan keluar dalam media luar negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Sepetang Bersama Perdana Menteri di Dataran Rompin di sini, hari ini.

Hadir sama, isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Jamaluddin Jarjis.

Najib berkata, pihak kerajaan tidak menghalang mana-mana pihak untuk mengadakan apa sahaja perhimpunan asalkan ia dijalankan secara aman.

Beliau berkata, kerajaan tidak akan menghalang sekiranya perhimpunan itu diadakan secara aman kerana Malaysia merupakan negara yang mengamalkan sistem demokrasi.

“Kalau mereka nak berhimpun, apa salahnya buat macam program ini yang lebih bertamadun kerana perhimpunan itu jelas menunjukkan ada peserta berhimpun macam kera yang hilang pedoman. Kera lebih elok berbanding yang meloncat-loncat itu.

“Kalau hendak buat secara aman kita terima, kita tidak tolak sebab kita merupakan negara demokrasi.

“Semua ada hak termasuk pembangkang selagi semua boleh buat adalah hormat undang-undang,” katanya.

Bagaimanapun katanya, beliau tidak menyalahkan semua peserta yang terlibat kerana ada yang datang dengan niat yang baik.

“Bukan semua yang hadir itu terdiri daripada mereka yang ganas, tetapi ada yang datang dan berhimpun dengan cara yang baik,” katanya.

1 comment:

Amuraria said...

KELENTONG DAN KELENTONG LAGI ! BUKTI BERLAMBAK SIAPA YANG MAHU BUAT KACAU ! PDRM ATAU PESERTA BERSIH 3.0 ? DEY MANGKUK SIASAT SECARA TELUS JIKA BERANI & JUJUR ! ABU !

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak