Wednesday, January 12, 2011

Anak desak Isa tarik balik ugut kakitangan Felda

KUALA LUMPUR, 12 Jan: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) mendesak Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad menarik balik ugutan terhadap kakitangan agensi tersebut.

Pengerusinya, Mazlan Aliman berkata, sekiranya Isa enggan berbuat demikian, pihaknya akan menimbangkan untuk membuat laporan polis terhadap Isa.

"Saya minta Tan Sri Isa Samad menarik balik kenyataan beliau dan jika tidak, kita akan buat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana secara jelas beliau menggunakan kuasa sebagai pengerusi Felda untuk mengugut kakitangan Felda," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Isa dilaporkan mengugut untuk memecat mana-mana kakitangan Felda yang didapati menyokong Pakatan Rakyat dalam pertemuan sulungnya dengan seluruh kakitangan Syarikat Kumpulan Felda di Dewan Merak Kayangan, Jalan Gurney, dekat sini Ahad lalu.

Mazlan yang juga Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah dan Peneroka Bandar PAS juga berkata, tindakan Isa itu membuktikan bahawa beliau memang dihantar oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk meraih sokongan kakitangan Felda yang dilihat semakin cenderung kepada Pakatan Rakyat.

"Saya yakin Isa Samad dihantar oleh Najib Razak untuk menyampaikan maksud agenda politik BN kepada masyarakat khususnya warga Felda supaya mereka mengekalkan sokongan kepada BN.

(Baca sini)http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30301:anak-desak-isa-tarik-balik-ugut-kakitangan-felda&catid=41:utama-muka-depan&Itemid=124

3 comments:

KAPAKTAJAM said...

Wak Mazlan.

Apa pun tindakan yg hampa nak buat ia wajib berlandaskan fakta dan kebenaran. Nak tanya cikit adakah selama ini hanpa buat sesauatu itu mengikut fakta shahih. Adakah pendedahaan yang hapa itu semuanya betul?

Kenapa nak takut dan adalah wajar jika Tan Sri nak berbuat demikian.
Sebabnya adalah untuk memastikan FELDA bersih dari segala tindakan yg menghancurkan.

Kedua, adalah amat malang jika FELDA tidak dapat diteraju dengan betul dan berkesan. Caranya untuk memastikan perancangan ini dijalankan mengikut peraturan dan kadar wakyu yang baik, maka FELDA wajar mengeluarkan anak-anak kapal yg suka dan selalu menderhaka.

Sesuatu pasukan yg baik dan berkesan perlu ada satu kumpulan/team yg sehati dan sejiwa. Jika tidak, ia tidak akan dapat melaksanakan segala perancangan dan banyak ketirisan akan berlaku serta melambatkan proses penembangannya.

Wak Mazlan, kena faham, siapa yg diatas wajar diberi kuasa penuh untuk menerajui dan mengemudikan kapal yang besar serta maruah org2 Melayu.

Oleh itu, Wak Mazlan elok cermin muka dan tanya diri sendiri. Jgn disebabkan sesuatu kekecewaan yg wak hadapai maka wak berasa semua itu tidak betul.

Wak ingat FELDA ini baru setahun jagung?

Sekian wak utk munasabah diri.

Anonymous said...

ni, nak tanya sikit kat pengomen 1 untok nak urus takbir felda tu hampa ambil duit mana? turun dari langit ka?ok! kalau duit tu ambil dari keringat penaroka felda dan juga hasil cukai rakyat bermakna bukan milik peribadi umno oleh itu isa samat[menteri] tak sepatutnya membuat ugutan terhadap kaki tangan felda semata2 memenuhi tuntutan imosi, kakau beginilah perangai seorang menteri samalah dengan cakang yang dok kerja dengan konterek buat rumah.

Anonymous said...

Buat apa suruh dia tarik balik ugutan.
Suruh saja dia letak jawatan.
Perasuah mana boleh pegang jawatan tu.
Nanti habis duit Felda kena sapu.
Yusof dah bedal.
Isa nak telan.
Masyarakat Felda gigit jari.

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak